{"title":"Meneroka Kefahaman Guru Mengenai KBAT Dan Amalan Penyoalan Guru Pada Tiga Fasa Pembelajaran","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.15","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kajian berbentuk kulitatif ini dijalankan bagi meneroka bagaimana kefahaman guru mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan bagaimana amalan guru dalam melakukanpenyoalan pada tiga fasa pembelajaran iaitu pada permulaan, perkembangan dan pengakhiran pembelajaran. Seramai enam orang guru sekolah rendah bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Sains telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Tiga kaedah telah digunakan bagi mengumpul data yang diperlukan iaitu dengan melakukan temubual bersama peserta kajian, melakukan pemerhatian dan menyemak dokumen sokongan iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) peserta kajian yang terlibat. Data yang diperoleh menunjukkan bahawa pengetahuan KBAT para peserta adalah terbatas. Data ini dibuktikan lagi apabila para peserta mengakui bahawa mereka amat memerlukan maklumat dan kursus berkaitan KBAT bagi menambah pengetahuan dan kefahaman KBAT dalam usaha untuk melaksanakan KBAT dalam pembelajaran di bilik darjah dengan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, di sebalik keterbatasan kefahaman mengenai KBAT, mereka berjaya mengaplikasinya dalam pembelajaran. Terdapat tiga keterbatasan dalam menjalankan kajian ini iaitu kekangan masa untuk melakukan temubual memandangkan pengkaji hanya berpeluang menemubual peserta dalam waktu yang sekejap sahaja. Keterbatasan dari segi pemerhatian pula adalah peserta kajian kurang merasa selesa apabila pengkaji memerhati sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Keterbatasan terakhir adalah Rancangan Pengajaran Harian yang ditulis adalah ringkas. Ini menyebabkan perancangan teknik penyoalan guru semasa proses pembelajaran berlangsung tidak dapat dilihat secara jelas.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.15","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kajian berbentuk kulitatif ini dijalankan bagi meneroka bagaimana kefahaman guru mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan bagaimana amalan guru dalam melakukanpenyoalan pada tiga fasa pembelajaran iaitu pada permulaan, perkembangan dan pengakhiran pembelajaran. Seramai enam orang guru sekolah rendah bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Sains telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Tiga kaedah telah digunakan bagi mengumpul data yang diperlukan iaitu dengan melakukan temubual bersama peserta kajian, melakukan pemerhatian dan menyemak dokumen sokongan iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) peserta kajian yang terlibat. Data yang diperoleh menunjukkan bahawa pengetahuan KBAT para peserta adalah terbatas. Data ini dibuktikan lagi apabila para peserta mengakui bahawa mereka amat memerlukan maklumat dan kursus berkaitan KBAT bagi menambah pengetahuan dan kefahaman KBAT dalam usaha untuk melaksanakan KBAT dalam pembelajaran di bilik darjah dengan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, di sebalik keterbatasan kefahaman mengenai KBAT, mereka berjaya mengaplikasinya dalam pembelajaran. Terdapat tiga keterbatasan dalam menjalankan kajian ini iaitu kekangan masa untuk melakukan temubual memandangkan pengkaji hanya berpeluang menemubual peserta dalam waktu yang sekejap sahaja. Keterbatasan dari segi pemerhatian pula adalah peserta kajian kurang merasa selesa apabila pengkaji memerhati sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Keterbatasan terakhir adalah Rancangan Pengajaran Harian yang ditulis adalah ringkas. Ini menyebabkan perancangan teknik penyoalan guru semasa proses pembelajaran berlangsung tidak dapat dilihat secara jelas.