{"title":"Keberkesanan Teknik Pistum untuk Meningkatkan Penguasaan Perumpamaan dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.34","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.34","url":null,"abstract":"Peribahasa merupakan tajuk pembelajaran yang kurang mendapat perhatian dalam kalangan murid kerana memerlukan pemikiran yang kreatif serta kritis untuk merungkai maknanya. Kajian ini dijalankan untuk murid mengenal pasti keberkesanan teknik PISTUM dan meneroka minat serta pengetahuan murid berkaitan perumpamaan. Kajian ini melibatkan empat orang peserta kajian, iaitu tiga orang murid dalam tahun 5 dan seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar kelas tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji merupakan kajian kes sementara teori Relevans menjadi garis panduan utama kajian bagi menjawab persoalan kajian. Data kajian kualitatif ini dikumpul dengan menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Inovasi teknik PISTUM telah diperkenalkan bagi membantu murid mengingati dan memahami perumpamaan dengan lebih mudah. Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian, iaitu murid dapat mengaplikasi teknik PISTUM dalam mengingati perumpamaan dan memahami maknanya. Murid juga mempunyai minat dan pengetahuan yang tinggi berkaitan perumpamaan selepas pengaplikasian teknik PISTUM. Dapatan kajian juga telah memberi impak kepada murid dari segi meningkatkan kemahiran bertutur dan menulis, mempelbagaikan teknik pengajaran yang lebih menarik serta menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, pengkaji berharap inovasi teknik PISTUM dapat membantu murid menguasai peribahasa, iaitu perumpamaan dan menjadi pemacu dalam usaha melestarikan peribahasa sebagai warisan bangsa.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"91 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"124611244","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Penggunaan Humor dalam Pembelajaran Sains dan Hubungannya dengan Konsentrasi dan Memori","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.41","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.41","url":null,"abstract":"Home / Archives / Vol 5 No 1 (2023): Mar 2023 / Articles Penggunaan Humor dalam Pembelajaran Sains dan Hubungannya dengan Konsentrasi dan Memori Muhamad Afiq Syukri Arni Muhammad Syawal Amran Abstract Kajian ini merupakan sebuah kajian tentang hubungan antara pembelajaran berasaskan humor dalam pembelajaran sains dengan konsentrasi dan daya ingatan murid sekolah rendah di sebuah kawasan luar bandar di utara negeri Sarawak. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan amalan humor dalam pembelajaran Sains dan hubungannya dengan konsentrasi dan daya ingatan murid. Pemilihan peserta kajian adalah seramai 200 orang murid tahap 2 sekolah rendah yang memenuhi kriteria yang telah ditentukan. Hasil kajian mendapati bahawa persempsi murid terhadap amalan humor guru dalam pengajaran dan pembelajaran Sains adalah sederhana iaitu dengan nilai skor min=3.56 dan sisihan piawai = 0.55. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan secara terus antara pembelajaran berasaskan humor dalam pembelajaran Sains dengan tahap konsentrasi murid manakala terdapat hubungan secara songsang antara pembelajaran berasaskan humor dalam pembelajaran Sains dengan tahap daya ingatan murid.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"46 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"127005866","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Keberkesanan Menggunakan Kaedah Converting Ruler dalam Topik Penukaran Unit Panjang Tahun Tiga","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.32","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.32","url":null,"abstract":"Kajian ini berhalukan untuk mentaksir keupayaan menggunakan kaedah Converting Ruler dalam topik penukaran unit panjang tahun tiga. Kajian ini dilakukan dengan mengumpul data daripada 30 murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Malaysia. Teknik yang digunakan ialah ujian prestasi dan soal selidik kepada murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid yang menggunakan Converting Ruler dapat mencapai skor yang lebih tinggi daripada yang tidak menggunakannya dalam ujian prestasi. Selain itu, guru yang menggunakan Converting Ruler memberikan penilaian yang lebih tinggi terhadap kemahiran murid dalam penukaran unit panjang. Berdasarkan hasil ini, saya menyimpulkan bahawa menggunakan Converting Ruler dapat membantu murid tahun tiga dalam memahami topik penukaran unit panjang dengan lebih baik. Kaedah kuasi eksperimen telah digunakan dengan memberikan ujian pra dan ujian pasca kepada semua murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Converting Ruler telah meningkatkan keberkesanan pembelajaran penukaran unit panjang dalam kalangan pelajar tahun tiga.