Jurnal Dunia Pendidikan最新文献

筛选
英文 中文
Kecerdasan Emosi dan Burnout Guru 情智和教师倦怠
Jurnal Dunia Pendidikan Pub Date : 2023-06-30 DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.2.13
{"title":"Kecerdasan Emosi dan Burnout Guru","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.13","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.13","url":null,"abstract":"Berikutan pertumbuhan pesat teknologi dan pengembangan ilmu pengetahuan, bidang tugas guru semakin mencabar. Justeru, guru semakin tertekan dengan bebanan kerja yang terlampau dan seterusnya mengalami burnout. Kertas ini membincangkan tentang hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout guru. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap burnout serta kecerdasan emosi dalam kalangan guru dan seterusnya mengetahui hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout di kalangan guru. Satu kajian telah dijalankan ke atas 297 orang guru sekolah rendah dalam daerah Tanah Merah, Kelantan. Pemilihan sampel adalah secara rawak. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah menggunakan instrumen Inventori Burnout Maslach (MBI) bagi mengukur tahap burnout guru dan Skala Kecerdasan Emosi Goleman bagi mengukur kecerdasan emosi guru. Seterusnya, data dianalisis menggunakan SPSS Versi 23. Dapatan kajian mendapati hubungan antara burnout dengan kepenatan emosi (r = -0.229, p < 0.01); depersonalisasi (r = -0.321, p < 0.01) dan pencapaian peribadi (r = -0.343, p < 0.01) adalah hubungan negatif yang signifikan. Ini menunjukkan bahawa guru yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi memiliki tahap burnout yang rendah. Kajian ini menyokong bahawa kecerdasan emosi merupakan faktor yang dapat membantu mengatasi masalah burnout yang dialami oleh guru-guru. Adalah diharapkan dengan hasil kajian ini dapat memberi idea kepada pihak atasan bagi menjalankan program yang bersesuaian bagi meningkatkan kecerdasan emosi guru-guru di Malaysia khususnya.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"130231493","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Autisme
Jurnal Dunia Pendidikan Pub Date : 2023-06-30 DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.2.22
{"title":"Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Autisme","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.22","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.22","url":null,"abstract":"Prasekolah merupakan permulaan bagi pendidikan awal seorang kanak-kanak secara formal dan ianya tiada limitasi walau apapun perkembangan dan pertumbuhan mereka. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap ciri-ciri kanak-kanak austisme dan amalan guru prasekolah dalam menguruskan kanak-kanak autisme di kelas prasekolah di negeri Melaka yang melibatkan 102 orang guru prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dengan mengedarkan instrumen soal selidik yang telah diuji kebolehpercayaannya. Analisis deskriptif telah digunakan untuk menguji persoalan kajian menggunakan perisian “Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap ciri-ciri kanak-kanak austisme berada pada tahap sederhana dan amalan guru prasekolah dalam menguruskan kanak-kanak autisme di kelas prasekolah pada tahap tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa guru prasekolah perlu mempunyai inisiatif sendiri dengan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, menghadiri kursus, menyertai seminar ataupun webinar dalam mengisi keperluan dan kehendak ilmu ketika menjalankan tugas mengikut keperluan semasa, sentiasa mengamal dan mempraktikkan amalan penyayang, empati, dan kesabaran akan terpahat dan menjadi ikutan kanak-kanak, serta Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menambah baik silibus pengajaran kepada bakal guru yang mengambil opsyen Pendidikan Awal Kanak-kanak.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"2 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"121717634","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Kajian Systematic Literature Review (SLR) Kebersihan Diri Kalangan Pelajar Sekolah
Jurnal Dunia Pendidikan Pub Date : 2023-06-30 DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.2.9
{"title":"Kajian Systematic Literature Review (SLR) Kebersihan Diri Kalangan Pelajar Sekolah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.9","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.9","url":null,"abstract":"Kajian systematic Literature Review (SLR) kebersihan diri ini dijalankan mengunakan artikel bermula daripada tahun 2015 hingga 2021 daripada dua pengkalan data google search engine dan Google Scholar. Artikel yang telah dikumpul kemudian diteliti bagi memastikan artikel yang dipilih menepati fokus kajian. Sebanyak 6 artikel telah dipilih untuk dibincangkan dalam kajian ini. Secara keseluruhannya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan tindakan segera dapat diambil bagi mengatasi permasalah yang terjadi. Hasil analisis enam artikel/jurnal berkaitan dengan pengetahuan kebersihan diri menunjukkan tahap yang memuaskan iaitu 78.1%. Bagi sikap pelajar berkaitan dengan kebersihan diri majoriti keputusan kajian menunjukkan berada pada tahap sederhana. Bagi tahap amalan kebersihan diri pula melalui Analisis Literatur Sistematik didapati peratusan tertinggi hanya 69.1 %. Ini menunjukkan sikap dan tahap amalan kebersihan diri masih lagi ditahap yang sederhana dan perlu ditingkatkan lagi. Oleh itu ibu bapa, guru dan pihak yang bertanggungjawab perlu meningkatkan lagi usaha supaya penjagaan kebersihan diri dalam kalangan pelajar mencapai tahap yang cemerlang. Ini bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar terjamin serta bebas dari penyakit.