{"title":"Analisis Undang-Undang dalam Membasmi Isu Halal","authors":"Anis Husna, Khairul Effendi Hashim, Amira Rashada Affendi","doi":"10.53840/jmm.v13i1.137","DOIUrl":"https://doi.org/10.53840/jmm.v13i1.137","url":null,"abstract":"Industri halal merupakan industri yang paling berkembang pesat di seluruh dunia termasuk negara muslim dan bukan muslim. Pengguna telah memilih produk halal sebagai produk utama mereka untuk diguna pakai dalam kehidupan harian kerana ia membawa manfaat yang besar untuk kehidupan mereka. Walaupun industri halal berkembang dengan pesat, akan tetapi terdapat pelbagai isu halal yang dilakukan oleh pemain industri halal sehingga memberi kesan kepada pasaran halal. Bagi menangani isu halal yang berlaku di pasaran, terdapat undang-undang yang berkaitan dengan halal di Malaysia bertindak sebagai mekanisme untuk melindungi pengguna dan memastikan semua aktiviti halal dijalankan mengikut piawaian. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji undang-undang yang berkaitan dengan halal dalam menyelesaikan isu hala seperti persembahan halal, logo halal dan isu kebersian premis. Dengan menggunakan kaedah penyelidikan dengan mengkaji akta, kajian ini adalah khusus daam menganalisis peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan halal. Pengkaji juga membincangkan isu-isu halal yang tertakluk dibawah tiga akta berkaitan iaitu Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Daripada akta yang berkaitan, penyelidik menganalisa isu halal yang dilaporkan di dalam berita bagi mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh pemain industri semasa dalam pasaran halal. Kajian ini berharap dapat memberikan informasi dan kefahaman yang penting atas pelaksanaan undang-undang dalam menyelesaikan isu halal bagi memastikan isu tersebut dapat dibasmi secara berkesan.\u0000The halal industry is the fastest growing industry in the world including muslim and non-muslim countries. Consumers have chosen halal products as their main products to use in their daily lives because they bring great benefits to their lives. Although the halal industry is growing rapidly, there are things that arise in the halal market because it can have a negative impact on the halal industry. In order to eradicate halal issues that occur in the market, Malaysia has developed related halal laws as a mechanism to protect consumers and ensure that all halal activities are carried out in accordance with acts, laws, regulations, and standards. The objective of this study is to examine the implementation of halal law in combating halal issues such halal presentation, halal logos and premises cleanliness. Through the method of legal study, this paper analyzes the relevant legal provisions governing all matters related to halal. The researcher studies the halal issues that are subject to three related acts namely Trade, Food Act 1983, Food Hygiene Regulations 2009. By analyzing issues based on reported news cases, implementation and offenses under halal can be identified to enable industry players well aware on the things that are allowed and prohibited action while building the halal brand in the market. This study is expected to be able to provide an understanding of the law t","PeriodicalId":196959,"journal":{"name":"Journal of Management and Muamalah","volume":"19 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-27","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"123469569","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
{"title":"Pemalsuan Dokumen dan Kedudukannya dalam Perundangan Syariah di Malaysia","authors":"Mohamad Aniq Aiman Alias","doi":"10.53840/jmm.v13i1.142","DOIUrl":"https://doi.org/10.53840/jmm.v13i1.142","url":null,"abstract":"Dokumen merupakan salah satu bentuk kaedah pembuktian terpenting yang digunakan di Mahkamah Syariah mahupun di Mahkamah Sivil. Ini kerana, dokumen telah digunakan secara meluas dalam pelbagai urusan harian manusia seperti muamalat, pernikahan dan sebagainya dan ia dijadikan sebagai bukti terhadap urusan yang telah dijalankan. Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermakna dokumen tersebut akan terlepas daripada unsur penipuan dan pemalsuan yang akhirnya akan menguntungkan pihak pesalah dan memberi kemudaratan kepada mangsa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan konsep keterangan secara dokumentar dan pemalsuannya menurut perspektif perundangan Islam. Penyelidik juga telah membincangkan bentuk umum pemalsuan dokumen yang kebiasaannya berlaku menurut perundangan Islam dan menganalisis peruntukan berkaitan kesalahan pemalsuan dokumen di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Malaysia. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan pendekatan secara kualitatif iaitu menggunakan kaedah analisis dokumen seperti Al-Quran, hadis, peruntukan, jurnal, artikel, tesis, buku, kertas kerja dan rujukan dokumen yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan, pemalsuan dokumen adalah salah satu bentuk cabaran yang akan dihadapi ketika mengemukakan keterangan dokumentar di Mahkamah. Di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, tiada peruntukan khusus bagi kesalahan pemalsuan secara umum, sebaliknya, ia disabitkan di bawah kesalahan menghina Mahkamah sahaja. Kajian ini juga mencadangkan agar Mahkamah Syariah Malaysia perlulah melihat amalan dan praktis daripada pengamal undang-undang Sivil ketika mengendalikan kes-kes berkaitan pemalsuan dokumen dan menganalisis peruntukan yang ditetapkan di bawahnya.\u0000Documents are one of the most important forms of evidence used in the Syariah and Civil Court. This is because documents have been widely used in various daily human affairs such as muamalat, marriage and other, and they function as evidence of the affairs conducted. However, this does not mean that document will be free from fraud and forgery, benefiting the offender and harming the victim. Therefore, this study aims to clarify the concept of documentary evidence and its falsification according to the perspective of Islamic law. Researchers have also discussed the common forms of document forgery that usually occur according to Islamic law and analysed the provisions related to the offence of document forgery under the jurisdiction of the Malaysian Syariah Court. In this study, the researcher has used a qualitative approach to use the method of document analysis such as the Quran, hadiths, provisions, journals, articles, theses, books, working papers and related document references. The results of the study show that falsification of documents is one of the challenges that will be faced when presenting documentary evidence in Court. Under the jurisdiction of the Syariah Court, there is no specific provision for the offence of forgery in general; on the contrary, it is con","PeriodicalId":196959,"journal":{"name":"Journal of Management and Muamalah","volume":"38 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-26","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"126279251","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
N. Ramli, Latifa Bibi Musafar Hammed, Ahmad Fatin Mohammad Suhaimi, Hafas Furqani
{"title":"Perbandingan Kerangka Tadbir Urus Perbankan Islam di antara Indonesia dan Malaysia","authors":"N. Ramli, Latifa Bibi Musafar Hammed, Ahmad Fatin Mohammad Suhaimi, Hafas Furqani","doi":"10.53840/jmm.v13i1.140","DOIUrl":"https://doi.org/10.53840/jmm.v13i1.140","url":null,"abstract":"Perbankan dan kewangan Islam adalah satu industri yang berkembang pesat dan dijadikan sebagai penyumbang utama dalam aset kewangan global. Menurut Islamic Finance Development Indicator (IFDI) terdapat lima faktor utama yang memacu perkembangan dalam kewangan Islam di antaranya ialah Pembangunan Kuantitatif, Pengetahuan, Tadbir Urus, Tanggungjawab Sosial Korporat, dan Kesedaran. Malaysia dan Indonesia mengekalkan kedudukan teratas untuk tahun kedua berturut-turut berbanding negara Asia Tenggara yang lain dalam tadbir urus terbaik. Namun begitu, dari aspek tadbir urus Syariah kedua-dua negara menunjukkan perbezaan dan peringkat yang ketara. Objektif utama kajian ini ialah untuk membandingkan tadbir urus Syariah dari empat aspek iaitu kerangka tadbir urus, struktur tadbir urus, proses tadbir urus dan fungsi tadbir urus di antara Malaysia dan Indonesia. Kajian ini berdasarkan kajian berbentuk kualitatif dan data-data yang didapati sepenuhnya berdasarkan analisis dokumen bagi menghasilkan dapatan berbentuk deskriptif. Dapatan kajian ini menunjukan bahawa tadbir urus Syariah dari aspek