Jurnal Dunia Pengurusan最新文献

筛选
英文 中文
Etimologi Cekak Dalam Rumpunan Bahasa dan Budaya Persilatan Melayu 马来波斯拉坦语言文化群体中的 Cekak 词源学
Jurnal Dunia Pengurusan Pub Date : 2023-10-31 DOI: 10.55057/jdpg.2023.5.3.1
{"title":"Etimologi Cekak Dalam Rumpunan Bahasa dan Budaya Persilatan Melayu","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2023.5.3.1","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.3.1","url":null,"abstract":"Kajian ini membincangkan mengenai etimologi atau asal-usul perkataan ‘Cekak’ yang digunakan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) sejak tahun 1965 bagi merujuk kepada sejenis silat Melayu yang berasal dari negeri Kedah Darul Aman. Perbincangan ini akan menghurai secara ringkas pengertian Cekak dari sudut sejarah, bahasa lisan serta perkaitan dengan budaya masyarakat Melayu di Nusantara. Perkataan Cekak tersebut telah mengalami proses evolusi lisan yang panjang dengan berkembang, dipertuturkan serta diperturunkan secara meluas dari satu generasi ke satu generasi. Hasil kajian merumuskan bahawa perkataan Cekak mempunyai maksud tersendiri bertepatan dengan ciri-ciri terkandung di dalam ilmu Seni Silat Cekak yang berkembang di Semenanjung Tanah Melayu sejak abad ke 18 hingga kini.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"27 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-10-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"139307949","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Memberi Nilai Tambah Terhadap Sisa Elektrik and Elektronik (e-sisa) Melalui Pemprosesan Semula Plastik: Kajian Literatur 通过塑料再加工增加电气和电子废料的价值:文献综述
Jurnal Dunia Pengurusan Pub Date : 2023-10-31 DOI: 10.55057/jdpg.2023.5.3.2
{"title":"Memberi Nilai Tambah Terhadap Sisa Elektrik and Elektronik (e-sisa) Melalui Pemprosesan Semula Plastik: Kajian Literatur","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2023.5.3.2","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.3.2","url":null,"abstract":"Sisa elektronik (e-sisa) merupakan isu global yang semakin meruncing dengan pertambahan pesat dalam pengeluaran dan pelupusan peralatan elektronik. Di samping itu masalah pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh penghasilan dan pemusnahan plastik (e-sisa) telah menjadi keutamaan dunia. Kajian ini bertujuan untuk mengeksplorasi potensi memberi nilai tambah terhadap e-sisa melalui pemprosesan semula plastik. Kajian literatur ini mengumpulkan maklumat dari pelbagai sumber termasuk jurnal saintifik, buku, laporan teknikal dan kertas kerja konferensi yang berkaitan dengan pemprosesan semula plastik dan pengurusan e-sisa. Analisis kritikal terhadap maklumat tersebut memberi pandangan yang mendalam tentang isu-isu berkaitan pemprosesan semula plastik dalam konteks mengurangkan e-sisa. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemprosesan semula plastik memiliki potensi yang besar untuk memberi nilai tambah terhadap e-sisa. Kaedah seperti pemisahan dan pemprosesan semula plastik dari e-sisa dapat mengurangkan pencemaran, mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah baru dan menghasilkan produk yang lebih mampan secara ekonomi. Walau bagaimanapun terhadap cabaran teknikal, ekonomi, sosial yang perlu di atasi termasuk pemisahan bahan yang kompleks, kos pemprosesan yang tinggi dan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"30 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-10-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"139307864","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Kota Bukit Meriam: Merungkai Sejarah Tamadun Kerajaan Kedah Tua
Jurnal Dunia Pengurusan Pub Date : 2023-06-01 DOI: 10.55057/jdpg.2023.5.2.1
