MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)最新文献

筛选
英文 中文
Elipsis (al-Hadhf) dalam al-Quran sebagai Satu Petunjuk Ketinggian Bahasa Arab Kalamullah Ellipsis (al-Hadhf) in the Quran as a Mark of the Arabic Supremacy of the Kalamu’Llah
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Pub Date : 2017-08-17 DOI: 10.51200/manu.v25i0.766
Mohd Shahrizal Nasir
{"title":"Elipsis (al-Hadhf) dalam al-Quran sebagai Satu Petunjuk Ketinggian Bahasa Arab Kalamullah Ellipsis (al-Hadhf) in the Quran as a Mark of the Arabic Supremacy of the Kalamu’Llah","authors":"Mohd Shahrizal Nasir","doi":"10.51200/manu.v25i0.766","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/manu.v25i0.766","url":null,"abstract":"Elipsis atau al-hadhf merupakan satu uslub yang terdapat dalam bahasa Arab dan juga bahasa lain di dunia. Uslub berperanan menyerlahkan keindahan sesuatu bahasa kerana mempamerkan kepelbagaian gaya bahasa dalam menyampaikan makna ayat. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan umatnya menggunakan bahasa Arab standard. Oleh itu, kewujudan elipsis atau al-hadhf dalam al-Quran menunjukkan bahawa pemahaman terhadap ayat al-Quran memerlukan pengetahuan yang baik tentang tatabahasa Arab. Hal ini menjelaskan bahawa ayat al-Quran tidak boleh ditafsir oleh orang awam tanpa penguasaan ilmu tatabahasa Arab. Namun begitu, hal ini tidak membawa pengertian bahawa ayat-ayat al-Quran sukar untuk difahami. Makalah ini membincangkan kewujudan elipsis (al-hadhf) dalam bahasa Arab dan kewujudannya dalam al-Quran. Beberapa ayat al-Quran dianalisis bagi memahami elipsis (al-hadhf) dan fungsinya dalam membawa makna ayat al-Quran secara jelas. Dapatan analisis menunjukkan bahawa pemahaman elipsis (al-hadhf) mempunyai kaitan yang rapat dengan kaedah tatabahasa Arab atau al-Nahw al-‘Arabiy. Justeru, penguasaan terhadap tatabahasa Arab merupakan satu keperluan dalam memahami ayat-ayat al-Quran. Ellipsis or al-hadhf is one of the language styles which exists in Arabic and other languages in the world. This language style highlights the beauty of the language in displaying the diversity of language styles in conveying the meaning of sentences. The Holy Quran, which was revealed by the Almighty Allah to the Prophet (p.b.u.h.) and the Muslims, used thestandard form of the Arabic language. Therefore, ellipsis or al-hadhf that exists in the verses of the Quran shows that understanding of the Quranic verses requires a good knowledge of the Arabic syntax. This explains that the Quranic verses cannot be interpreted by the public without the mastery of Arabic syntax. However, this does not imply that the Quranic verses are difficult to be understood. This paper discussed the existence of ellipsis (al-hadhf) in the Arabic language and its existence in the Quran. Some of the Quranic verses were analysed to understand the style of ellipsis (al-hadhf) and its functions to bring forth a greater clarity of the meaning of the Quranic verses. The result of the analysis showed that the understanding of ellipsis (al-hadhf) has a close relation with the Arabic syntax rules or al-Nahw al-‘Arabiy. Hence, the mastery of Arabic syntax is essential in understanding the verses of the Quran.","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2017-08-17","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"116347032","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 1
Wanita Menurut Taklif: Satu Analisis terhadap Watak Fatimah dalam Cerpen “Perempuan Gusti” dan “Fatimah Kahwin” Karya Hamzah Hussin Women According to Taklif: An Analysis on the Role of Fatimah in Hamzah Hussin’s Short Stories “Perempuan Gusti” and “Fatimah Kahwin”
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Pub Date : 2017-08-17 DOI: 10.51200/manu.v25i0.760
Elizatul Nastaysah Kamaruddin, Mohd. Zariat Abdul Rani