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"45 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"130913291","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Penggunaan Aplikasi Coggle (Mind Map) dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir dalam Kalangan Pelajar bagi Subjek Geografi
Jurnal Dunia Pendidikan Pub Date : 2023-06-30 DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.2.18
{"title":"Penggunaan Aplikasi Coggle (Mind Map) dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir dalam Kalangan Pelajar bagi Subjek Geografi","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.18","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.18","url":null,"abstract":"Perkembangan teknologi masa kini telah mempengaruhi perkembangan pendidikan yang membawa kepada perubahan inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (Pdp). Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti penggunaan aplikasi Coggle (mind map) dalam meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar bagi subjek geografi. Hafalan merupakan bentuk pembelajaran yang digemari pelajar dalam proses mengingat. Namun begitu, pelajar masih kurang diterapkan dengan teknik-teknik mudah dalam pembelajaran antaranya dalam penggunaan bahan interaktif multimedia. Kajian menggunakan kaedah kuasi eksperimen dan kaedah kuantitatif. Data dikutip dengan menggunakan kajian melalui tinjauan, pemerhatian, ujian pra-pasca dan data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Seramai 40 pelajar yang terlibat dan hanya 20 pelajar yang diuji menggunakan aplikasi Coggle (mind map). Ujian Wilcoxon Signed-Rank digunakan bagi menilai pencapaian akademik sebelum dan selepas kumpulan eksperimen menggunakan Coggle (mind map) manakala ujian Mann-Whitney U dipilih bagi mengetahui perbezaan pencapaian akademik antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan semasa ujian pasca. Dapatan kajian membuktikan penggunaan Coggle (mind map) dalam pembelajaran geografi dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu guru dalam memilih bahan bantu mengajar yang berasaskan multimedia untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"58 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"117311755","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Tahap Daya Tahan Murid Sekolah Rendah Luar Bandar dengan Pencapaian Akademik Pos Pandemik
Jurnal Dunia Pendidikan Pub Date : 2023-06-30 DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.2.21
{"title":"Tahap Daya Tahan Murid Sekolah Rendah Luar Bandar dengan Pencapaian Akademik Pos Pandemik","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.21","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.21","url":null,"abstract":"Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar dengan pencapaian akademik di SK Sungai Baging, Kuantan,Pahang selepas pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan. Seramai 121 orang murid tahap 2 terlibat sebagai sampel kajian ini. Instrumen kajian ini menggunakan Child and Youth Resilience Measure (CYM-28) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min dan sisihan piawai manakala analisis infrensi menggunakan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar mempunyai tahap daya tahan yang sederhana (M=3.69, SP=0.35) serta pencapaian akademik berada pada tahap yang sederhana (M=3.61, SP =0.76). Selain itu, dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar dengan pencapaian akademik. Kajian ini diharapkan dapat membantu para guru yang mengajar murid kawasan luar bandar untuk sentiasa memastikan ketahanan diri murid sentiasa positif walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam kehidupan mereka.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"191 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"127591233","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Meneroka Kefahaman Guru Mengenai KBAT Dan Amalan Penyoalan Guru Pada Tiga Fasa Pembelajaran
Jurnal Dunia Pendidikan Pub Date : 2023-06-30 DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.2.15