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"55 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"126557316","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Keberkesanan Kaedah Main Peranan dalam Penguasaan Kemahiran Bertutur Subjek Bahasa Inggeris Pelajar Tingkatan 2 di Sebuah Sekolah di Daerah Asajaya/Sadong Jaya","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.31","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.31","url":null,"abstract":"Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan kaedah main peranan terhadap pencapaian pelajar dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris. Kajian ini turut bertujuan mengenalpasti kesan kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar untuk bertutur dalam Bahasa inggeris. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi-eksperimen. Sampel kajian terdiri daripada 63 orang pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 2 yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan di salah sebuah sekolah di daerah Asajaya/Sadong Jaya. Pengumpulan data dilakukan melalui Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pra dan pasca kajian, temubual pra dan pasca kajian dan borang pemerhatian. Markah Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pra dan pasca kajian dianalisis secara diskriptif bagi mendapatkan min dan sisihan piawai seterusnya membuat perbandingan antara pra dan pasca kajian. Dapatan temubual dan borang pemerhatian pula dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian markah pelajar kumpulan eksperimental dan pelajar kumpulan kawalan. Selain itu, berdasarkan dapatan daripada temubual pasca kajian dan borang pemerhatian, didapati bahawa kaedah main peranan dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Melalui hasil kajian ini, guru-guru boleh mengaplikasikan kaedah main peranan untuk meningkatkan kemahiran bertutur dalam subjek bahasa.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"131228421","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Hubungan Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dengan Efikasi Kendiri Guru Di Daerah Tuaran","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.29","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.29","url":null,"abstract":"The self-efficacy of teachers is increasingly affected by the reality of the challenges and burdens of tasks in the field of education today. There are studies showing that the practice of transformational leadership of head teachers can help to increase the level of self-efficacy of teachers. Hence, this study aims to identify the level of transformational leadership practices of head teachers and the level of teacher self-efficacy as well as the relationship between the transformational leadership of the head teacher and the self-efficacy of the teacher. The design of the study is a survey with a quantitative approach using a set of questionnaires in the form of 'google form' to collect data among a population of 290 people and a sample size of 167 teachers in Tuaran district through simple random sampling techniques. The reliability of the questionnaire is at the value of a=0.930. The findings confirm that the level of transformational leadership practices of head teachers in Tuaran district as a whole is at a very high level (mean=4.38 s.p=0.483) and the teacher's self-efficacy level are also at very high levels (mean=4.421, s.p=0.417). Pearson's Correlation Analysis showed that there was a significant relationship of 0.000 (p<0.01) between the transformational leadership of the head teacher and the self-efficacy of the teacher in a strong positive correlation r=0.601. The proposed of further study involves several districts with more respondents using a combined quantitative and qualitative approach to the findings of more comprehensive study to identify how and to what extent the level of transformational leadership practices of head teachers in improving the level of teacher self-efficacy.