{"title":"Wanita Menurut Taklif: Satu Analisis terhadap Watak Fatimah dalam Cerpen “Perempuan Gusti” dan “Fatimah Kahwin” Karya Hamzah Hussin Women According to Taklif: An Analysis on the Role of Fatimah in Hamzah Hussin’s Short Stories “Perempuan Gusti” and “Fatimah Kahwin”","authors":"Elizatul Nastaysah Kamaruddin, Mohd. Zariat Abdul Rani","doi":"10.51200/manu.v25i0.760","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/manu.v25i0.760","url":null,"abstract":"Artikel ini membangkitkan tentang kecenderungan cerpen-cerpen Hamzah Hussin terhadap persoalan wanita. Kecenderungan ini tidak pula disambut dengan kajian ilmiah yang meluas tentang wanita dalam cerpen-cerpen Hamzah Hussin. Kajian Membunga@Siti Meriam Yaacob (2005 & 2010) memberikan fokus terhadap wanita dalam karya-karya Hamzah Hussin, serta membandingkannya dengan karya-karya Keris Mas. Dengan menerapkan teori feminisme, kajian Membunga@Siti Meriam Yaacob antara lain memperakukan watak Fatimah dalam cerpen-cerpen Hamzah Hussin sebagai manifestasi kemodenan wanita Melayu. Dalam konteks penerapan teori feminisme dan hasilnya, Mohd Affandi Hassan (2012) antara lain membahaskan tentang kesesuaian teori Barat itu (feminisme) dalam pengkajian karya sastera Melayu. Ungku Maimunah Mohd. Tahir dan Zulkarnain Mohamed (2013) merumuskan bahawa penerapan feminisme “tanpa berhati-hati dan penuh hemah” (istilah mereka sendiri) boleh menghasilkan kesimpulan yang mengelirukan tentang Islam dan budaya Melayu. Dengan kata lain, ketiga-tiga sarjana ini menuntut supaya pengkajian tentang wanita dalam karya-karya sastera Melayu mengguna pakai satu kerangka yang berteraskan Islam. Sejajar dengan tuntutan ini, artikel ini diusahakan bagi menganalisis dan seterusnya merumuskan tentang manifestasi watak Fatimah dalam dua cerpen Hamzah Hussin, iaitu “Perempuan Gusti” (1951) dan “Fatimah Kahwin” (1951) berdasarkan prinsip Taklif. Untuk tujuan itu, artikel ini menerapkan gagasan Persuratan Baru, iaitu satu kerangka analisis yang berteraskan Islam dan memanfaatkan Taklif (dalam ajaran Islam) sebagai prinsipnya. Dengan menerapkan gagasan Persuratan Baru, analisis ini merumuskan bahawa watak Fatimah dalam kedua-dua cerpen Hamzah Hussin yang dikaji, hadir sebagai manifestasi wanita Melayu yang menyanggah syariat Islam. This article raises the question on the inclination of Hamzah Hussin’s short stories on women’s issues. This inclination has not been extensively researched in the short stories of Hamzah Hussin. Currently, Membunga@Siti Meriam Yaacob (2005 & 2010) is the only study that focused on women in the works of Hamzah Hussin which compared them with the works of Keris Mas. By applying the theory of feminism, Membunga@Siti Meriam Yaacob’s study recognizes the character of Fatimah in Hamzah Hussin’s short stories as a manifestation of the modernity of Malay women. In the context of the application of feminist theory, Mohd Affandi Hassan (2012) debated the relevance of the Western theory (feminism) in the research of Malay literary works. Ungku Maimunah Mohd. Tahir and Zulkarnain Mohamed (2013) deduced by using their own terms that the implementation of feminism “without prudence and sufficient consideration” can cause misleading perception about Islam and the Malay culture. In other words, all three scholars have demanded the implementation of Islamic-based framework in the study of women in Malay literary works. Along with this claim, this artic","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2017-08-17","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"132173533","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Bahasa Arab dalam Ibadah: Satu Kajian Kefahaman Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS)
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Pub Date : 2016-12-29 DOI: 10.51200/manu.v24i0.517
Saini Ag. Damit, Noorafini Kassim, Nor Ain Manap
