{"title":"Persepsi Staf Terhadap Pelaksanaan Dress Down Day di Kolej Komuniti Kuching","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.4.2","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.4.2","url":null,"abstract":"Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi staf terhadap pelaksanaan Dress Down Day di Kolej Komuniti Kuching semasa Program Bulan Pembangunan Kompetrensi Staf 2022 serta kesan pelaksanaan Dress Down Day terhadap prestasi kerja staf Kolej Komuniti Kuching. Pelaksanaan Dress Down Day di Kolej Komuniti Kuching sempena Program Bulan Pembangunan Kompetensi staf merupakan salah satu inisiatif dari Unit Latihan dan Pembangunan Staf untuk memupuk perasaan keseronokkan bekerja dalam kalangan staf. Pembaharuan melalui idea idea ini merupakan suara antara kedua pihak iaitu pekerja dan dipersetujui oleh majikan. Matlamatnya adalah untuk mengubah persepsi pekerja terhadap majikan mahupun pengurusan disesebuah organisasi. Sampel kajian adalah terdiri daripada 50 staf Kolej Komuniti Kuching yang sedang berkhidmat semasa Program Dress Down Day dijalankan. Keseluruhannya, kesan pelaksanaan Dress Down Day mendapat maklumbalas yang baik dari staf Kolej Komuniti Kuching berdasarkan majority min untuk setiap item soalan berada tahap sangat setuju.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"18 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-01-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"126526812","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Bakat Halal di Malaysia: Analisis Kajian Bibliometrik","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.4.5","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.4.5","url":null,"abstract":"Bakat halal di Malaysia menjadi tulang belakang dalam pemerkasaan halal di peringkat industri. Namun, kajian dalam bakat halal masih tidak banyak ditelusuri lagi. Justeru, kajian ini mengkaji penulisan bakat halal yang ada dalam Malaysia dalam tempoh satu dekad. Kajian ini menggunakan analisis bibliometrik terhadap artikel-artikel yang ditemui berdasarkan dua pangkalan data iaitu Scopus dan MyCite. Pencarian menggunakan kata kunci “halal talent”, “halal executive”, “halal auditor”, “halal manpower”, “halal worker\", “halal manager, “halal officer\" dan “halal operator”. Daripada jumlah 257 artikel yang ditemui, hanya sembilan (9) artikel sahaja yang membincangkan berkenaan bakat halal di Malaysia berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan. Journal of Islamic Marketing menerbitkan artikel yang paling banyak dalam kajian ini. Kajian juga menemui bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempunyai penulisan artikel yang paling banyak dan Jimat Jaya Sdn Bhd merupakan satu-satunya organisasi yang mewakili pihak industri dalam penulisan makalah ilmiah ini. Dengan menggunakan VOSviewer, hasil analisis kata kunci mendapati kajian berkenaan bakat halal banyak menyentuh penilaian tahap pengetahuan dan sikap bakat halal sedia ada yang terdapat dalam sektor makanan. Kajian akan datang boleh dilakukan dengan pencarian yang dikembangkan kepada pangkalan data yang lain dan kajian terhadap bakat halal di peringkat antarabangsa.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-01-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"133715464","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Analisis Kecuaian Doktor dalam Mendiagnosis Rawatan di Klinik Swasta: Kesan kepada Penjagaan Kesihatan Pesakit","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.4.4","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.4.4","url":null,"abstract":"Kajian ini adalah bertujuan untuk menjelaskan beberapa persoalan berkaitan kecuaian dalam amalan perubatan yang berlaku di hospital dan klinik persendirian. Profesion kedoktoran adalah profesion yang dihormati dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Menurut Haq, F. dan Wong, H.Y. (2010), seorang doktor sewajarnya mempamerkan sikap yang baik, boleh diteladani, profesional dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik antaranya lemah lembut, berhati-hati dan menyenangkan hati pesakit yang dirawat semasa memberi perkhidmatan supaya mendatangkan keselesaan kepada pesakit ketika menerima rawatan. Namun begitu, masih terdapat dalam kalangan doktor di klinik swasta yang belum berjaya mempraktikkan sikap profesional kedoktoran mereka sehingga berlaku kecuaian dan kesilapan dalam rawatan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, peratusan kejadian buruk akibat kecuaian terhadap orang tua melepasi tahap (p = 0.01) dan terdapat sejumlah besar pesakit