{"title":"Kajian Hubungan Jangka Masa Panjang Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Peningkatan Kos Sara Hidup di Malaysia","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.3.1","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Peningkatan kos sara hidup sering dikaitkan dengan pelbagai faktor luar dan dalam negara yang menjadi punca kepada peningkatan harga barangan ditambah pula dengan peningkatan mendadak harga minyak mentah dan gas asli di seluruh dunia. Hal ini menjadi bertambah rumit apabila negara masih bergelut dengan masalah pengangguran di mana ratusan ribu rakyat kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana mengalami masalah kewangan yang teruk. Hal ini menjadi persoalan kepada banyak pihak dalam membincangkan solusi jangka masa panjang kerana melihat perkara ini seolah-olah tidak mempunyai jawapan sejak sekian lama. Memandangkan kos sara hidup terus meningkat walaupun gaji masih kekal pada tahap yang sama, saiz golongan B40 dilihat semakin membesar apabila golongan M40 berkemungkinan akan mengecil dan malah boleh jatuh ke dalam kemiskinan bandar. Oleh itu, kajian ilmiah ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji variabel yang mempengaruhi kos sara hidup di Malaysia. Kajian ini juga menggunakan model Autoregressive Distributed Lag (ARDL) dan data siri masa sepanjang tahun 1981-2021. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan jangka masa panjang antara faktor pendapatan isi rumah, kadar pengangguran, pertumbuhan populasi, darjah keterbukaan dan nilai mawatang Ringgit terhadap peningkatan kos sara hidup di Malaysia. Walaubagaimanapun, kadar faedah tidak mempunyai hubungan secara langsung kepada pembolehubah bersandar.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"422 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pengurusan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.3.1","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Peningkatan kos sara hidup sering dikaitkan dengan pelbagai faktor luar dan dalam negara yang menjadi punca kepada peningkatan harga barangan ditambah pula dengan peningkatan mendadak harga minyak mentah dan gas asli di seluruh dunia. Hal ini menjadi bertambah rumit apabila negara masih bergelut dengan masalah pengangguran di mana ratusan ribu rakyat kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana mengalami masalah kewangan yang teruk. Hal ini menjadi persoalan kepada banyak pihak dalam membincangkan solusi jangka masa panjang kerana melihat perkara ini seolah-olah tidak mempunyai jawapan sejak sekian lama. Memandangkan kos sara hidup terus meningkat walaupun gaji masih kekal pada tahap yang sama, saiz golongan B40 dilihat semakin membesar apabila golongan M40 berkemungkinan akan mengecil dan malah boleh jatuh ke dalam kemiskinan bandar. Oleh itu, kajian ilmiah ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji variabel yang mempengaruhi kos sara hidup di Malaysia. Kajian ini juga menggunakan model Autoregressive Distributed Lag (ARDL) dan data siri masa sepanjang tahun 1981-2021. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan jangka masa panjang antara faktor pendapatan isi rumah, kadar pengangguran, pertumbuhan populasi, darjah keterbukaan dan nilai mawatang Ringgit terhadap peningkatan kos sara hidup di Malaysia. Walaubagaimanapun, kadar faedah tidak mempunyai hubungan secara langsung kepada pembolehubah bersandar.