{"title":"Bahasa Arab dalam Ibadah: Satu Kajian Kefahaman Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS)","authors":"Saini Ag. Damit, Noorafini Kassim, Nor Ain Manap","doi":"10.51200/manu.v24i0.517","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.517","url":null,"abstract":"Bahasa Arab adalah antara bahasa tertua dan digunakan sebagai bahasa urusan rasmi, keagamaan, pendidikan dan bahasa pertuturan seharian. Dianggarkan lebih dari 422 juta orang penutur bahasa Arab di seluruh dunia. Pada masa kini, penggunaan dan pembelajaran bahasa Arab semakin berkembang luas di seluruh dunia. Malaysia turut terlibat dalam perkembangan ini kerana bahasa Arab merupakan bahasa yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu amnya dan umat Islam khasnya. Kajian ini adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa Arab dalam ibadah seharian. Ia bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar kursus bahasa Arab, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu terhadap bahasa Arab yang digunakan dalam ibadah solat lima waktu. Kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif melalui kajian lapangan dengan mengedarkan sebanyak 100 set soal selidik kepada pelajar. Data dan maklumat terkumpul dianalisis menggunakan SPSS Ver. 17 serta dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah. Hasil kajian ini dapat menambah pemahaman tenaga pengajar, pelajar kursus bahasa Arab khasnya serta masyarakat amnya terhadap kepentingan memahami bahasa Arab yang digunakan ketika solat. Kajian ini membuktikan dengan memahami setiap bacaan dalam solat akan menambah kekhusyukan dalam ibadah.","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2016-12-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"132643997","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 1
Meninjau Amalan Leksikografi Vocabulary of the English and Malay Languages oleh F.A. Swettenham 《英语和马来语词汇》,作者:F.A. Swettenham
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Pub Date : 2016-12-29 DOI: 10.51200/manu.v24i0.515
Shamsul Aizuwani Nawi, Chong Shin
{"title":"Meninjau Amalan Leksikografi Vocabulary of the English and Malay Languages oleh F.A. Swettenham","authors":"Shamsul Aizuwani Nawi, Chong Shin","doi":"10.51200/manu.v24i0.515","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.515","url":null,"abstract":"Makalah ini mengupas amalan-amalan leksikografi yang terkandung dalam karya Frank A. Swettenham, Vocabulary of the English and Malay Languages. Tujuannya ialah untuk meninjau status karya ini sebagai sebuah buku kosa kata Inggeris-Melayu ataupun kamus berdwibahasa. Makalah ini bermula dengan meneliti aspek bunyi (vokal, konsonan dan diftong) yang digunakan untuk melambangkan sebutan bahasa Melayu. Swettenham didapati amat menitikberatkan ketepatan penyebutan sehingga simbol-simbol penanda sebutan digunakan sebagai perlambangan bunyi. Dari segi amalan-amalan leksikografi, entri kata buku ini disusun mengikut abjad. Terdapat pelbagai bentuk kata entri misalnya entri kata dasar, terbitan, majmuk dan sebagainya. Pemerian entri-entri didapati dilakukan dengan menggunakan pendekatan padanan, leksikografi, ensiklopedia dan antonimi. Antaranya, pendekatan padanan terjemahan amat menyerlah dalam menghasilkan karya ini. Justeru, hasil analisis mendapati karya ini lebih berupa sebuah buku padanan kosa kata daripada sebuah kamus dwibahasa.","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2016-12-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"132444431","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Simbol Binatang Ternakan dan Konsep Artifak sebagai Manifestasi Identiti Budaya dan Identifikasi Etnik Peribumi Sabah: Satu Kajian dari Perspektif Komunikasi
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Pub Date : 2016-12-29 DOI: 10.51200/manu.v24i0.523
Halina Sendera Mohd Yakin, Andreas Totu, Rosmah Derak