{"title":"Kota Bukit Meriam: Merungkai Sejarah Tamadun Kerajaan Kedah Tua","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2023.5.2.1","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.2.1","url":null,"abstract":"Kajian ini bertujuan menelusuri sejarah kota purba Bukit Meriam sebagai salah sebuah dari kota-kota lama pemerintahan kerajaan Melayu Kedah Tua pada zaman pra dan pasca perkembangan Islam. Kota ini pernah memainkan peranan penting sebagai sebuah kota pemerintahan, pertahanan serta perdagangan bagi kerajaan Kedah sepanjang pemerintahan beberapa orang Raja Kedah pada abad ke 8 hingga 12 masihi. Keagungannya pernah dicatatkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (ASNK) dan lain-lain sumber dokumentasi. Hasil kajian ini mendapati akibat faktor perubahan geologi jangka masa panjang, tindakan pengambilan dan penjarahan artifak berharga serta aktiviti kuari yang dijalankan selama beberapa tahun sebelum ia diberhentikan telah menghilangkan banyak peninggalan sejarah di tapak kota bersejarah tersebut. Justeru tapak bersejarah ini perlu dipulihara dan pengisahannya perlu disebarluaskan dengan mengambil kira penceritaan masyarakat tempatan.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"124761454","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Sosioekonomi Mempengaruhi Kesejahteraan Kewangan Ibu Tunggal di Terengganu
Jurnal Dunia Pengurusan Pub Date : 2023-03-31 DOI: 10.55057/jdpg.2023.5.1.4
{"title":"Sosioekonomi Mempengaruhi Kesejahteraan Kewangan Ibu Tunggal di Terengganu","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2023.5.1.4","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.1.4","url":null,"abstract":"Kajian ini memfokuskan kepada sejauhmana perkaitan antara sosioekonomi dengan kesejahteraan kewangan ibu tunggal di Terengganu. Sosioekonomi yang dimaksudkan adalah tahap pendidikan, pekerjaan, pendapatan bulanan, dan jumlah tanggungan yang merupakan faktor utama kepada kemiskinan ibu tunggal. Kos sara hidup yang meningkat telah merisaukan ibu tunggal. Maka, kajian ini perlu dikaji untuk mengetahui sejauhmana faktor sosioekonomi mempengaruhi tahap kemiskinan dan kesejahteraan kewangan ibu tunggal. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 612 orang ibu tunggal yang dipilih berdasarkan kepada ibu tunggal bercerai hidup dan kematian suami. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif. Hasil analisis deskriptif mendapati, majoriti respondan kajian telah menamatkan persekolahan pada peringkat PMR/SRP, dan bekerja sendiri dengan jumlah pendapatan adalah kurang daripada RM 1200 sebulan. Manakala jumlah tanggungan yang terpaksa ditanggung adalah seramai 4-5 orang isi rumah. Daripada hasil analisis kajian yang telah dibuat, jelas menunjukkan taraf pendidikan yang rendah, jenis pekerjaan, jumlah pendapatan bulanan, dan jumlah tanggungan sangat mempengaruhi kesejahteraan kewangan ibu tunggal. Dapatan kajian ini relevan untuk penambahbaikan polisi dan dasar sosial kerajaan untuk lebih peka kepada keperluan ibu tunggal. Program sokongan juga perlu dipergiatkan kepada ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Agensi berkaitan perlu mengenal pasti keperluan bagi setiap keluarga yang mempunyai ibu tunggal sebagai ketua keluarga. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan bahawa faktor sosioekonomi sangat mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan ibu tunggal.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"17 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"131038860","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Perlindungan Hak Asasi Manusia: Palestin sebagai Korban Dwistandard dan Hipokrasi Barat
Jurnal Dunia Pengurusan Pub Date : 2023-03-31 DOI: 10.55057/jdpg.2023.5.1.3
{"title":"Perlindungan Hak Asasi Manusia: Palestin sebagai Korban Dwistandard dan Hipokrasi Barat","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2023.5.1.3","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.1.3","url":null,"abstract":"Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) yang mengorbankan antara 44,500,000-77,000,000 nyawa dan mengakibatkan penderitaan besar kepada penduduk dunia mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima UDHR pada 10 Disember 1948. Deklarasi ini sekaligus dapat memenuhi hasrat pemimpin dunia untuk menyempurnakan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada masa ia sama, UDHR menggariskan pelan hala tuju yang dapat menjamin hak setiap individu di mana juga ia berada. Deklarasi berkenaan antara lain meliputi jaminan hak untuk hidup, kebebasan manusia, perlindungan daripada diskriminasi dan penyeksaan, kesetaraan di sisi undang-undang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jaminan perlindungan hak setiap individu dan masyarakat atau bangsa hanya tinggal dalam instrumen