{"title":"Penerimaan Fatwa Dalam Kalangan Masyarakat Muslim Malaysia: Kajian Empirikal","authors":"M. Rosidi, A. Mokhtar, Mohd Nasir Abdul Majid","doi":"10.33102/jfatwa.vol27no4.458","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Fatwa telah melalui proses evolusi daripada jawapan persoalan agama kepada undang-undang syariah bagi negara yang mewartakan fatwa tersebut seperti Malaysia. Sehingga tahun 2022, terdapat sebanyak 1404 fatwa yang telah diputuskan di peringkat kebangsaan dan negeri manakala 398 fatwa telah diwartakan di negeri-negeri di Malaysia. Kajian dan penulisan lepas menunjukkan penolakan terhadap keputusan fatwa serta tahap penerimaan fatwa yang rendah dalam kalangan responden di beberapa buah negeri. Jesteru itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penerimaan fatwa yang terkini dalam kalangan masyarakat Muslim seluruh negeri di Malaysia. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dengan menerima pakai instrumen soal selidik dalam talian untuk mendapatkan data. Data kajian diperolehi daripada 500 peserta melalui teknik persampelan kluster berbilang peringkat dan kemudiannya dianalisis melalui jadual frekuensi dan statistik min. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan fatwa dalam kalangan masyarakat Muslim Malaysia adalah tinggi dengan pencapaian skor min sebanyak 4.60. Selain itu, kajian ini juga mencapai skor min yang tinggi terhadap tahap pengetahuan fatwa (M = 4.50) dan penggunaan media dalam talian untuk mendapatkan maklumat fatwa (M = 4.08) dalam kalangan masyarakat Muslim Malaysia. Walaubagaimanapun, kajian ini mendapati kesedaran fatwa masyarakat Muslim Malaysia berada pada tahap yang sederhana dengan skor min sebanyak 3.60. Seterusnya, kajian ini mencadangkan usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan fatwa perlu dipergiatkan lagi mengunakan platform media dalam talian oleh institusi fatwa di Malaysia supaya masyarakat sentiasa cakna terhadap fatwa-fatwa semasa.","PeriodicalId":15807,"journal":{"name":"Journal of Fatwa Management and Research","volume":"90 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-09-15","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"1","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Journal of Fatwa Management and Research","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no4.458","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 1
Abstract
Fatwa telah melalui proses evolusi daripada jawapan persoalan agama kepada undang-undang syariah bagi negara yang mewartakan fatwa tersebut seperti Malaysia. Sehingga tahun 2022, terdapat sebanyak 1404 fatwa yang telah diputuskan di peringkat kebangsaan dan negeri manakala 398 fatwa telah diwartakan di negeri-negeri di Malaysia. Kajian dan penulisan lepas menunjukkan penolakan terhadap keputusan fatwa serta tahap penerimaan fatwa yang rendah dalam kalangan responden di beberapa buah negeri. Jesteru itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penerimaan fatwa yang terkini dalam kalangan masyarakat Muslim seluruh negeri di Malaysia. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dengan menerima pakai instrumen soal selidik dalam talian untuk mendapatkan data. Data kajian diperolehi daripada 500 peserta melalui teknik persampelan kluster berbilang peringkat dan kemudiannya dianalisis melalui jadual frekuensi dan statistik min. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan fatwa dalam kalangan masyarakat Muslim Malaysia adalah tinggi dengan pencapaian skor min sebanyak 4.60. Selain itu, kajian ini juga mencapai skor min yang tinggi terhadap tahap pengetahuan fatwa (M = 4.50) dan penggunaan media dalam talian untuk mendapatkan maklumat fatwa (M = 4.08) dalam kalangan masyarakat Muslim Malaysia. Walaubagaimanapun, kajian ini mendapati kesedaran fatwa masyarakat Muslim Malaysia berada pada tahap yang sederhana dengan skor min sebanyak 3.60. Seterusnya, kajian ini mencadangkan usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan fatwa perlu dipergiatkan lagi mengunakan platform media dalam talian oleh institusi fatwa di Malaysia supaya masyarakat sentiasa cakna terhadap fatwa-fatwa semasa.