{"title":"Persepsi Kumpulan Multietnik di Sabah terhadap Etnik Diri","authors":"Chua Bee Seok, Jasmine Adela Mutang, Lailawati Madlan","doi":"10.51200/manu.v24i0.519","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Malaysia merupakan sebuah negara berpluraliti tinggi yang terkenal dengan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik khususnya di Sabah dan Sarawak. Kemajmukan negara ini telah lama wujud dan kini sifat pluralitinya semakin berkembang setelah negara ini memasuki era pasca-moden. Disebabkan wujudnya kepelbagaian identiti bangsa dalam masyarakat Malaysia, maka semangat muhibah, hormat-menghormati, bekerjasama, bertoleransi dan pemahaman identiti bangsa sesuatu kelompok masyarakat terutamanya antara kelompok majoriti dan minoriti amat penting. Kajian ini dijalankan bertujuan mengupas pemahaman konsep stereotaip, prejudis dan diskriminasi dalam kalangan etnik utama (Kadazandusun, Bajau, Murut dan Cina) di Sabah dengan mengkaji bagaimanakah kumpulan etnik tertentu mempersepsikan etnik mereka sendiri dan persepsi etnik ini terhadap kumpulan etnik lain. Responden kajian ini terdiri daripada 36 ahli persatuan etnik yang mewakili empat kumpulan etnik yang berbeza (Kadazandusun, Bajau, Murut dan China) di Sabah. Data dikumpul melalui kaedah perbincangan kumpulan berfokus dan temu bual in-depth. Keputusan dan perbincangan dibentangkan dalam kertas kerja ini.","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2016-12-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.519","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Malaysia merupakan sebuah negara berpluraliti tinggi yang terkenal dengan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik khususnya di Sabah dan Sarawak. Kemajmukan negara ini telah lama wujud dan kini sifat pluralitinya semakin berkembang setelah negara ini memasuki era pasca-moden. Disebabkan wujudnya kepelbagaian identiti bangsa dalam masyarakat Malaysia, maka semangat muhibah, hormat-menghormati, bekerjasama, bertoleransi dan pemahaman identiti bangsa sesuatu kelompok masyarakat terutamanya antara kelompok majoriti dan minoriti amat penting. Kajian ini dijalankan bertujuan mengupas pemahaman konsep stereotaip, prejudis dan diskriminasi dalam kalangan etnik utama (Kadazandusun, Bajau, Murut dan Cina) di Sabah dengan mengkaji bagaimanakah kumpulan etnik tertentu mempersepsikan etnik mereka sendiri dan persepsi etnik ini terhadap kumpulan etnik lain. Responden kajian ini terdiri daripada 36 ahli persatuan etnik yang mewakili empat kumpulan etnik yang berbeza (Kadazandusun, Bajau, Murut dan China) di Sabah. Data dikumpul melalui kaedah perbincangan kumpulan berfokus dan temu bual in-depth. Keputusan dan perbincangan dibentangkan dalam kertas kerja ini.