{"title":"Meneroka Kefahaman Guru Mengenai KBAT Dan Amalan Penyoalan Guru Pada Tiga Fasa Pembelajaran","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.15","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.15","url":null,"abstract":"Kajian berbentuk kulitatif ini dijalankan bagi meneroka bagaimana kefahaman guru mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan bagaimana amalan guru dalam melakukanpenyoalan pada tiga fasa pembelajaran iaitu pada permulaan, perkembangan dan pengakhiran pembelajaran. Seramai enam orang guru sekolah rendah bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Sains telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Tiga kaedah telah digunakan bagi mengumpul data yang diperlukan iaitu dengan melakukan temubual bersama peserta kajian, melakukan pemerhatian dan menyemak dokumen sokongan iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) peserta kajian yang terlibat. Data yang diperoleh menunjukkan bahawa pengetahuan KBAT para peserta adalah terbatas. Data ini dibuktikan lagi apabila para peserta mengakui bahawa mereka amat memerlukan maklumat dan kursus berkaitan KBAT bagi menambah pengetahuan dan kefahaman KBAT dalam usaha untuk melaksanakan KBAT dalam pembelajaran di bilik darjah dengan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, di sebalik keterbatasan kefahaman mengenai KBAT, mereka berjaya mengaplikasinya dalam pembelajaran. Terdapat tiga keterbatasan dalam menjalankan kajian ini iaitu kekangan masa untuk melakukan temubual memandangkan pengkaji hanya berpeluang menemubual peserta dalam waktu yang sekejap sahaja. Keterbatasan dari segi pemerhatian pula adalah peserta kajian kurang merasa selesa apabila pengkaji memerhati sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Keterbatasan terakhir adalah Rancangan Pengajaran Harian yang ditulis adalah ringkas. Ini menyebabkan perancangan teknik penyoalan guru semasa proses pembelajaran berlangsung tidak dapat dilihat secara jelas.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"128626573","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Keberkesanan Penggunaan Bahan Augmented Reality (AR ) Untuk Meningkatkan Pemahaman Dalam Topik Kegunaan Alat-Alat Tangan Sistem Pemaipan
Jurnal Dunia Pendidikan Pub Date : 2023-06-30 DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.2.12
{"title":"Keberkesanan Penggunaan Bahan Augmented Reality (AR ) Untuk Meningkatkan Pemahaman Dalam Topik Kegunaan Alat-Alat Tangan Sistem Pemaipan","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.12","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.12","url":null,"abstract":"Kajian kuantitatif berbentuk kuasi-eksperimen ini dijalankan terhadap dua kumpulan pelajar yang terpilih untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan augmented reality untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan melalui instrumen temu bual serta ujian pra dan ujian pasca. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan bahan Augmented Reality untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan. Kajian ini melibatkan responden seramai 50 orang pelajar lelaki, 25 orang pelajar 1 SKM MPP dan 25 orang pelajar 1 DVM MPP. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 26. Keputusan analisis kajian ini telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik terhadap kefahaman pelajar di antara ujian pra dan ujian pasca. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan augmented reality membantu untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan adalah sangat signifikan kerana ianya telah menunjukkan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar melalui ujian pra dan ujian pasca yang telah dilaksanakan. Hasil kajian telah menunjukkan perbezaan tahap pemahaman pelajar telah meningkat berbanding sebelum menggunakan bahan augmented reality. Kesimpulannya, penggunaan bahan augmented reality di dalam pembelajaran topik alat-alat tangan sistem pemaipan dapat meningkatkan pemahaman para pelajar.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"35 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"128217039","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Keresahan dan Kebimbangan dalam Bahasa Kedua serta Hubungannya dengan Kemahiran Bertutur Murid
Jurnal Dunia Pendidikan Pub Date : 2023-06-30 DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.2.14
{"title":"Keresahan dan Kebimbangan dalam Bahasa Kedua serta Hubungannya dengan Kemahiran Bertutur Murid","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.14","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.14","url":null,"abstract":"Pembelajaran bahasa kedua terutamanya Bahasa Inggeris sering menjadi kebimbangan dan keresahan para murid di Malaysia. Satu kajian tinjauan telah dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid dengan kemahiran bertutur. Seramai 370 orang murid tahun 5 sekolah rendah telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dan inferensi dengan menggunakan kaedah kuantitatif bagi tujuan pengutipan data. Instrumen tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua di adaptasi daripada ‘Foreign Languange Classroom Anxiety Scale’ oleh Horwitz et al (1986) dan ujian lisan Cambridge peringkat B1 telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid berada di tahap sederhana (min=2.8) dan tahap kemahiran bertutur bahasa kedua murid berada di tahap sederhana tinggi(min=3.37). Keseluruhannya, kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara keresahan dan kebimbangan bahasa kedua dengan kemahiran bertutur bahasa kedua murid (r=0.440). Oleh itu, melalui kajian ini, diharapkan keresahan dan kebimbangan bahasa kedua dapat dikurangkan sekaligus membantu meningkatkan kemahiran bertutur bahasa kedua murid. Pendidik juga boleh menghasilkan teknik atau kaedah yang sesuai bagi meningkatkan lagi kemahiran bertutur bahasa kedua murid.