menghadapi kecederaan dan kesilapan dalam menerima rawatan perubatan, ekoran perkhidmatan yang tidak berkualiti. Lawthers, A. G. dan Hiatt, H. H. (1991) serta Oyebode, F. (2013) melaporkan bahawa pesakit yang dimasukkan ke hospital di seluruh dunia, mencapai tahap 3–16 peratus mengalami kecederaan akibat kecuaian rawatan perubatan dan kesilapan dalam preskripsi ubatan. Kajian ini telah dilaksanakan berasaskan kajian perpustakaan dengan merujuk pelbagai teks pembentangan, jurnal, buku dan laporan bagi memperoleh maklumat berkaitan. Sebanyak 50 buah artikel kajian yang relevan telah dirujuk dan diteliti bagi mengesahkan data kes-kes kecuaian dan kesalahan dalam perkhidmatan rawatan terhadap pesakit di klinik persendirian. Selain itu penulisan ini turut merujuk kepada undang-undang dalam perkhidmatan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan etika Islam untuk dianalisis peranannya dalam isu ini. Hasil kajian mendapati kualiti perkhidmatan rawatan di klinik swasta akan menerima kesan yang lebih baik menerusi amalan dan penerapan prinsip etika Islam serta mematuhi prosedur dalam menyampaikan perkhidmatan perubatan yang telah ditetapkan oleh KKM. Melalui pematuhan kedua-dua prosedur tersebut akan menghasilkan perkhidmatan yang baik dan berkualiti seperti mana yang dikehendaki oleh masyarakat.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"11 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-01-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"133389329","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Pendekatan Pro-Poor Tourism (PPT) dalam Mengatasi Masalah Kemiskinan Komuniti Orang Asli","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.4.3","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.4.3","url":null,"abstract":"Pendekatan Pro-poor tourism (PPT) bertujuan untuk mengatasi masalah kemiskinan melalui penglibatan dalam pelancongan. Kelebihan komuniti Orang Asli adalah melalui aset yang mereka miliki seperti alam sekitar, kraftangan, budaya dan cara hidup yang boleh dijual kepada pelancong. Melalui kajian yang dilaksanakan dalam komuniti Orang Asli Mah Meri menunjukkan bahawa pendekatan PPT telah berjaya meningkatkan ekonomi mereka melalui penglibatan dalam pelancongan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual dan pemerhatian. Melalui temubual bersama lima orang yang terlibat dalam aktiviti pelancongan dan pemerhatian persekitaran menunjukkan bahawa beberapa elemen penting PPT diperlukan untuk memastikan kejayaan aktiviti pelancongan melibatkan pembangunan pengetahuan dan kemahiran, pembangunan produk pelancongan, pengurusan dan pemasaran, jaringan kerjasama dan kemudahan prasarana. Ia menjadi satu petunjuk kepada kejayaan pendekatan PPT dalam kalangan komuniti orang asli yang dapat dijadikan sebagai satu penanda aras untuk merubah sosioekonomi komuniti miskin orang asli yang lain.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"106 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-01-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"128155504","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Kesan Konflik Dalam Organisasi Dan Kesihatan Mental Pekerja","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.3.4","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.3.4","url":null,"abstract":"Artikel ini membincangkan secara terperinci mengenai pengaruh konflik dalam sesebuah organisasi dan kesan kepada kesihatan mental seseorang pekerja. Oleh itu, terdapat beberapa perincian yang akan diberikan perhatian iaitu melibatkan punca dan kesan konflik yang terjadi di sesebuah organisasi, kesan konflik organisasi kepada psikologi pekerja terutama melibatkan kesihatan mental serta perbincangan model konflik Thomas-Kilmann dalam menangani isu konflik dalam peringkat organisasi. Sehubungan itu, perbincangan dalam artikel turut memfokuskan berkaitan beberapa petunjuk dalam konflik organisasi melibatkan perbezaan personaliti, isu keterbukaan dalam penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi antara pihak pengurusan dan pekerja, percanggahan idea certa gaya kerja serta perbezaan matlamat antara individu atau pasukan dalam sesebuah organisasi juga boleh menyumbang kepada konflik organisasi. Bagi konteks kesihatan mental, pelbagai kesan psikologi kepada pekerja melibatkan masalah tekanan, kebimbangan serta kemurungan berlaku dan ini akhirnya memberi kesan kepada kefungsian kepada pekerja untuk berfungsi dan bertindak secara produktif dalam organisasi. Sehubungan itu, fungsi pihak pengurusan juga perlu diperincikan bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pekerja terutamanya melibatkan isu konflik dalam sesebuah organisasi.