kerangka, struktur, proses dan fungsi di antara Malaysia dan Indonesia mempunyai persamaan dan perbezaan. Persamaan dari aspek struktur tadbir urus Syariah di antara kedua negara ialah mempunyai pengawasan dua peringkat seperti pengawasan jawatankuasa Syariah di peringkat institusi dan pengawasan di peringkat tertinggi ialah Majlis Penasihat Syariah. Perbezaan dari aspek proses dan fungsi tadbir urus Syariah di Malaysia lebih ketat dan komprehensif berbanding peraturan yang ada di Indonesia. Hasil kajian ini diharapkan dapat mengisi jurang pengetahuan dan perkembangan baru tadbir urus Syariah di antara Malaysia dan Indonesia sehingga mampu melaksanakan penambahbaikan dari aspek kepatuhan Syariah yang lebih baik dan mampu mengharmonikan perbezaan tadbir urus Syariah bagi meningkatkan ekonomi Islam di masa hadapan.\u0000Islamic banking and finance are a rapidly growing industry and a major contributor to global financial assets. The Islamic Finance Development Indicator (IFDI) listed five main factors driving Islamic finance development: Quantitative Development, Knowledge, Governance, Corporate Social Responsibility, and Awareness. In this regard, compared to other Southeast Asian countries, Malaysia and Indonesia have retained the top spot in the best Islamic banking governance for the second consecutive year. However, both countries show significant differences in the aspect of Shariah governance. The main objective of this study is to compare Shariah governance from four aspects, namely governance framework, governance structure, governance process and governance function between Malaysia and Indonesia. This study is qualitative, and data for the descriptive findings was obtained entirely from document analysis. The findings of this study showed the similarities and differences between the framework, structure, processes, and function of Shariah governance in Malaysia and I","PeriodicalId":196959,"journal":{"name":"Journal of Management and Muamalah","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-26","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"134215830","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Khairul Effendi Hashim, Mohd Amzari Tumiran, A. Husna
{"title":"Maqasid Syariah dalam Industri Halal: Aplikasi Elemen Keselamatan Makanan dalam Kalangan Pengusaha Pembuatan Produk Makanan di Bangi, Selangor","authors":"Khairul Effendi Hashim, Mohd Amzari Tumiran, A. Husna","doi":"10.53840/jmm.v13i1.144","DOIUrl":"https://doi.org/10.53840/jmm.v13i1.144","url":null,"abstract":"Industri halal di Malaysia telah berkembang sejajar dengan permintaan global terhadap produk dan perkhidmatan yang mempunyai pensijilan. Pensijilan makanan dapat dibahagikan kepada dua ketagori utama iaitu pensijilan halal dan pensijilan keselamatan makanan. Perkembangan positif ini berkait rapat dengan faktor keselamatan dan kebersihan dalam proses pembuatan. Elemen-elemen keselamatan makanan sangat penting untuk diaplikasi dalam proses pembuatan produk di kalangan pengusaha supaya kebersihan dan kualiti dapat dipelihara. Kegagalan mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan berlaku pengabaian keselamatan dan kebersihan di samping kekurangan pengetahuan. Memelihara nyawa merupakan salah satu prinsip utama dalam maqasid syariah dan mempunyai kaitan dengan kesihatan tubuh manusia melalui makanan yang selamat, bersih dan berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk melihat aplikasi elemen-elemen keselamatan dan kebersihan yang dipraktikkan oleh pengusaha pembuatan produk makanan di Bangi, Selangor. Kemudian, pengkaji melihat hubung kait maqasid syariah dengan keselamatan makanan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual. Proses temu bual dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan soalan separa berstruktur melalui aplikasi google meet. Data-data yang dikumpul dianalisis melalui pendekatan analisis kandungan bagi mendapatkan dapatan kajian kemudian diperbincangkan. Kajian ini mendapati bahawa keselamatan dan kebersihan makanan sangat penting bagi menjamin keselamatan pengguna. Wujud beberapa elemen-elemen keselamatan dan kebersihan yang diaplikasi oleh pengusaha mempunyai hubung kait dengan maqasid syariah memelihara nyawa. Oleh itu, pengusaha mesti mengaplikasikan elemen keselamatan makanan dalam pembuatan produk bagi menjamin makanan yang halal, selamat, bersih dan berkualiti kepada pengguna.