{"title":"Simbol Binatang Ternakan dan Konsep Artifak sebagai Manifestasi Identiti Budaya dan Identifikasi Etnik Peribumi Sabah: Satu Kajian dari Perspektif Komunikasi","authors":"Halina Sendera Mohd Yakin, Andreas Totu, Rosmah Derak","doi":"10.51200/manu.v24i0.523","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.523","url":null,"abstract":"Pemaparan identiti budaya serta identifikasi etnik masyarakat di Sabah menerusi manifestasi dan signifikasi simbol serta objek yang diaplikasikan dalam kehidupan berbudaya masyarakat adalah inti pati makalah ini. Penelitian bersifat kualitatif berkenaan mengaplikasikan teknik pengamatan dan temu bual mendalam selain kaedah kepustakaan. Bertunjangkan perspektif komunikasi khususnya komunikasi bukan lisan, penulis mendeskripsikan dan mensignifikasikan makna, fungsi dan kepentingan simbol serta artifak terhadap tiga etnik peribumi Sabah, iaitu Dusun, Bajau dan Murut. Selain berfungsi sebagai identifikasi etnik, simbol binatang ternakan serta artifak seperti lembu, kerbau, kuda, ikan, gong, tajau dan perahu juga turut memaparkan nilai-nilai sosial, material serta spiritual yang melingkari kehidupan berbudaya etnik-etnik berkenaan. Makalah ini diharap mampu memberi sumbangan positif dalam usaha mempromosi dan melestarikan unsur kebudayaan masyarakat terbabit.","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2016-12-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"114194160","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 1
Rancangan Malayanisation dalam Dasar Pengambilan Kakitangan Awam di Persekutuan Tanah Melayu (1948 hingga 1970)
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Pub Date : 2016-12-29 DOI: 10.51200/manu.v24i0.516
Sharifah Darmia Sharif Adam
{"title":"Rancangan Malayanisation dalam Dasar Pengambilan Kakitangan Awam di Persekutuan Tanah Melayu (1948 hingga 1970)","authors":"Sharifah Darmia Sharif Adam","doi":"10.51200/manu.v24i0.516","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.516","url":null,"abstract":"Artikel ini membincangkan tentang rancangan Malayanisasi dalam mempengaruhi dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu (PTM) antara tahun 1948 hingga 1970. Perbincangan yang meliputi tempoh selama 22 tahun ini dibahagikan kepada dua tahap, iaitu tahap pertama adalah antara tahun 1948 hingga 1956 yang memperlihatkan tinjauan dibuat ke atas pelaksanaan rancangan Malayanisasi semasa PTM berada di bawah pentadbiran kerajaan kolonial British. Kemudian, tahap kedua pula merangkumi tahun 1957 hingga 1970 yang meninjau berkenaan pelaksanaan rancangan Malayanisasi dalam perkhidmatan awam selepas PTM mencapai kemerdekaan dan berada di bawah pentadbiran kerajaan PTM. Fokus utama dalam perbincangan ini adalah untuk mengenal pasti tindakan dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan kolonial British dan kerajaan PTM untuk melaksanakan rancangan Malayanisasi dalam perkhidmatan awam yang telah meninggalkan kesan besar ke atas dasar pengambilan kakitangan awam di PTM. Hasilnya, rancangan Malayanisasi yang dilaksanakan melalui dasar pengambilan kakitangan awam dalam dua era pentadbiran tersebut didapati telah mempengaruhi peningkatan jumlah kakitangan daripada kalangan warganegara PTM yang dilantik untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2016-12-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"123736289","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Persepsi Kumpulan Multietnik di Sabah terhadap Etnik Diri
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Pub Date : 2016-12-29 DOI: 10.51200/manu.v24i0.519
Chua Bee Seok, Jasmine Adela Mutang, Lailawati Madlan
{"title":"Persepsi Kumpulan Multietnik di Sabah terhadap Etnik Diri","authors":"Chua Bee Seok, Jasmine Adela Mutang, Lailawati Madlan","doi":"10.51200/manu.v24i0.519","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.519","url":null,"abstract":"Malaysia merupakan sebuah negara berpluraliti tinggi yang terkenal dengan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik khususnya di Sabah dan Sarawak. Kemajmukan negara ini telah lama wujud dan kini sifat pluralitinya semakin berkembang setelah negara ini memasuki era pasca-moden. Disebabkan wujudnya kepelbagaian identiti bangsa dalam masyarakat Malaysia, maka semangat muhibah, hormat-menghormati, bekerjasama, bertoleransi dan pemahaman identiti bangsa sesuatu kelompok masyarakat terutamanya