hak asasi manusia semata-mata. Pada hakikatnya, ia tidak terpakai atas sebahagian bangsa, penganut agama atau etnik. Masyarakat dunia sekian lama menjadi saksi bangsa dan etnik tertentu seperti Palestin yang menjadi korban kezaliman yang tiada noktah. Ironinya pula, pada tahun yang sama UDHR diratifikasi, rakyat Palestin ditimpa mala petaka besar, iaitu peristiwa Nakbah yang memusnahkan lanskap serta struktur masyarakat mereka. Perlindungan hak asasi yang tidak bersifat menyeluruh ini jelas menggambarkan hipokrasi dan sikap dwistandard barat terhadap perjuangan serta perlindungan hak asasi. Penulisan ini akan memberikan tumpuan pada instrumen dan isu semasa hak asasi manusia antarabangsa berkaitan yang menuntut ketegasan masyarakat dunia, khususnya dunia Islam untuk mengatasinya.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"2 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"126303045","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Elemen-Elemen Yang Mempengaruhi Pembangunan Bakat Pekerja Dalam Sesebuah Organisasi Semasa Pandemik Covid-19 Dalam Aspek Latihan Dan Pembangunan 在 Covid-19 大流行期间从培训和发展方面影响企业员工人才发展的因素
Jurnal Dunia Pengurusan Pub Date : 2023-03-31 DOI: 10.55057/jdpg.2023.5.1.1
{"title":"Elemen-Elemen Yang Mempengaruhi Pembangunan Bakat Pekerja Dalam Sesebuah Organisasi Semasa Pandemik Covid-19 Dalam Aspek Latihan Dan Pembangunan","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2023.5.1.1","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.1.1","url":null,"abstract":"Kajian ini telah mendapati bahawa pembangunan bakat pekerja dalam sesebuah organisasi telah bertambah baik selepas berlakunya pandemik COVID-19. Sorotan literatur mendapati bahawa kejayaan yang diperolehi sesebuah organisasi adalah berdasarkan susunan pendekatan yang strategik terhadap pekerja yang berbakat. Kajian ini telah meneroka beberapa elemen yang dapat mempengaruhi pembangunan bakat pekerja dalam sesebuah organisasi dalam aspek latihan dan pembangunan. Metodologi kajian menggunakan kajian kes di mana temu bual dilakukan bersama 4 orang pengurus sumber manusia daripada beberapa organisasi. Hasil dapatan telah menunjukkan bahawa terdapat empat elemen yang mempengaruhi pembangunan bakat pekerja dalam sesebuah organisasi iaitu pemantauan tahap pekerja berbakat, pembangunan kepimpinan bakat individu, bimbingan daripada golongan pekerja berbakat terhadap pekerja bawahan dan penambahan pekerja berbakat. Implikasinya, dapatan ini dapat menguatkan lagi kajian berkaitan pembangunan bakat pekerja daripada aspek latihan dan pembangunan, selain memberikan kesedaran kepada organisasi yang lain tentang kepentingan yang diperolehi sekiranya mereka mengutamakan pekerja yang berbakat semasa proses penyerapan pekerja ke dalam syarikat.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"19 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"134011055","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Faktor Pendorong Penglibatan Belia dalam Perniagaan Pasar Malam di Pekan Changlun, Kedah
Jurnal Dunia Pengurusan Pub Date : 2023-03-31 DOI: 10.55057/jdpg.2023.5.1.2
{"title":"Faktor Pendorong Penglibatan Belia dalam Perniagaan Pasar Malam di Pekan Changlun, Kedah","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2023.5.1.2","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.1.2","url":null,"abstract":"Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor pendorong peniaga belia dan yang berniaga di Pasar Malam Changlun, Kedah. Belia merupakan golongan yang penting untuk membangunkan sektor ekonomi negara pada masa kini dan hadapan. Belia harus diberi galakan agar mereka dapat menyumbang kepada perkembangan Industri Kecil dan Sederhana negara. Metodologi kajian menggunakan data deskriptif dan bentuk persampelan bertujuan. 