{"title":"Keberkesanan Teknik Pistum untuk Meningkatkan Penguasaan Perumpamaan dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.34","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Peribahasa merupakan tajuk pembelajaran yang kurang mendapat perhatian dalam kalangan murid kerana memerlukan pemikiran yang kreatif serta kritis untuk merungkai maknanya. Kajian ini dijalankan untuk murid mengenal pasti keberkesanan teknik PISTUM dan meneroka minat serta pengetahuan murid berkaitan perumpamaan. Kajian ini melibatkan empat orang peserta kajian, iaitu tiga orang murid dalam tahun 5 dan seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar kelas tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji merupakan kajian kes sementara teori Relevans menjadi garis panduan utama kajian bagi menjawab persoalan kajian. Data kajian kualitatif ini dikumpul dengan menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Inovasi teknik PISTUM telah diperkenalkan bagi membantu murid mengingati dan memahami perumpamaan dengan lebih mudah. Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian, iaitu murid dapat mengaplikasi teknik PISTUM dalam mengingati perumpamaan dan memahami maknanya. Murid juga mempunyai minat dan pengetahuan yang tinggi berkaitan perumpamaan selepas pengaplikasian teknik PISTUM. Dapatan kajian juga telah memberi impak kepada murid dari segi meningkatkan kemahiran bertutur dan menulis, mempelbagaikan teknik pengajaran yang lebih menarik serta menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, pengkaji berharap inovasi teknik PISTUM dapat membantu murid menguasai peribahasa, iaitu perumpamaan dan menjadi pemacu dalam usaha melestarikan peribahasa sebagai warisan bangsa.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"91 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.34","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Peribahasa merupakan tajuk pembelajaran yang kurang mendapat perhatian dalam kalangan murid kerana memerlukan pemikiran yang kreatif serta kritis untuk merungkai maknanya. Kajian ini dijalankan untuk murid mengenal pasti keberkesanan teknik PISTUM dan meneroka minat serta pengetahuan murid berkaitan perumpamaan. Kajian ini melibatkan empat orang peserta kajian, iaitu tiga orang murid dalam tahun 5 dan seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar kelas tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji merupakan kajian kes sementara teori Relevans menjadi garis panduan utama kajian bagi menjawab persoalan kajian. Data kajian kualitatif ini dikumpul dengan menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Inovasi teknik PISTUM telah diperkenalkan bagi membantu murid mengingati dan memahami perumpamaan dengan lebih mudah. Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian, iaitu murid dapat mengaplikasi teknik PISTUM dalam mengingati perumpamaan dan memahami maknanya. Murid juga mempunyai minat dan pengetahuan yang tinggi berkaitan perumpamaan selepas pengaplikasian teknik PISTUM. Dapatan kajian juga telah memberi impak kepada murid dari segi meningkatkan kemahiran bertutur dan menulis, mempelbagaikan teknik pengajaran yang lebih menarik serta menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, pengkaji berharap inovasi teknik PISTUM dapat membantu murid menguasai peribahasa, iaitu perumpamaan dan menjadi pemacu dalam usaha melestarikan peribahasa sebagai warisan bangsa.