antara kelompok majoriti dan minoriti amat penting. Kajian ini dijalankan bertujuan mengupas pemahaman konsep stereotaip, prejudis dan diskriminasi dalam kalangan etnik utama (Kadazandusun, Bajau, Murut dan Cina) di Sabah dengan mengkaji bagaimanakah kumpulan etnik tertentu mempersepsikan etnik mereka sendiri dan persepsi etnik ini terhadap kumpulan etnik lain. Responden kajian ini terdiri daripada 36 ahli persatuan etnik yang mewakili empat kumpulan etnik yang berbeza (Kadazandusun, Bajau, Murut dan China) di Sabah. Data dikumpul melalui kaedah perbincangan kumpulan berfokus dan temu bual in-depth. Keputusan dan perbincangan dibentangkan dalam kertas kerja ini.","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2016-12-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"133717985","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Pub Date : 2016-12-29 DOI: 10.51200/manu.v24i0.518
Rosmah Derak, Asmiaty Amat
{"title":"Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor","authors":"Rosmah Derak, Asmiaty Amat","doi":"10.51200/manu.v24i0.518","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.518","url":null,"abstract":"Novel berunsur sejarah berjudul Surat-Surat Perempuan Johor (2005) merupakan novel tentang sejarah negeri Johor yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan memenangi tempat ketiga dalam Sayembara Menulis Sejarah Johor. Novel ini memaparkan tentang peristiwa sejarah negeri Johor yang berlatarbelakangkan Majalah Ahkam Johor, proses pemodenan Johor oleh Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, hubungan erat antara Johor dan Turki serta cita-cita untuk mengetepikan sekularisasi. Justeru, objektif kajian ini ialah mengkaji perjuangan wanita sebagai wakil golongan yang dijajah untuk menulis semula sejarah negeri Johor yang dikatakan telah dipalsukan oleh Inggeris. Bagi mencapai objektif ini, kaedah analisis tekstual digunakan untuk mengkaji novel Surat-Surat Perempuan Johor untuk meneliti sejarah negeri Johor yang telah dibenamkan oleh Inggeris pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Faisal Tehrani menerusi watak Ungku Nur menempelak Barat yang telah melenyapkan banyak peristiwa tentang sejarah Johor dengan menampilkan dan menulis semula sejarah negeri Johor. Penulisan semula sejarah ini merupakan satu cara golongan yang dijajah untuk bangkit menentang penjajah. Kajian mendapati, negeri Johor pernah melaksanakan pemerintahan Islam suatu ketika dahulu dan Majalah Akham Johor dijadikan panduan dalam pemerintahan. Namun, Inggeris telah mencampuri pemerintahan sultan pada masa itu dan dipaksa untuk menerima undang-undang sekular Inggeris. Sedikit demi sedikit pengaruh Inggeris telah mengambil tempat dalam pentadbiran Johor sehingga pemerintahan Islam yang pernah diamalkan di negeri Johor kurang diketahui oleh generasi pada masa kini.","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2016-12-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"130496202","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Peranan Guru Cemerlang Malaysia di Sekolah
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Pub Date : 2016-12-29 DOI: 10.51200/manu.v24i0.521
Khaliza Saidin, M. Dali, Abdul Said Ambotang
{"title":"Peranan Guru Cemerlang Malaysia di Sekolah","authors":"Khaliza Saidin, M. Dali, Abdul Said Ambotang","doi":"10.51200/manu.v24i0.521","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.521","url":null,"abstract":"Guru Cemerlang Malaysia (GC) merupakan satu skim kenaikan pangkat bagi guru-guru yang menunjukkan kecemerlangan dengan mengekalkan mereka di bilik darjah tanpa kehilangan mereka sebagai pentadbir sekolah. GC ialah seseorang guru yang dikategorikan sebagai cemerlang dalam bidang kepakaran dan memiliki ciri-ciri kecemerlangan yang boleh membantu kecemerlangan sekolah, rakan sebaya dan para murid. Kajian ini menyiasat peranan yang dimainkan oleh GC terhadap rakan sekerja. Kaedah temu bual bersemuka dilakukan yang melibatkan sepuluh orang GC di salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis dengan mengenal pasti tema dan kategori. Dapatan kajian mendapati bahawa GC yang terlibat telah memainkan peranan dari sudut perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran bidang, dari aspek profesional dan personal. Berdasarkan dapatan kajian, antara peranan yang dimainkan oleh peserta ialah seperti perkongsian kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan, menarik di dalam kelas, penggunaan dan pembinaan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang pelbagai. Peserta kajian juga melaporkan berperanan sebagai jurulatih dan permentoran seperti penulisan kertas kerja dan penganjuran bengkel-bengkel di sekolah. Kajian juga mendapati yang GC turut berperanan sebagai orang tengah dalam menyelesaikan isu dalam kalangan guru dan pentadbir dan orang rujukan bagi masalah peribadi yang dihadapi oleh guru di sekolah mereka. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, disarankan agar lebih banyak sokongan diberikan kepada Guru Cemerlang bagi menggalakkan mereka memainkan peranan sebagai Guru Cemerlang di sekolah.","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2016-12-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"124238791","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 1
Pengalaman Terhadap Perlakuan Jenayah dan Keselamatan Pekerja Perusahaan Rumpai Laut di Semporna, Sabah: Satu Penemuan
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Pub Date : 2016-12-29 DOI: 10.51200/manu.v24i0.522
Nor-ina Kanyo, Ahmad Marzuki Abdul Rahman
{"title":"Pengalaman Terhadap Perlakuan Jenayah dan Keselamatan Pekerja Perusahaan Rumpai Laut di Semporna, Sabah: Satu Penemuan","authors":"Nor-ina Kanyo, Ahmad Marzuki Abdul Rahman","doi":"10.51200/manu.v24i0.522","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.522","url":null,"abstract":"Pelakuan jenayah merupakan permasalahan sosial yang menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak, sama ada di pihak pembuat dasar atau masyarakat secara keseluruhannya. Peningkatannya adalah selari dengan kemajuan pembangunan dan perkembangan perbandaran sesuatu wilayah. Kajian tentang jenayah lazimnya dilakukan di kawasan bandar dan kajian daripada pelbagai disiplin ilmu di Malaysia masih kurang. Kekurangan pengkajian jenayah di negara ini daripada pelbagai aspek yang merentasi ruang wilayah menjadi antara penyumbang kepada kelemahan mengatasi permasalahan jenayah di negara ini. Justeru, kajian jenayah berasaskan disiplin geografi telah diperluaskan skop dan ruang lingkupnya merentasi wilayah bandar dan luar bandar. Makalah ini mengetengahkan penemuan awal kajian terhadap perlakuan jenayah dalam perusahaan rumpai laut di daerah Semporna, Sabah yang merupakan antara kawasan yang dikenal pasti dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program National Key Economic Areas (NKEAs) bagi strategi pembasmian kemiskinan dan pemerkasaan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara hasil daripada kedudukan geografi yang strategik dan kekayaan khazanah alamnya. Bagi memudahkan perbincangan, pengalaman terhadap perlakuan jenayah dalam kalangan pekerja perusahaan rumpai laut di daerah kajian diketengahkan. Kajian ini bukan sekadar mendedahkan perlakuan dan pengalaman terhadap perlakuan jenayah dalam kalangan pekerja perusahaan rumpai laut, tetapi juga sebagai sumber rujukan bagi kajian jenayah bagi konteks kawasan kajian.","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2016-12-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"122408160","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 1
0
×
引用
GB/T 7714-2015
复制
MLA
复制
APA
复制
导出至
BibTeX EndNote RefMan NoteFirst NoteExpress
×
提示
您的信息不完整,为了账户安全,请先补充。
现在去补充
×
提示
您因"违规操作"
具体请查看互助需知
我知道了
×
提示
确定
请完成安全验证×
相关产品
×
本文献相关产品
联系我们:info@booksci.cn Book学术提供免费学术资源搜索服务,方便国内外学者检索中英文文献。致力于提供最便捷和优质的服务体验。 Copyright © 2023 布克学术 All rights reserved.
京ICP备2023020795号-1
ghs 京公网安备 11010802042870号
Book学术文献互助
Book学术文献互助群
群 号:481959085
Book学术官方微信