86 orang responden dipilih dari populasi seramai 110 orang peniaga dalam kategori belia (18-40 tahun) yang mendaftar di Bahagian Pendaftaran Perniagaan di Majlis Daerah Kubang Pasu, Kedah. Antara hasil kajian yang dikenalpasti ialah belia melibatkan diri dalam perniagaan pasar malam disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengaruh keluarga, pendapatan, pengalaman semasa disekolah, dan telah mendapat latihan dan kursus perniagaan. Dicadangkan agar program yang membantu beliau menguruskan perniagaan harus diperhebatkan lagi dan mereka perlu diberi motivasi agar mereka berdaya saing, tidak mengalah dan sanggup menghadapi cabaran jatuh bangun ekonomi negara dan perniagaan. Usaha beliau untuk berniaga harus dihargai kerana usaha gigih mereka dapat merancakkan sektor peniagaan ini dan dapat meningkatkan kualiti hidup belia dan kelauarga mereka lebih-lebih lagi diluar bandar. Usaha beliau untuk berniaga ini adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"9 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"130536364","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Pengurusan Pencemaran Bandar: Satu Analisis Bibliometrik
Jurnal Dunia Pengurusan Pub Date : 2023-01-31 DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.4.7
{"title":"Pengurusan Pencemaran Bandar: Satu Analisis Bibliometrik","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.4.7","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.4.7","url":null,"abstract":"Pencemaran yang tidak terkawal hasil daripada kegiatan aktif di kawasan bandar seperti pelepasan asap kenderaan dan aktiviti perindustrian berupaya menimbulkan pencemaran alam sekitar yang ketara. Kajian ini bertujuan menganalisis maklumat penyelidikan dan kadar pertumbuhan penerbitan pengurusan pencemaran bandar dalam pangkalan data Scopus dan Web of Science (WoS). Maklumat bibliometrik berkaitan kadar penerbitan, negara, institusi, dan kata kunci dianalisis menggunakan perisian ScientoPy dan VOSviewer. Analisis ini mendedahkan trend penerbitan pengurusan pencemaran bandar adalah bersifat fluktuasi (turun naik) dalam kedua-dua pangkalan data. Namun, bilangan penerbitan dalam pangkalan data Scopus meningkat secara signifikan selepas tahun 2008. Dalam kajian ini, “Environmental Science and Ecology” bertindak sebagai bidang penyelidikan yang paling penting. Manakala, penyelidik dari China didapati memonopoli bilangan penerbitan tertinggi serta membina rangkaian kerjasama yang baik dengan negara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Kata kunci “urban pollution”, “air pollution”, dan “pollution” disenaraikan sebagai tiga kata kunci utama dalam penerbitan pengurusan pencemaran bandar. Kajian ini mempunyai beberapa batasan antaranya analisis penerbitan hanya berfokus kepada pangkalan data Scopus dan WoS. Justeru, kualiti data bergantung sepenuhnya kepada dua pangkalan data tersebut. Secara keseluruhan, kajian ini mempersembahkan intipati utama penyelidikan dan corak penerbitan pengurusan pencemaran bandar yang dapat dijadikan sumber rujukan tuntas kepada pembaca, penyelidik, dan penggubal dasar. Maklumat berkaitan skop dan agenda pengurusan pencemaran bandar yang diperoleh dalam analisis ini dapat mengisi jurang penyelidikan serta meningkatkan strategi pengurusan pencemaran bandar dengan cekap dan berkesan.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"3 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-01-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"133410591","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Kajian Keberkesanan Program Keusahawanan Komuniti Terhadap Usahawan Mikro di Betong, Sarawak
Jurnal Dunia Pengurusan Pub Date : 2023-01-31 DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.4.1
{"title":"Kajian Keberkesanan Program Keusahawanan Komuniti Terhadap Usahawan Mikro di Betong, Sarawak","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.4.1","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.4.1","url":null,"abstract":"Berdasarkan kepada Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada tahun 2020, antara peruntukan yang telah disalurkan kepada Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ialah Program Keusahawanan Komuniti (PKK). Melalui program ini, peserta akan dilatih sebagai usahawan untuk menghasilkan produk daripada pembelajaran pelbagai bidang kemahiran dan keusahawanan melalui pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sehubungan itu, peruntukan juga telah disalurkan kepada Kolej Komuniti Malaysia termasuklah Kolej Komuniti Betong (KKB). KKB telah melaksanakan Kursus Keusahawanan dan Kursus Kemahiran Pemprosesan Makanan Sejuk Beku pada September hingga Disember 2021. Oleh sebab itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Program Keusahawanan Komuniti (PKK) yang dilaksanakan oleh Pensyarah KKB bersama dengan 15 usahawan mikro di sekitar Betong, Sarawak serta menilai sejauh mana program ini berjaya memberikan pendedahan tentang pemasaran digital, pembungkusan dan pelabelan serta kemahiran dalam pemprosesan makanan sejuk beku. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang diintegrasikan dalam bentuk borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Instrumen diedarkan dalam bentuk skala Likert bagi mendapatkan data deskriptif. Berdasarkan analisis data yang diperolehi menunjukkan PKK telah memberikan kesan yang baik kepada responden dan telah berjaya meningkatkan pendapatan bulanan responden. Melalui kajian ini, diharap PKK dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan membantu lebih ramai lagi usahawan mikro bukan sahaja di Betong tapi seluruh negara dengan mempelajari kursus keusahawanan dan pelbagai lagi kemahiran bagi meningkatkan pendapatan hidup mereka.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"33 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-01-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"125925243","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Pemodenan Angkatan Tentera China (2010-2020): Kesan Terhadap ASEAN
Jurnal Dunia Pengurusan Pub Date : 2023-01-31 DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.4.6
{"title":"Pemodenan Angkatan Tentera China (2010-2020): Kesan Terhadap ASEAN","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.4.6","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.4.6","url":null,"abstract":"Dalam tahun 2010 hingga 2020, banyak perubahan yang berlaku terhadap angkatan tentera China – People’s Liberation Army (PLA). Pemodenan angkatan tentera China – PLA memberikan banyak kesan yang positif kepada negara serantau seperti negaranegara ASEAN termasuklah memberikan ancaman kepada negara ASEAN yang membangun seperti Filipina. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada pemodenan angkatan tentera China dan kesannya terhadap ASEAN. Dalam kajian ini, terdapat tiga (3) objektif iaitu (1) mengenal pasti faktor yang menjadi pemangkin kepada pemodenan angkatan tentera China; (2) menyenaraikan kesan-kesan yang mungkin ASEAN hadapi sama ada kesan yang positif dan juga negatif; (3) menganalisis usaha yang boleh dijalankan bersama demi mencapai kata sepakat agar aktor-aktor yang terlibat terus maju dan membangun. Untuk mencapai obejktif kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif serta konsep regionalisme sebagai panduan untuk menyiapkan tajuk. Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga faktor yang menjadi pemangkin kepada pemodenan angkatan tentera China iaitu (1) kekerapan aktiviti ekonomi yang negara China jalankan dalam seharian. Ia juga menjadi sebab mengapa PLA berkambang maju kerana aset-aset yang dibawa merantau dari negara lain ke negara lain perlulah dilindungi daripada serangan luar; (2) konflik di Laut China Selatan membuatkan tentera laut China menjadi semakin kuat agar tiada negara dapat tandingi PRC dalam menuntut wilayah di kawasan tersebut; (3) untuk menjadi pemain global agar dunia dapat lihat sumbangan positif yang diberikan oleh China lantas mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah non-government organization (NGO). Kesimpulannya, pimpinan presiden China memainkan peranan yang penting dalam memastikan China dapat bergerak kehadapan sambil mengurangkan ancaman dan dalam masa yang sama mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin antara negara.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"31 4","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-01-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"120925280","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
0
×
引用
GB/T 7714-2015
复制
MLA
复制
APA
复制
导出至
BibTeX EndNote RefMan NoteFirst NoteExpress
×
提示
您的信息不完整,为了账户安全,请先补充。
现在去补充
×
提示
您因"违规操作"
具体请查看互助需知
我知道了
×
提示
确定
请完成安全验证×
相关产品
×
本文献相关产品
联系我们:info@booksci.cn Book学术提供免费学术资源搜索服务,方便国内外学者检索中英文文献。致力于提供最便捷和优质的服务体验。 Copyright © 2023 布克学术 All rights reserved.
京ICP备2023020795号-1
ghs 京公网安备 11010802042870号
Book学术文献互助
Book学术文献互助群
群 号:481959085
Book学术官方微信