{"title":"Kepentingan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Di Malaysia","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.3.5","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.3.5","url":null,"abstract":"Mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan komponen penting dalam kurikulum akademik setiap pelajar. Walau bagaimanapun, bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di Malaysia, mata pelajaran ini amat penting (Ee, et. al, 2019). Murid berkeperluan pendidikan khas memerlukan sokongan dan bantuan khusus dalam pendidikan mereka perjalanan, dan mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan boleh memberikan mereka kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengekalkan kesejahteraan fizikal dan mental mereka (Yeo, at. al, 2021). Kajian ini bertujuan untuk meneroka kepentingan mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di Malaysia. Metodologi penyelidikan yang digunakan melibatkan kajian menyeluruh terhadap literatur akademik yang berkaitan, termasuk kajian, laporan dan dokumen dasar daripada kerajaan Malaysia dan sumber lain yang bereputasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek pendidikan jasmani dan kesihatan menyediakan murid berkeperluan pendidikan khas dengan pelbagai faedah, seperti peningkatan kecergasan fizikal, interaksi sosial dan kawalan emosi. kajian ini akan membincangkan lebih lanjut implikasi penemuan ini dan menyerlahkan potensi cabaran dan batasan pelaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan untuk murid berkeperluan pendidikan khas di Malaysia. Kesimpulannya akan memberikan cadangan kepada penggubal dasar, pendidik, dan pihak berkepentingan lain untuk meningkatkan kualiti dan kebolehcapaian mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan untuk murid berkeperluan pendidikan khas di Malaysia.","PeriodicalId":480968,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"33 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-09-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"135040367","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Penglibatan Ibu Bapa dalam Menyokong Pembelajaran Murid Prasekolah di Rumah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.3.6","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.3.6","url":null,"abstract":"Keadaan ibu bapa atau keluarga yang bersedia membantu dan terlibat untuk perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran mereka adalah sangat penting. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran murid prasekolah di rumah melalui beberapa aspek penglibatan. Pendekatan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi dari Program Sarana Ibu Bapa (KPM 2013) yang melibatkan seramai 347 responden telah digunakan. Kajian rintis dengan n=50, menunjukkan nilai pekali korelasi Cronbach Alpha adalah α = .943. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa adalah cemerlang dalam aspek penyediaan suasana pembelajaran di rumah (M=4.11, SP=1.048), aspek interaksi sosial dengan anak-anak di rumah (M=27.81, SP=8.820) dan aspek komunikasi dengan anak-anak di rumah (M=25.08, SP=8.016 ). Kesimpulannya, kajian ini memberikan gambaran bahawa walaupun aspek persekitaran pembelajaran, interaksi sosial dan komunikasi berada pada tahap yang sangat baik namun penambahbaikan masih perlu dilakukan dalam aspek sokongan terhadap kecemerlangan anak supaya keseluruhan tahap penglibatan ibu bapa boleh mencapai tahap cemerlang menjelang 2025.","PeriodicalId":480968,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"22 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-09-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"135040229","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Sikap dan Kebimbangan terhadap Statistik dalam Pendidikan Matematik","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.3.7","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.3.7","url":null,"abstract":"Statistik adalah kursus yang mencabar untuk pelajar dan yang sering dikaitkan dengan kebimbangan dan memberi kesan terhadap sikap pelajar semasa menghadapi dengan kursus Statistik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan trend kecenderungan kajian terdahulu yang telah menjalankan sikap dan kebimbangan terhadap statistik berdasarkan negara dan hubungan antara kebimbangan statistik dan sikap terhadap statistik. Kajian ini dijalankan berpandukan empat fasa yang terdapat dalam model Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) iaitu pengenalpastian, saringan, kelayakan dan kemasukan telah dijalankan berdasarkan