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"39 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-11-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"128166043","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Terapi Kognitif Tingkah Laku Standard Dan Brief Terhadap Daya Tahan Kanak-Kanak Keluarga Berisiko","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.3.5","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.3.5","url":null,"abstract":"Salah satu faktor dalam mempengaruhi daya tahan kanak-kanak adalah keluarga serta persekitaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kesan Terapi Tingkah Laku Kognitif Standard CBT(S) dan Terapi Tingkah Laku Kognitif Brief CBT(B) terhadap tahap daya tahan kanak-kanak daripada keluarga berisiko. Sampel terdiri daripada 90 orang kanak-kanak telah disaring menggunakan kaedah sampel bertujuan yang melibatkan peringkat umur 11 tahun daripada sembilan buah sekolah di sekitar Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen dengan melibatkan tiga kelompok rawatan iaitu CBT(S), CBT(B) dan kelompok kawalan (KK). Terdapat lima ujian berulangan dilaksanakan sepanjang tempoh kajian iaitu ujian pra, pos 1, pos 2, pos 3 dan pos 4 dengan menggunakan alat ukur psikologi The Child & Youth Resilience Measure. Analisis kajian adalah menggunakan kaedah ANOVA dua hala ujian berulangan dan hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesan utama kelompok rawatan CBT(S), CBT(B) dan kumpulan kawalan (KK) terhadap skor min daya tahan [F (2, 28803.533) = 45.029, p<.05]; kesan utama masa ujian [F (2.814, 5892.33) = 303.572; p<.05]; dan masa ujian [F (5.627, 5892.33) = 138.496; p<.05)]. Secara keseluruhannya, penggunaan teknik CBT(B) menunjukkan keberkesanan yang lebih efektif dalam meningkatkan skor daya tahan d berbanding CBT(S) sepanjang tempoh kajian dijalankan.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"28 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-11-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"117082004","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Pengurusan Sisa Elektronik: Ulasan","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.3.3","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.3.3","url":null,"abstract":"Menurut laporan Global E-waste Monitor 2020, dianggarkan penduduk Malaysia menghasilkan 364 kilo tan (kt) e-sisa pada 2019 atau purata 11.1kg per kapita. Bagaimanapun, tiada data mengenai pemungutan e-sisa yang direkodkan. Di seluruh dunia pula, sebanyak 53.6 juta tan metrik (Mt) sisa dihasilkan iaitu purata 7.3kg per kapita, dan hanya 17.4% direkod sebagai telah dipungut dan dikitar semula. Laporan tersebut menyatakan kebimbangan serta ketidakmampuan aktiviti kitar semula bersaing dengan longgokan e-sisa yang dihasilkan oleh pengguna saban hari. Aktiviti kitar semula meningkat kepada 1.8Mt sejak 2014, sedangkan jumlah e-sisa telah meningkat sebanyak 9.2Mt. Sehubungan dengan ini, satu kajian kepustakaan telah dijalankan kerana ingin melihat kesan atau isu e-sisa ini terhadap alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan lain-lain. Metodologi kajian yang digunakan ialah ulasan kepustakaan degan menilai dan membuat ulasan terhadap sumber primer. Kajian mendapati terdapat keperluan mendesak untuk penilaian terperinci mengenai senario semasa dan masa depan termasuk pengiraan, pencirian, amalan pelupusan sedia ada, kesan alam sekitar dan bahaya kesihatan pekerjaan. Pengumpulan e-sisa, pengangkutan, rawatan, penyimpanan, pemulihan dan pelupusan, perlu diwujudkan, di peringkat nasional dan/atau serantau untuk pengurusan e-sisa yang mesra alam.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"34 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-10-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"115106501","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Pembangunan Modal Insan Di Malaysia: Satu Analisis","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.3.2","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.3.2","url":null,"abstract":"Pembangunan modal insan merupakan teras utama bagi membentuk suatu masyarakat yang celik minda serta boleh bersaing seiring dengan matlamat Pembangunan Mampan yang telah digariskan oleh Bangsa- bangsa Bersatu 2030. Pada 2006, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan perdana menteri Malaysia telah menyuarakan kepentingan untuk membangunkan modal insan di Malaysia supaya memberi persediakan kepada lapisan masyarakat supaya mereka akan bersedia dengan sebarang perubahan dan pembangunan yang akan berlaku di masa akan datang. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis pembangunan modal insan di Malaysia. Objektif kajian adalah 1) mengenalpasti hala tuju sistem pendidikan dan teras pembangunan negara; 2) membincangkan dasar yang dibentuk untuk membangunankan modal insan di Malaysia dan 3) menganalisis cabaran yang wujud untuk membangunkan modal insan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana konten analisis dirujuk dari sumber sekunder. Dapatan kajian ini mendapati sistem pendidikan negara menyokong kepada Dasar Pembangunan Modal Insan di mana pendekatan yang dilaksanakan bermula dari peringkat sekolah rendah. Cabaran yang wujud dalam menghasilkan modal ini adalah kemajuan teknologi, persekitaran dan juga ideologi. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap lapisan masyarakat untuk memastikan matlamat dasar ini tercapai dengan penyertaan, kerjasama dan komitmen dari semua pihak.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"125835929","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Kajian Hubungan Jangka Masa Panjang Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Peningkatan Kos Sara Hidup di Malaysia","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.3.1","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.3.1","url":null,"abstract":"Peningkatan kos sara hidup sering dikaitkan dengan pelbagai faktor luar dan dalam negara yang menjadi punca kepada peningkatan harga barangan ditambah pula dengan peningkatan mendadak harga minyak mentah dan gas asli di seluruh dunia. Hal ini menjadi bertambah rumit apabila negara masih bergelut dengan masalah pengangguran di mana ratusan ribu rakyat kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana mengalami masalah kewangan yang teruk. Hal ini menjadi persoalan kepada banyak pihak dalam membincangkan solusi jangka masa panjang kerana melihat perkara ini seolah-olah tidak mempunyai jawapan sejak sekian lama. Memandangkan kos sara hidup terus meningkat walaupun gaji masih kekal pada tahap yang sama, saiz golongan B40 dilihat semakin membesar apabila golongan M40 berkemungkinan akan mengecil dan malah boleh jatuh ke dalam kemiskinan bandar. Oleh itu, kajian ilmiah ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji variabel yang mempengaruhi kos sara hidup di Malaysia. Kajian ini juga menggunakan model Autoregressive Distributed Lag (ARDL) dan data siri masa sepanjang tahun 1981-2021. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan jangka masa panjang antara faktor pendapatan isi rumah, kadar pengangguran, pertumbuhan populasi, darjah keterbukaan dan nilai mawatang Ringgit terhadap peningkatan kos sara hidup di Malaysia. Walaubagaimanapun, kadar faedah tidak mempunyai hubungan secara langsung kepada pembolehubah bersandar.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"422 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"123935314","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Gabungan Kontrak Pertanian Kewangan Sosial Islam Dengan Teknologi Rantaian Blok: Pendanaan Awam Wakaf","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.2.4","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.2.4","url":null,"abstract":"Sebagai menelusuri dunia Internet Pelbagai Benda (IPB) dan Kepintaran Buatan (AI), teknologi rantaian blok melihat dirinya sebagai revolusi teknologi yang akan mencetuskan susunan dunia baharu. Ia mewakili sistem terdesentralisasi, rangkaian rakan ke rakan(P2P), dan lejar teragih dan tidak boleh diubahsuai di samping penggunaan kontrak pintar yang menjadi sebagai tanda kesepakatan. Objektif utama penulisan ini adalah untuk menentukan bagaimana rantaian blok dengan kelebihan-kelebihannya boleh mengubah institusi wakaf melalui platform pendanaan awam kearah yang lebih sistematik dan telus. Penulisan ini adalah berbentuk kualitatif berasaskan data-data dan maklumat-maklumat daripada kajian perpustakaan dan seterusnya ia dianalisis berdasarkan pendekatan deduktif. Teknologi rantaian blok banyak memberikan faedah kepada teknologi kewangan pendanaan awam di institusi wakaf dalam bidang pertanian dimana diantaranya sistem token sebagai ganjaran kepada pelabur, ketersediaan kesasihan maklumat yang mampu membina kepercayaan dan kontrak pintar yang menjejaki aliran transaksi dana.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"17 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-08-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"128518490","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}