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"48 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"117003814","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Amalan Humor Guru dan Hubungannya dengan Konsentrasi dan Ingatan Belajar Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.26","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.26","url":null,"abstract":"Humor ialah elemen yang sangat penting untuk menarik minat pelajar dengan menerima maklumat yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi, tahap konsentrasi dan tahap ingatan belajar murid serta meninjau sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara amalan humor guru dengan konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 250 orang murid sekolah rendah tahap 2 iaitu tahun 4, 5 & 6 di daerah Membakut telah dipilih sebagai responden kajian melalui persampelan rawak. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang mempunyai empat bahagian yang diadaptasi daripada kajian Muhammad Syawal Bin Amran dan kajian Mohd. Rosmadi Mohd. Saleh dan Hafizah Zulkifli. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi (M= 3.77, SP=.49) dan tahap konsentrasi (M= 3.14, SP=.37) murid terhadap amalan humor guru, kedua-duanya berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala, bagi tahap ingatan belajar murid pula berada pada tahap sederhana rendah (M= 2.83, SP=.43). Hasil analisis korelasi Pearson juga mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara amalan humor guru dengan konsentrasi (r=.580, p=<.001) dan ingatan (r=.984, p=<.001) dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya, berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap persepsi dan tahap konsentrasi yang positif dan memuaskan terhadap amalan humor guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Namun, para guru perlu meneliti semula kaedah pelaksanaan humor yang diterapkan semasa proses P&P, khususnya dalam membantu ingatan belajar murid kerana ingatan belajar responden masih belum berada pada tahap yang memuaskan. Selain itu, dapatan juga membuktikan bahawa semakin tinggi amalan humor guru dalam pengajaran, maka semakin tinggi tahap konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Justeru, para pendidik perlu mengaplikasikan dan menerapkan humor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan kreatif dan bermakna.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"41 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"133619439","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Elemen Didik Hibur dalam Buku Teks Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.28","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.28","url":null,"abstract":"Didik hibur merupakan satu jenis pembelajaran yang berasaskan permainan, permainan digital atau gamifikasi. Dua dimensi penting yang perlu ada dalam didik hibur adalah unsur keseronokan dalam pembelajaran dan penggabung jalinan unsur pendidikan dalam hiburan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepelbagaian jenis aktiviti (kreativiti) pada elemen didik hibur dalam buku teks matematik KSSR. Reka bentuk kajian tinjauan dengan mempraktikkan kaedah analisis dokumen sebagai instrumen kajian telah diguna pakai oleh penyelidik. Buku teks matematik KSSR tahun 1 sehingga tahun 6 pula akan menjadi sampel utama kajian semasa proses pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 49 aktiviti didik hibur mengikut kategori telah dikenal pasti dalam buku teks matematik KSSR tahun 1 sehingga tahun 6. Aktiviti-aktiviti tersebut telah dibahagikan mengikut kumpulan seperti aktiviti permainan, nyanyian, puisi (seni bahasa), kolaj (seni visual) dan kembara. Sebanyak 34 aktiviti berasaskan permainan antaranya permainan kad, dam ular, teka kata, tarsia, mengumpul cip dan teroka ria telah digunakan dalam buku teks matematik. Elemen didik hibur nyanyian pula sebanyak 8 aktiviti telah direkodkan yang kebanyakannya berada pada buku teks tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3). Terdapat 4 elemen didik hibur berasaskan bahasa iaitu puisi yang melibatkan 3 pantun dan 1 sajak. Satu aktiviti kesenian telah di jadikan elemen didik hibur melibatkan aktiviti membuat kolaj. Selain daripada itu terdapat dua aktiviti kembara pada buku teks matematik tahun 4 dan tahun 6.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"58 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"114732356","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Rendah Swasta","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.38","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.38","url":null,"abstract":"Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan program yang disediakan khas untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan akses pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Bilangan MBPK yang semakin meningkat mendorong pelaksanaan PPKI turut dilaksanakan di sekolah swasta. Namun, pengetahuan dan sikap guru serta cabaran dalam melaksanakan program ini masih memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengetahuan dan sikap guru serta cabaran yang dihadapi di sekolah swasta. Reka bentuk kajian merupakan kajian kes yang menggunakan protokol temu bual bagi mendapatkan data dari tujuh orang peserta kajian yang juga merupakan guru Pendidikan Khas mengajar dalam kelas PPKI di daerah, Kota Kinabalu, Sabah. Data dianalisis secara tematik berbantukan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian telah dilaporkan berdasarkan tema – tema yang dihasilkan melalui data yang dikumpul iaitu bagi pengetahuan guru tema terdiri daripada dua tema iaitu pengetahuan konteks kurikulum dan konteks pendidikan dan sikap guru dengan dua tema iaitu sikap profesionalisme guru dan sikap tidak pilih kasih guru manakala bagi cabaran dengan empat tema iaitu ketiadaan peruntukan kewangan khusus, kurang pendedahan tentang PPKI, ketiadaan khidmat kolaborasi dengan pihak lain dan amalan profesionalisme guru. Guru didapati masih perlu memerlukan bimbingan dan pemantauan yang berterusan dengan memastikan mereka akan menzahirkan serta meningkatkan pelaksanaan program ini. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa lompong yang perlu diberikan perhatian oleh pihak pentadbir dalam memastikan pelaksanaan PPKI di sekolah swasta dengan merangka program khas yang berkaitan dengan aktiviti meningkatkan kemahiran guru pada masa akan datang.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"41 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"127921175","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Microsoft Teams Dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin Secara Dalam Talian","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.42","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.42","url":null,"abstract":"Demi membendung dan mencegah penularan pandemik Covid-19, pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian telah menjadi pilihan utama di sektor Pendidikan. Peralihan daripada PdP secara bersemuka kepada PdP secara dalam talian telah mengubah corak PdP penuntut di institusi pengajian tinggi. Perubahan ini juga membawa kesan dan cabaran kepada pelajar. Kini PdP secara dalam talian telah menjadi satu keperluan dalam norma baharu untuk memastikan kelestarian dan kesinambungan pembelajaran pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams dalam pembelajaran bahasa Mandarin secara dalam talian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen. Sampel kajian ini adalah seramai 80 orang pelajar yang telah mengikuti kursus bahasa Mandarin 1 dan Mandarin 2 bagi dua semester berturut-turut di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), Kulim, Kedah. Kajian ini mendapati bahawa persepsi adalah memberangsangkan. Penggunaan Microsoft Teams untuk belajar bahasa Mandarin mendapat maklum balas positif daripada pelajar.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"132305725","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
M. Ikhsan, Yeny Mardianti Zebua, Fatin Nadifa Tarigan
{"title":"Analisis Kesulitan Dan Media Pembelajaran Kosakata Bahasa Inggris Bagi Siswa SMP NEGERI 2 Gebang","authors":"M. Ikhsan, Yeny Mardianti Zebua, Fatin Nadifa Tarigan","doi":"10.55081/jurdip.v3i2.997","DOIUrl":"https://doi.org/10.55081/jurdip.v3i2.997","url":null,"abstract":"Pembelajaran bahasa Inggris yang kurang menyenangkan dapat membuat siswa belajar pasif. Kurangnya perhatian terhadap proses belajar siswa di kelas sangat jauh dari kemajuan terutama di tingkat Sekolah Menengah Pertama. Alhasil, hasil belajar siswa menjadi rendah dan penguasaan kosakata bahasa Inggris tidak mengalami peningkatan. Tujuan dari penelitian ini adalah untuk menganalisis kesulitan dan strategi yang digunakan untuk menguasai kosakata bahasa Inggris siswa. Jenis penelitian ini menggunakan metode kualitatif deskripsi. Subyek penelitian ini adalah siswa kelas IX SMP Negeri 2 Gebang sebanyak 28 siswa. Metode pengumpulan data dilakukan dengan melakukan wawancara, hasil belajar (test) siswa dan dokumentasi. Berdasarkan hasil analisis data menunjukkan sekitar 22 siswa (78,57%) mendapatkan skor dibawah 60. Sedangkan siswa yang mendapatkan skor di atas 60 berjumlah 6 siswa (21,43%). Berdasarkan hasil wawancara dan observasi, beberapa guru menggunakan media pembelajaran digital untuk menarik minat siswa di kelas yaitu WhatsApp, Google classroom dan aplikasi Quizziz Untuk itu, penelitian lebih jauh dapat memaksimalkan pembelajaran yang dapat meningkatkan kosakata bahasa Inggris.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"59 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"126565483","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}