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"106 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"117235448","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Meneroka Teknik Penyoalan Guru Dalam Matapelajaran Sains Murid Sekolah Rendah
Jurnal Dunia Pendidikan Pub Date : 2023-06-30 DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.2.16
{"title":"Meneroka Teknik Penyoalan Guru Dalam Matapelajaran Sains Murid Sekolah Rendah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.16","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.16","url":null,"abstract":"Kini, transformasi pembelajaran menuntut guru-guru menggunakan kepelbagaian teknik penyoalan yang berpotensi untuk mencapai keupayaan kognitif optimum murid. Kajian ini bertujuan untuk meneroka jenis, cara melaksanakan dan kesan pelaksanaan teknik penyoalan semasa mengajar matapelajaran Sains. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan kaedah kualitatif dalam menganalisis data yang diperolehi daripada instrumen temubual. 11 orang responden yang terlibat dalam kajian ini ialah guru-guru yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang Sains. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden menggunakan soalan bertumpu dan soalan bercapah dengan memberi gambar, situasi dan sebagainya. Pengaplikasian kepelbagaian teknik penyoalan memberi kesan positif terhadap kemahiran berfikir, minat dan penglibatan murid. Dapatan kajian ini menyumbang kepada peningkatan dalam penguasaan teknik penyoalan dalam kalangan guru serta memberi implikasi kepada KPM dan IPGM agar semua murid celik dalam penguasaan KBAT terutamanya dalam matapelajaran Sains","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"15 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"124284233","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Hubungan Efikasi Kendiri Dan Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah Di Negeri Melaka
Jurnal Dunia Pendidikan Pub Date : 2023-06-30 DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.2.8
{"title":"Hubungan Efikasi Kendiri Dan Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah Di Negeri Melaka","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.8","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.8","url":null,"abstract":"Efikasi kendiri guru bermaksud guru yakin pada diri sendirinya dalam keupayaannya untuk memberikan pengajaran yang efektif dan memberi manfaat kepada murid. Kepuasan kerja merupakan perasaan seseorang individu terhadap pekerjaannya. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk menentukan hubungan antara tahap efikasi kendiri guru pendidikan khas dengan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas sekolah rendah negeri Melaka. Seramai 217 orang guru pendidikan khas di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah rendah negeri Melaka telah dipilih menjadi sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan sisihan piawai dan skor min untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri dan kepuasan kerja guru manakala korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dengan kepuasan kerja guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap efikasi kendiri dan kepuasan kerja guru pendidikan khas di sekolah rendah negeri Melaka adalah tinggi iaitu mencapai nilai skor min 4.10 dan nilai skor min 3.93. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap efikasi kendiri dan tahap kepuasan kerja dengan nilai signifikan p = .000 dan nilai pekali r = 0.468. Guru pendidikan khas dalam kajian ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam melaksanakan amanah mereka sebagai seorang guru pendidikan khas dan mereka berpuas hati dengan status pekerjaan mereka.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"8 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"125622890","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
0
×
引用
GB/T 7714-2015
复制
MLA
复制
APA
复制
导出至
BibTeX EndNote RefMan NoteFirst NoteExpress
×
提示
您的信息不完整,为了账户安全,请先补充。
现在去补充
×
提示
您因"违规操作"
具体请查看互助需知
我知道了
×
提示
确定
请完成安全验证×
相关产品
×
本文献相关产品
联系我们:info@booksci.cn Book学术提供免费学术资源搜索服务,方便国内外学者检索中英文文献。致力于提供最便捷和优质的服务体验。 Copyright © 2023 布克学术 All rights reserved.
京ICP备2023020795号-1
ghs 京公网安备 11010802042870号
Book学术文献互助
Book学术文献互助群
群 号:481959085
Book学术官方微信