{"title":"Peranan Badan Pemikir Dalam Wacana Turki - Kesatuan Eropah: Kajian Kes İktisadi Kalkinma Vakfi (İKV)","authors":"Mohd Safwan Saparudin, Russli Kamarudin","doi":"10.22452/peradaban.vol14no1.4","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Peranan Badan Bukan Kerajaan (BBK) semakin menyinar dalam wacana pembangunan dasar-dasar luar negeri dan hubungan antarabangsa. Dalam konteks perjalanan integrasi Turki ke dalam Kesatuan Eropah (EU), badan pemikir yang bebas dilihat berfungsi sebagai “enjin utama” dalam usaha-usaha menjana idea dan strategi, memacu projek-projek libaturus serta mengembangkan wacana integrasi dalam kalangan pemegang-pemegang taruh seperti elit politik, komuniti usahawan, cendekiawan, kumpulan berkepentingan termasuk rakyat awam asing. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pelbagai pendekatan yang diterajui oleh badan pemikir Turki dalam menjayakan matlamat strategik Turki menganggotai EU. Makalah ini juga berusaha meninjau peranan badan pemikir yang terlibat secara langsung, berdasarkan kerangka taksonomi diplomasi awam. Sebagai kajian kes, peranan Yayasan Pembangunan Ekonomi - İktisadi Kalkınma Vakfı (İKV) diteliti secara kualitatif, menerusi kaedah temu bual dan dokumen analisis bersumberkan laporan penyelidikan dan makalah. Kajian ini mendapati pengaruh badan pemikir yang bebas semakin diperlukan dalam proses pembingkaian agenda, memformulasi pelaksanaan dan pemantauan dasar-dasar strategik hubungan Ankara-Brussels. Dalam arena diplomasi awam, inisiatif dialog dan libaturus yang dipacu oleh BBK berpotensi merangsang hubungan kerjasama dan kesefahaman bersama dalam mengurus polemik dan jurang sosio-politik yang semakin mendalam.","PeriodicalId":34326,"journal":{"name":"Nalar Jurnal Peradaban dan Pemikiran Islam","volume":"55 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-07-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Nalar Jurnal Peradaban dan Pemikiran Islam","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.22452/peradaban.vol14no1.4","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Peranan Badan Bukan Kerajaan (BBK) semakin menyinar dalam wacana pembangunan dasar-dasar luar negeri dan hubungan antarabangsa. Dalam konteks perjalanan integrasi Turki ke dalam Kesatuan Eropah (EU), badan pemikir yang bebas dilihat berfungsi sebagai “enjin utama” dalam usaha-usaha menjana idea dan strategi, memacu projek-projek libaturus serta mengembangkan wacana integrasi dalam kalangan pemegang-pemegang taruh seperti elit politik, komuniti usahawan, cendekiawan, kumpulan berkepentingan termasuk rakyat awam asing. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pelbagai pendekatan yang diterajui oleh badan pemikir Turki dalam menjayakan matlamat strategik Turki menganggotai EU. Makalah ini juga berusaha meninjau peranan badan pemikir yang terlibat secara langsung, berdasarkan kerangka taksonomi diplomasi awam. Sebagai kajian kes, peranan Yayasan Pembangunan Ekonomi - İktisadi Kalkınma Vakfı (İKV) diteliti secara kualitatif, menerusi kaedah temu bual dan dokumen analisis bersumberkan laporan penyelidikan dan makalah. Kajian ini mendapati pengaruh badan pemikir yang bebas semakin diperlukan dalam proses pembingkaian agenda, memformulasi pelaksanaan dan pemantauan dasar-dasar strategik hubungan Ankara-Brussels. Dalam arena diplomasi awam, inisiatif dialog dan libaturus yang dipacu oleh BBK berpotensi merangsang hubungan kerjasama dan kesefahaman bersama dalam mengurus polemik dan jurang sosio-politik yang semakin mendalam.