{"title":"Video Animasi Operasi Asas Topik Algebra: Satu Kajian Kuasi-Eksperimen terhadap Pencapaian Matematik Murid Tingkatan 1","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.46","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.46","url":null,"abstract":"Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk menguji kesan penggunaan video animasi operasi tambah tolak terhadap pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra. Pendekatan kuantitatif berbentuk kuasi – eksperimen telah digunakan di dalam kajian ini. Seramai 67 orang murid dipilih daripada dua buah kelas Tingkatan 1 di sebuah Sekolah Menengah Harian di daerah Kuala Selangor, Selangor. Murid daripada kumpulan rawatan menjalani kaedah pembelajaran menggunakan video animasi operasi tambah tolak manakala murid daripada kumpulan kawalan telah melalui proses PdPc secara konvensional. Kajian ini menggunakan enam video animasi kepada kumpulan rawatan serta instrumen yang digunakan kepada kedua – dua kumpulan adalah ujian pra dan ujian pasca. Nilai Indeks Kesahan Kandungan Item (I – CVI) yang diperoleh daripada dua orang pakar penilai adalah 1.00 bagi video animasi dan instrumen. Manakala, nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperoleh daripada kajian rintis berada pada tahap yang tinggi iaitu 0.889. Dapatan kajian berdasarkan analisis ujian – t membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor kumpulan rawatan (min = 75.450, sp = 10.852) dan kumpulan kawalan (min = 49.710, sp = 11.074); t(65) = -9.609, p < 0.05. Kesimpulannya, murid – murid berupaya meningkatkan pencapaian Matematik mereka dengan menggunakan video animasi operasi tambah tolak ini sebagai bahan pembelajaran berbanding pembelajaran secara konvensional. Implikasi kajian juga menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan video animasi operasi tambah tolak ini adalah sesuai dipraktikkan bagi meningkatkan pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"2 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"129700162","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Kesediaan Guru Sejarah Melaksankan Teknik Penceritaan dan Hubungannya dengan Minat Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.35","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.35","url":null,"abstract":"Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan teknik penceritaan dan hubungannya dengan minat pelajar di dalam kelas dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam kalangan guru. Guru perlu mengetahui secara mendalam penggunaan Teknik penceritaan dengan baik serta mewujudkan suasana bilik darjah yang mampu menarik minat belajar. Guru boleh menggunakan intonasi yang berbeza dan gaya bahasa yang indah mengikut kesesuaian cerita. Intonasi yang tinggi digunakan untuk memberi penegasan contohnya pada bahagian pengajaran dalam seuatu cerita (Fatimah Baharin, 2014). Intonasi yang rendah dan berubah-ubah pula sesuai untuk mempengaruhi emosi pelajar bagi cerita seperti saat-saat kejatuhan islam, kewaafatan nabi dan lain-lain. Dengan cara ini, pelajar akan lebih terkesan dan memahami topik yang diajarkan secara keseluruhan. Dalam kajian ini terdapat dua batasan kajian tertentu yang dijadikan sebagai garis panduan kepada penyelidik supaya memfokuskan kepada kajian yang dilaksanakan sahaja.Pertama, kajian yang dijalankan hanya melibatkan guru-guru sejarah sahaja dan tidak melibatkan semua guru di daerah Pasir Puteh, Kelantan skop dan tumpuan kajian hanya kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap guru yang merupakan konstruk kepada kesedian guru terhadap Teknik penceritaan.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"6 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"121824348","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Guru Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah Sewaktu Pelaksanaan PdPR di Wilayah Persekutuan Labuan","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.39","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.39","url":null,"abstract":"Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) guru mata pelajaran Sejarah sekolah rendah sewaktu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap penerapan KPS guru berdasarkan kepada demografi responden iaitu jantina dan pengalaman mengajar Responden kajian terdiri daripada 40 orang guru sejarah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan yang mengajar mata pelajaran ini sewaktu PdPR. Reka Bentuk Kajian menggunakan instrumen soal selidik yang mempunyai dua bahagian iaitu demografi responden dan komponen dalam KPS. Analisis data dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0 iaitu dengan mencari min dan menggunakan ujian – t dan ujian ANOVA Satu Hala.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"44 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"123415665","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Hubungan Kebimbangan Guru dan Efikasi Kendiri dalam Pengajaran Matematik di Sekolah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.30","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.30","url":null,"abstract":"Penelitian ini dilakukan untuk menentukan hubungan kebimbangan dan efikasi kendiri guru dalam pengajaran Matematik di sekolah menengah. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif. Dalam penelitian ini seramai 159 orang guru matematik sekolah menengah di daerah Petaling Jaya diambil sebagai sampel untuk menjawab soal selidik menggunakan skala Likert dengan lima pilihan. Statistik deskriptif ditentukan dengan menggunakan SPSS versi 29 bagi memperolehi peratus dan kekerapan. Selain itu, Spearman Rho digunakan bagi menentukan korelasi di antara kebimbangan dalam pengajaran matematik dan efikasi guru. Kaedah ini digunakan kerana data yang diperolehi mengalami taburan yang tidak normal. Hasil yang diperolehi mendapati kekuatan hubungan berada di aras lemah. Seterusnya, secara kesimpulan didapati bahawa kebimbangan guru terhadap pengajaran matematik tidak mempengaruhi secara dominan kepada efikasi kendiri guru itu dalam pengajaran matematik.Kajian ini dicadangkan dapat diubah kepada reka bentuk kualitatif agar pendapat","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"307 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"123143735","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Pengetahuan Sistem Komunikasi Bergambar (PECS) dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.40","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.40","url":null,"abstract":"Sistem Komunikasi Bergambar (PECS) merupakan satu sistem Komunikasi Gantian dan Bantuan (AAC) yang memungkinkan individu menggunakan kad-kad gambar untuk berkomunikasi. Jadi, guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) masalah pembelajaran turut tidak ketinggalan untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan mengenai PECS untuk mendidik murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran (MBPKBP) yang mempunyai pertuturan terhad. Objektif kajian adalah untuk meninjau tahap pengetahuan guru PPKI masalah pembelajaran mengenai PECS berdasarkan demografi. Reka bentuk kajian ialah kajian kuantitatif jenis tinjauan. Model Shulman (1987) dan teori kesedaran kendiri (Duval & Wicklund 1972) telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 113 orang guru PPKI masalah pembelajaran peringkat sekolah rendah di daerah Gombak, Selangor telah dipilih sebagai sampel kajian melalui teknik persampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik adaptasi dari Instrumen Pengetahuan PECS yang dibina oleh Alsayedhassan et al. dengan nilai alpha Cronbach 0.98. Soal selidik dalam bentuk ‘google form’ disebarkan dalam talian. Data kajian dianalisis melalui perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan PECS dalam kalangan responden adalah sederhana dan analisis ANOVA sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan responden mengenai PECS berdasarkan pengalaman mengajar di PPKI serta tahap pendidikan. Didapati bahawa pengalaman mengajar di PPKI dan tahap pendidikan bukan faktor yang boleh mempengaruhi tahap pengetahuan PECS dalam kalangan guru PPKI masalah pembelajaran. Dicadangkan kajian lanjutan melihat perbezaan tahap pengetahuan PECS di antara guru PPKI dengan ahli terapi. Kesimpulannya, diharapkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bekerjasama dengan pakar AAC untuk mendedahkan pengetahuan PECS kepada guru PPKI masalah pembelajaran secara berterusan supaya mereka mampu mengajar MBPKBP yang mengalami pertuturan terhad menggunakan PECS untuk berkomunikasi dengan efektif dalam kehidupan seharian.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"28 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"116351019","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat dan Pencapaian Murid Tahun Empat dalam Mata Pelajaran Sejarah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.33","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.33","url":null,"abstract":"Murid-murid sekolah mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan memerlukan kaedah yang boleh membantu mereka memahami dan menguasai topik yang diajar oleh guru. Penggunaan multimedia boleh meningkatkan pemahaman murid tentang idea atau topik yang dipelajari dalam mata pelajaran sejarah. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan multimedia terhadap minat dan pencapaian murid tahun empat dalam mata pelajaran sejarah sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan 80 orang murid tahun empat sebuah sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Instrumen kajian ini ialah satu set ujian pra dan pasca serta borang soal selidik. Data dianalisis secara statistik inferensi dan statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package fo the Social Science (SPSS) 25.0. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan min pencapaian murid kumpulan rawatan dan kawalan dalam ujian pra. Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan min pencapaian murid kumpulan rawatan dan kawalan dalam ujian pasca. Secara keseluruhan, multimedia memberi impak yang positif dalam meningkatkan minat dan pencapaian murid tahun empat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah rendah. Kajian ini diharap dapat memberi implikasi kepada guru agar menggunakan multimedia bagi menarik minat dan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan. Kajian lanjut boleh dilakukan dan diperluaskan ke atas murid-murid tahun empat di sekolah-sekolah rendah di daerah yang lain bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat dan jelas tentang kesesuaian penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di semua sekolah rendah.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"49 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"123482543","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Tahap Pengetahuan Pendekatan Terbeza dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.45","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.45","url":null,"abstract":"Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan pendekatan terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 48 orang guru yang mengajar bahasa Melayu di lapan buah sekolah rendah dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) iaitu analisis deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus dan min untuk item-item yang berkaitan dengan tahap pengetahuan pendekatan terbeza. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan terbeza amat baik. Dari aspek pengetahuan guru, analisis menunjukkan guru mengetahui bahawa setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza dan guru mengadaptasi serta melaksanakan sesi pembelajaran berdasarkan kebolehan, minat, kemahiran dan keperluan murid.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"9 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"122507655","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Tahap Pengetahuan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam Kalangan Guru-Guru Sejarah Sekolah Rendah di Daerah Beluran","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.44","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.44","url":null,"abstract":"Subjek Sejarah telah diperkenalkan bermula dari tahun 2014 lagi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) telah memberikan penekanan terhadap kepentingan elemen kemahiran pemikiran sejarah (KPS) untuk dikuasai oleh semua murid. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran. Pengkaji telah mengkaji lima kategori dalam KPS iaitu memahami kronologi, membuat imaginasi, meneroka bukti, membuat interprestasi dan membuat rasionalisasi. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kuantitatif kajian tinjauan sebagai reka bentuk kajian ini. Seramai 30 orang guru Sejarah di sekitar daerah Beluran dijadikan sampel kajian dalam kajian ini. Melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden, data-data kajian dikumpul. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27 digunakan dalam analisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran adalah berada pada tahap tinggi. Diharapkan agar kajian ini dapat memberikan maklumat yang jelas kepada pihak PPD dan juga JPN berkenaan sejauhmana tahap pengetahuan KPS guru Sejarah di daerah Beluran. Kajian ini mencadangkan pihak sekolah agar konsisten mengglembeng usaha seperti memberikan pelbagai kursus, dan seminar kepada guru-guru Sejarah agar matlamat dan tujuan dalam kurikulum Sejarah itu dapat dicapai.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"AES-16 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"126539581","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Analisis Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Menengah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.27","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.27","url":null,"abstract":"Kesalahan bahasa dalam penulisan karangan amat tidak asing dalam kalangan murid lebih-lebih lagi murid bukan penutur natif bahasa Melayu. Seramai 28 orang murid Iban tingkatan dua dari sebuah sekolah di Bintulu telah dipilih menggunakan persampelan rawak mudah. Dalam kajian ini, responden diminta untuk melengkapkan karangan naratif selama 45 minit. Hasil dapatan menunjukkan kesalahan aspek tanda baca seperti penggunaan tanda baca nokhtah dan koma pada tempat yang tidak tepat dalam ayat merupakan kesalahan yang paling tinggi dilakukan oleh responden yang terlibat. Kesalahan lain yang telah dikenal pasti adalah penggunaan imbuhan yang kurang tepat berdasarkan frasa yang ditulis. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati penulisan karangan bahasa Melayu murid Iban adalah pada tahap yang kurang memberangsangkan dan perlu digarap dengan lebih baik lagi. Oleh hal yang demikian, guru bahasa Melayu khususnya memainkan peranan yang amat penting agar murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan lebih baik dengan menitik berat asas kemahiran menulis. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran kelemahan penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif bahasa Melayu.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"12 45","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"114085141","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Tahap Kefahaman, Kemahiran dan Sikap Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di Sekolah Rendah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.43","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.43","url":null,"abstract":"Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sebuah pentaksiran secara berterusan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi mengesan perkembangan, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran. Justeru, kajian ini mengkaji tentang tahap kefahaman, kemahiran dan sikap guru bahasa Melayu sekolah rendah dalam pelaksanaan PBD. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Dalam kajian ini, pensampelan rawak mudah digunakan untuk memilih 150 orang guru bahasa Melayu di daerah Temerloh, Pahang sebagai sampel kajian. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Berdasarkan dapatan kajian, tahap kefahaman (µ=4.43), tahap kemahiran (µ=4.17) dan tahap sikap (µ=4.43), dalam kalangan guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD adalah tinggi. Walaupun dapatan menunjukkan tahap kefahaman, kemahiran dan sikap guru tinggi malah, terdapat juga beberapa kelemahan terutamannya dalam pengaplikasian pentaksiran berasaskan projek. Kesimpulannya, kerjasama pelbagai pihak diperlukan bagi melaksanakan PBD dengan berkesan. Guru-guru bahasa Melayu pula perlu bersedia dan mengadaptasikan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan yang mengutamakan kemenjadian murid.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"8 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"115054339","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}