{"title":"Amalan Humor Guru dan Hubungannya dengan Konsentrasi dan Ingatan Belajar Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.26","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Humor ialah elemen yang sangat penting untuk menarik minat pelajar dengan menerima maklumat yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi, tahap konsentrasi dan tahap ingatan belajar murid serta meninjau sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara amalan humor guru dengan konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 250 orang murid sekolah rendah tahap 2 iaitu tahun 4, 5 & 6 di daerah Membakut telah dipilih sebagai responden kajian melalui persampelan rawak. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang mempunyai empat bahagian yang diadaptasi daripada kajian Muhammad Syawal Bin Amran dan kajian Mohd. Rosmadi Mohd. Saleh dan Hafizah Zulkifli. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi (M= 3.77, SP=.49) dan tahap konsentrasi (M= 3.14, SP=.37) murid terhadap amalan humor guru, kedua-duanya berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala, bagi tahap ingatan belajar murid pula berada pada tahap sederhana rendah (M= 2.83, SP=.43). Hasil analisis korelasi Pearson juga mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara amalan humor guru dengan konsentrasi (r=.580, p=<.001) dan ingatan (r=.984, p=<.001) dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya, berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap persepsi dan tahap konsentrasi yang positif dan memuaskan terhadap amalan humor guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Namun, para guru perlu meneliti semula kaedah pelaksanaan humor yang diterapkan semasa proses P&P, khususnya dalam membantu ingatan belajar murid kerana ingatan belajar responden masih belum berada pada tahap yang memuaskan. Selain itu, dapatan juga membuktikan bahawa semakin tinggi amalan humor guru dalam pengajaran, maka semakin tinggi tahap konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Justeru, para pendidik perlu mengaplikasikan dan menerapkan humor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan kreatif dan bermakna.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"41 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.26","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Humor ialah elemen yang sangat penting untuk menarik minat pelajar dengan menerima maklumat yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi, tahap konsentrasi dan tahap ingatan belajar murid serta meninjau sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara amalan humor guru dengan konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 250 orang murid sekolah rendah tahap 2 iaitu tahun 4, 5 & 6 di daerah Membakut telah dipilih sebagai responden kajian melalui persampelan rawak. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang mempunyai empat bahagian yang diadaptasi daripada kajian Muhammad Syawal Bin Amran dan kajian Mohd. Rosmadi Mohd. Saleh dan Hafizah Zulkifli. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi (M= 3.77, SP=.49) dan tahap konsentrasi (M= 3.14, SP=.37) murid terhadap amalan humor guru, kedua-duanya berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala, bagi tahap ingatan belajar murid pula berada pada tahap sederhana rendah (M= 2.83, SP=.43). Hasil analisis korelasi Pearson juga mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara amalan humor guru dengan konsentrasi (r=.580, p=<.001) dan ingatan (r=.984, p=<.001) dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya, berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap persepsi dan tahap konsentrasi yang positif dan memuaskan terhadap amalan humor guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Namun, para guru perlu meneliti semula kaedah pelaksanaan humor yang diterapkan semasa proses P&P, khususnya dalam membantu ingatan belajar murid kerana ingatan belajar responden masih belum berada pada tahap yang memuaskan. Selain itu, dapatan juga membuktikan bahawa semakin tinggi amalan humor guru dalam pengajaran, maka semakin tinggi tahap konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Justeru, para pendidik perlu mengaplikasikan dan menerapkan humor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan kreatif dan bermakna.