\u0000The halal industry in Malaysia has grown in line with the global demand for certified products and services. This positive development is closely related to safety and hygiene factors in the manufacturing process. Elements of food safety are very important to be applied in the product manufacturing process among entrepreneurs so that hygiene and quality can be maintained. Failure to practice standard operating procedures (SOPs) results in neglect of safety and hygiene as well as a lack of knowledge. Preserving life is one of the main principles in the maqasid syariah and has to do with the health of the human body through safe, clean, and quality food. This study aims to look at the application of safety and hygiene elements implemented by product manufacturing operators in Bangi Selangor. Then, the researcher looked at the relationship between the maqasid syariah and food safety. This study is qualitative using the interview method and the Google meet application. The interview process was conducted online using semi-structured questions. The data collected were analysed through a content analysis approach to obtain t","PeriodicalId":196959,"journal":{"name":"Journal of Management and Muamalah","volume":"10 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-26","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"123855389","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Marina Muhammad Razaki, M. Ismail, Nur Izzati Mohamad Anuar
{"title":"Sumber Modal Insan dan Amalan Inovasi Terbuka terhadap Pengkomersialan Penyelidikan di Universiti Awam Malaysia","authors":"Marina Muhammad Razaki, M. Ismail, Nur Izzati Mohamad Anuar","doi":"10.53840/jmm.v13i1.145","DOIUrl":"https://doi.org/10.53840/jmm.v13i1.145","url":null,"abstract":"Pengkomersialan penyelidikan merupakan salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan Malaysia telah mewujudkan pelbagai kemudahan dan persekitaran bagi menggalakkan pengkomersialan di negara ini. Namun begitu, kadar pengkomersialan hasil penyelidikan di Malaysia masih rendah dan kurang memuaskan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sumber modal insan, amalan inovasi terbuka dan pengkomersialan penyelidikan serta kesan amalan inovasi terbuka sebagai pengantara antara sumber modal insan dan pengkomersialan penyelidikan. Data dikumpulkan melalui tinjauan soal selidik dan menggunakan pendekatan persampelan rawak mudah. Seramai 155 ahli akademik telah melengkapkan tinjauan tersebut. Perisian SmartPLS 3 digunakan untuk menguji hipotesis kajian menggunakan pemodelan persamaan berstruktur. Hasil analisis menunjukkan bahawa amalan inovasi terbuka adalah signifikan terhadap pengkomersialan penyelidikan dan berperanan sebagai pengantara antara sumber modal insan dan pengkomersialan penyelidikan. Namun demikian, sumber modal insan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengkomersialan penyelidikan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian membuktikan bahawa sumber modal insan mempunyai hubungan dengan pengkomersialan penyelidikan melalui amalan inovasi terbuka sebagai pengantara. Ini menunjukkan bahawa sumber modal insan sahaja tidak cukup untuk hasil penyelidikan dapat dikomersialkan tetapi memerlukan amalan inovasi terbuka.\u0000Research commercialization is one of the contributors to the country's economic growth. The Malaysian government has created various facilities and environments to encourage commercialization in the country. However, the rate of commercialization of research results in Malaysia is still low and unsatisfactory. Therefore, this study aims to identify the relationship between human capital resources, open innovation practices and the commercialization of research as well as the effect of open innovation practices as a mediator between human capital resources and the commercialization of research. Data was collected through a questionnaire survey and using a simple random sampling approach. A total of 155 academics completed the survey. Smart PLS3 software was used to test the research hypotheses using structural equation modelling. The results of the analysis show that open innovation