{"title":"Kecerdasan Emosi dan Burnout Guru","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.13","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Berikutan pertumbuhan pesat teknologi dan pengembangan ilmu pengetahuan, bidang tugas guru semakin mencabar. Justeru, guru semakin tertekan dengan bebanan kerja yang terlampau dan seterusnya mengalami burnout. Kertas ini membincangkan tentang hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout guru. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap burnout serta kecerdasan emosi dalam kalangan guru dan seterusnya mengetahui hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout di kalangan guru. Satu kajian telah dijalankan ke atas 297 orang guru sekolah rendah dalam daerah Tanah Merah, Kelantan. Pemilihan sampel adalah secara rawak. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah menggunakan instrumen Inventori Burnout Maslach (MBI) bagi mengukur tahap burnout guru dan Skala Kecerdasan Emosi Goleman bagi mengukur kecerdasan emosi guru. Seterusnya, data dianalisis menggunakan SPSS Versi 23. Dapatan kajian mendapati hubungan antara burnout dengan kepenatan emosi (r = -0.229, p < 0.01); depersonalisasi (r = -0.321, p < 0.01) dan pencapaian peribadi (r = -0.343, p < 0.01) adalah hubungan negatif yang signifikan. Ini menunjukkan bahawa guru yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi memiliki tahap burnout yang rendah. Kajian ini menyokong bahawa kecerdasan emosi merupakan faktor yang dapat membantu mengatasi masalah burnout yang dialami oleh guru-guru. Adalah diharapkan dengan hasil kajian ini dapat memberi idea kepada pihak atasan bagi menjalankan program yang bersesuaian bagi meningkatkan kecerdasan emosi guru-guru di Malaysia khususnya.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.13","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Berikutan pertumbuhan pesat teknologi dan pengembangan ilmu pengetahuan, bidang tugas guru semakin mencabar. Justeru, guru semakin tertekan dengan bebanan kerja yang terlampau dan seterusnya mengalami burnout. Kertas ini membincangkan tentang hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout guru. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap burnout serta kecerdasan emosi dalam kalangan guru dan seterusnya mengetahui hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout di kalangan guru. Satu kajian telah dijalankan ke atas 297 orang guru sekolah rendah dalam daerah Tanah Merah, Kelantan. Pemilihan sampel adalah secara rawak. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah menggunakan instrumen Inventori Burnout Maslach (MBI) bagi mengukur tahap burnout guru dan Skala Kecerdasan Emosi Goleman bagi mengukur kecerdasan emosi guru. Seterusnya, data dianalisis menggunakan SPSS Versi 23. Dapatan kajian mendapati hubungan antara burnout dengan kepenatan emosi (r = -0.229, p < 0.01); depersonalisasi (r = -0.321, p < 0.01) dan pencapaian peribadi (r = -0.343, p < 0.01) adalah hubungan negatif yang signifikan. Ini menunjukkan bahawa guru yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi memiliki tahap burnout yang rendah. Kajian ini menyokong bahawa kecerdasan emosi merupakan faktor yang dapat membantu mengatasi masalah burnout yang dialami oleh guru-guru. Adalah diharapkan dengan hasil kajian ini dapat memberi idea kepada pihak atasan bagi menjalankan program yang bersesuaian bagi meningkatkan kecerdasan emosi guru-guru di Malaysia khususnya.