protokol kriteria yang ditentukan. Sebanyak 10 artikel yang diambil daripada pangkalan data Scopus dan Web of Science (WoS) di antara tahun 2018 hingga 2022 dijadikan sebagai sumber kajian. Keputusan kajian menunjukkan hubungan antara kebimbangan statistik dan sikap terhadap statistik adalah secara negatif. Hubungan antara kebimbangan statistik dan sikap terhadap statistik turut dapat dilihat segi jantina, umur dan cara berkursus serta intervensi yang diberi kepada pelajar. Kajian ini berharap dapat menujukkan implikasi dan pandangan awal kepada penyelidik mengenai pelaksanaan kajian yang berkaitan dengan kebimbangan statistik dan sikap terhadap statistik dengan lebih efektif.","PeriodicalId":480968,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"34 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-09-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"135040213","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Strategi MK-Argumentatif Sebagai Amalan Pengajaran Menulis Berkesan Bagi Pelajar Tahun 9","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.3.8","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.3.8","url":null,"abstract":"Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji sejauhmana strategi MK-Argumentatif membantu pelajar tahun 9 dalam menulis karangan argumentatif. Kajian ini melibatkan seramai 13 orang pelajar Tahun 9 di salah sebuah sekolah kerajaan di daerah Brunei dan Muara, Negara Brunei Darussalam. Instrumen yang digunakan untuk mengutip data ialah ujian prakajian, ujian pascakajian, pemerhatian dan temu bual untuk mendapatkan persepsi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi ini banyak membantu pelajar meningkatkan pencapaian markah keseluruhan, mengembangkan isi karangan, dan menambahbaik aspek teknik dan bahasa pelajar. Selain itu, para pelajar juga memberikan respons yang positif mengenai penggunaan strategi dalam penulisan karangan dan akan menggunakannya pada masa akan datang. Kajian ini memberikan satu implikasi yang jelas terhadap pembelajaran yang lebih menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam penulisan di samping menambah corak pengajaran karangan yang lebih bersistematik dan tersusun.","PeriodicalId":480968,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"48 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-09-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"135041261","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Tahap Kesediaan Guru Bukan Pengkhususan Bahasa Arab dalam P&P Subjek Bahasa Arab di Sekolah Rendah Daerah Kota Kinabalu, Sabah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.3.9","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.3.9","url":null,"abstract":"Tahap penguasaan bagi mata pelajaran bahasa Arab sekolah rendah di daerah Kota-Kinabalu, Sabah beberapa tahun kebelakangan ini kurang menunjukkan peningkatan malah terdapat sekolah luar bandar yang menunjukkan prestasi yang sama. Keadaan ini dikaitkan dengan pengambilalihan pengajaran oleh guru yang tidak memiliki ikhtisas penuh bahasa Arab. Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kesediaan guru bukan ikhtisas bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Objektif kajian adalah Mengenal pasti tahap minat guru mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di dalam bilik darjah. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah, di samping itu mengenalpasti tahap latihan guru mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah. Kajian ini dikategorikan sebagai kajian tinjauan berbentuk kuantitatif bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru bukan ikhtisas penuh bahasa Arab terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengkaji menggunakan soal selidik yang ditadbir kepada 46 guru yang mengajar bahasa Arab sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu. Selain itu pengkaji hanya memfokuskan kepada guru bukan pengkhususan opsyen bahasa Arab tetapi mengajar subjek bahasa Arab di sekolah rendah sahaja. Dapat disebut secara keseluruhannya bahawa tahap pengetahuan dan latihan guru dalam mengajar subjek Bahasa Arab adalah berada pada tahap yang rendah, manakala tahap minat guru mengajar Bahasa Arab dalam kalangan guru Bahasa Arab di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu, Sabah pula adalah berada pada tahap yang sederhana. Implikasi kajian ini ialah pihak kementerian, pejabat pendidikan daerah Kota Kinabalu, Sabah serta sekolah perlu berfokuskan kepada program, bengel dan latihan yang bersesuaian untuk memberi pendedahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah kepada guru bukan ikhtisas penuh bahsa Arab ini. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah wajar menjadikan kajian ini sebagai panduan bagi membentuk modul yang bersesuaian kepada tahap kesediaan guru bukan ikhtisas penuh bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab mereka di sekolah rendah.","PeriodicalId":480968,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"60 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-09-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"135040216","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru SJKT Melaka Tengah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.3.4","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.3.4","url":null,"abstract":"Kepimpinan transformasional merupakan corak kepimpinan yang akan melonjakkan kecemerlangan sekolah serta meningkatkan kepuasan bekerja dalam kalangan guru. Objektif kajian ini adalah menentukan tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar (PGB) SJKT Melaka Tengah; mengenal pasti tahap kepuasan bekerja; menentukan hubungan kepimpinan transformasional dan kepuasan kerja guru serta mengenal pasti aspek kepimpinan transformasional yang mempunyai impak paling signifikan ke atas kepuasan kerja guru SJKT Melaka Tengah. Kajian kuantitatif ini mengaplikasikan reka bentuk kajian tinjauan dan data dikutip melalui borang soal selidik Google Form. Perisian SPSS V26 telah digunakan untuk menjalankan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Populasi kajian adalah guru-guru SJKT Melaka Tengah. 50 orang guru dari 3 buah SJKT di daerah Melaka Tengah telah terpilih sebagai sampel. Kajian ini mendapati yang tahap kepimpinan transformasional guru besar berada di tahap yang sangat tinggi. Selain itu, guru menunjukkan kepuasan kerja yang tinggi dan terdapat hubungan signifikan yang kukuh antara kepimpinan transformasional PGB dan kepuasan kerja guru SKJT Melaka Tengah. Selain itu, terdapat hubungan signifikan dan kukuh antara kedua-dua aspek ini. Kajian ini juga mendapati yang pertimbangan individu mempunyai impak paling signifikan ke atas kepuasan bekerja guru. Implikasi kajian ini kepada PGB, pegawai JPN ,PPD dan KPM adalah ia membantu mereka mengenal pasti amalan kepimpinan transformasional PGB. Ini membolehkan PGB mengambil langkah sewajarnya bagi memperbaiki amalan kepimpinan transformasional mereka bagi menjamin kepuasan bekerja guru. Kajian ini mencadangkan penggabungan reka bentuk kajian kuantitatif dan kualitatif bagi kajian akan datang dan memperluaskan lokasi kajian yang ke daerah lain selain Melaka Tengah.","PeriodicalId":480968,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"29 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-09-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"135040218","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Pentaksiran Berterusan Amali Vokasional Semasa Pandemik: Kajian Kes Di Sebuah Kolej Vokasional Di Rembau","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.3.1","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.3.1","url":null,"abstract":"Pelaksanaan pentaksiran berterusan di kolej vokasional telah melalui perubahan drastik semasa pandemik Covid-19. Perubahan kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah memberi kesan dan tekanan kepada guru di institusi ini dalam melaksanakan pentaksiran berterusan (PB) amali dengan berkesan. Dalam menambah baik pelaksanaan ini, kefahaman berkaitan cara pelaksanaan, cabaran dan kesediaan guru perlu diberi perhatian. Namun, kajian berkaitan aspek ini masih kurang dikaji. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kaedah pelaksanaan pentaksiran berterusan amali secara PdPR, cabaran yang dihadapi oleh guru dan kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran berterusan amali semasa PdPR. Kajian kes dijalankan di sebuah kolej vokasional di daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan mengumpul data secara temubual terperinci terhadap enam orang guru di institusi ini. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati guru-guru telah melaksanakan pentaksiran berterusan amali dengan kaedah secara dalam talian atau dengan memberi tugasan. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran berterusan amali iaitu, kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti bahan kimia, peralatan khas dan makmal. Selain itu, guru merasakan pentaksiran yang dijalankan tidak adil dan tidak menilai kompetensi sebenar pelajar. Di samping itu, para guru berpendapat mereka tidak bersedia sepenuhnya untuk menjalankan pentaksiran berterusan amali secara PdPR. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada kementerian, institusi dan guru dalam merangka pelaksanaan yang lebih berkesan pada masa akan datang.","PeriodicalId":480968,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"24 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"135346681","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Persepsi Mahasiswa Pendidikan Terhadap Penggunaan e-Gamifikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.3.2","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.3.2","url":null,"abstract":"Sesetengah guru percaya bahawa gamifikasi hanya membina hubungan yang buruk dengan pelajar lain, menghilangkan motivasi dan tidak meningkatkan hasil pembelajaran. Rentetan daripada isu-isu tersebut, dapat dilihat bahawa sesetengah guru merasakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan penggunaan gamifikasi ini telah memberi kesan negatif kepada proses pembelajaran pelajar. Oleh itu, tinjauan kuantitatif telah dipilih dalam melihat persepsi mahasiswa pendidikan terhadap penggunaan e-Gamifikasi dalam PdP. Kajian ini memfokuskan mahasiswa pendidikan Bahasa Melayu menerusi tiga tahap pengajian dan menggunakan instrumen borang soal selidik skala Likert yang diedarkan kepada 30 pelajar. Bagi melihat persepsi dan penerimaan tersebut, maka Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) atau juga dikenali sebagai Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi telah dipilih. Hasil kajian menunjukkan penggunaan e-Gamifikasi dalam PdP Bahasa Melayu memiliki persepsi positif yang boleh meningkatkan motivasi intrinsik, semangat bekerjasama, persaingan yang sihat dan meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar. Kemudahan yang disediakan oleh universiti serta kemudahan dalam menggunakan aplikasi menjadi faktor utama penerimaan pelajar terhadap alat tersebut dalam pendidikan. Skor skala likert juga memperlihatkan majoriti mahasiswa setuju dan sangat setuju terhadap penggunaan aplikasi tersebut sehingga memperoleh interpretasi skor min skala likert tinggi. Sehubungan itu, kajian ini dapat memberi pendedahan dan kesedaran pada golongan pendidik bahawa e-Gamifikasi sesuai dijadikan bahan. Penyelidik mencadangkan agar kajian ini ditambah baik dengan responden yang lebih banyak dan fokus diberikan kepada kelebihan serta kelemahan sesuatu aplikasi tersebut dari sudut pandang dua pihak iaitu pensyarah dan pelajar agar aplikasi yang dipilih dapat membuat penambahbaikan pada program komputer tersebut. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa pelajar memberikan persepsi positif berasaskan minat mereka terhadap aktiviti permainan tersebut.","PeriodicalId":480968,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"132 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"135346676","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Tahap Pengetahuan Guru dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Kelas TABIKA KEMAS","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.3.3","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.3.3","url":null,"abstract":"Guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan iklusif. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru dalam pelaksanaan pendidikan inklusif di kelas TABIKA KEMAS. Untuk kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif di mana borang soal selidik yang bertindak sebagai instrumen kajian diedarkan bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Kajian yang dijalankan melibatkan 40 orang guru TABIKA KEMAS di daerah Hulu Langat yang menjadi sampel kajian ini. Analisis deskriptif telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian di mana perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) digunapakai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru dalam melaksanakan pendidikan inklusif berada pada tahap sederhana. Berpandukan dapatan kajian yang dilaporkan, ianya memberikan gambaran yang jelas berkaitan dengan tahap pengetahuan guru dan halangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pendidikan inklusif. Justeru, penambahbaikan boleh dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pendidikan inklusif. Pelbagai kursus, latihan, bengkel serta penyediaan infrastruktur yang bersesuaian membolehkan pelaksanaan pendidikan inklusif dilaksanakan dengan jayanya.","PeriodicalId":480968,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"64 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"135346671","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}