practices are significant to the commercialization of research and acts as a mediator between human capital resources and the commercialization of research. However, human capital resources do not have a significant relationship with the research commercialization. Overall, the findings of the study prove that human capital resources have a relationship with the commercialization of research through open innovation practices as mediators. This shows that human capital resources alone are not enough for research results to be commercialized but require open innovation practices.","PeriodicalId":196959,"journal":{"name":"Journal of Management and Muamalah","volume":"73 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-06-26","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"116546534","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Nur Arina Inani Yahya, Noor Suhaila Shaharuddin, Noorlidah Abu Bakar
{"title":"Influence of Tax Knowledge and Tax Complexity on Compliance Behavior Among Sole-Proprietors","authors":"Nur Arina Inani Yahya, Noor Suhaila Shaharuddin, Noorlidah Abu Bakar","doi":"10.53840/jmm.v11i1.100","DOIUrl":"https://doi.org/10.53840/jmm.v11i1.100","url":null,"abstract":"Tax noncompliance is widely believed as a major concern for all tax administration in almost all countries. This issue calls for serious attention as the problem of noncompliance will cause losses of current income to the government. Studies on tax compliance have found that the compliance levels of sole proprietor are likely to be considerably low compared to other groups of taxpayers. Despite having the least compliance level, little is known about their taxpaying behaviour towards tax compliance. Various factors influencing tax compliance have been discussed in a previous study, but tax knowledge and tax complexity were the most important determinant among sole proprietors. Thus, this study aims to examine taxpayers' views on their level of tax knowledge and perceived complexity of the income tax system. The data was collected through Google Form that were distributed to sole proprietors who run the small business activities. The results revealed that tax knowledge and tax complexity are viewed as contributing factors towards non-compliance behaviour among sole proprietors. The finding of this study may be of interest to revenue bodies for addressing tax compliance issues. In ensuring the success of the revenue process, the collaboration between the tax authority and tax researchers is important to further understand the taxpayers’ compliance behaviour.\u0000Isu pematuhan cukai merupakan kebimbangan utama bagi semua pentadbir cukai hampir semua negara. Isu ini memerlukan perhatian yang serius kerana masalah ketidakpatuhan cukai akan mengakibatkan kerugian pada pendapatan negara. Kajian ke atas pematuhan cukai mendapati bahawa tahap pematuhan cukai di kalangan pemilikan tunggal adalah lebih rendah berbanding dengan pembayar-pembayar cukai yang lain. Walaupun mereka sering dikatakan mempunyai tahap pematuhan cukai yang rendah, namun sedikit sahaja kajian dilakukan tentang sikap terhadap tingkahlaku pematuhan cukai. Pelbagai faktor yang mempengaruhi pematuhan cukai telah dibahas dalam kajian sebelumnya, tetapi pengetahuan dan kerumitan cukai adalah penentu yang paling penting di kalangan pemilikan tunggal. Justeru kajian ini bertujuan menentukan pengaruh pengetahuan cukai dan tahap kerumitan cukai terhadap ketidakpatuhan cukai. Data kajian dikumpulkan melalui Google Form yang diedarkan kepada pemilik tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan kerumitan cukai dilihat sebagai faktor penyumbang terhadap tingkah laku ketidakpatuhan di kalangan pemilik tunggal. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak berkuasa dalam menangani isu ketidapatuhan cukai. Walaubagaimanapun, bagi memastikan proses pemungutan cukai berjalan dengan baik, pihak berkuasa percukaian dan penyelidik perlu bekerjasama untuk lebih memahami isu-isu pematuhan cukai.","PeriodicalId":196959,"journal":{"name":"Journal of Management and Muamalah","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2021-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"115643803","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}