A. Mohamad, Alwani Ghazali, Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali
{"title":"Isu-Isu Berkaitan Pluralisme Agama di Malaysia: Suatu Analisis Awal","authors":"A. Mohamad, Alwani Ghazali, Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali","doi":"10.22452/peradaban.vol14no1.1","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pada pasca modernisasi ini, terdapat pelbagai pemikiran baharu yang muncul dengan pelbagai ideologi yang dibawa seperti pluralisme agama. Pluralisme agama merupakan sebuah ideologi yang disebarkan di banyak negara termasuklah Malaysia. Pluralisme agama sangat berbahaya kerana ianya sebuah serangan ideologi yang menyerang pemikiran umat manusia dalam mengubah pegangan seseorang bahkan ianya membawa kepada kekeliruan terhadap kefahaman beragama dan memanipulasi sifat kepelbagaian beragama. Maka, perkara tersebut dianggap bakal menggugat pemikiran dan akidah sebenar seseorang khususnya buat penganut agama Islam. Terdapat pelbagai isu di Malaysia yang dikatakan bahawa ianya mempunyai kaitan dengan penyebaran fahaman pluralisme agama. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu-isu yang timbul yang dikaitkan dengan pluralisme agama di Malaysia. Objektif kedua, kajian ini juga akan membuat analisis awal terhadap permasalahan yang timbul melalui isu-isu pluralisme agama di Malaysia dengan mengaitkannya dengan dasar yang dibawa oleh pluralisme agama itu sendiri. Kajian ini akan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan lebih menfokuskan pengumpulan maklumat berdasarkan resensi kepustakaan. Artikel ini merumuskan dan mendapati bahawa banyak isu-isu yang timbul di Malaysia mempunyai kaitan dengan dasar yang dibawa oleh pluralisme agama. Tambahan pula, kajian ini telah membuat analisa awal bahawa isu-isu ini mempunyai unsur-unsur yang diperjuangkan oleh fahaman pluralisme agama dan ianya bercanggah dengan ajaran akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang menjadi pegangan majoriti umat islam di Malaysia. Perbahasan ini amat penting supaya setiap isu yang timbul selepas ini perlulah diteliti dan dikaji sama ada ianya mempunyai perjuangan terhadap dasar yang dibawa oleh fahaman pluralisme agama. Selain itu, kajian ini penting untuk mengenalpasti dasar-dasar yang dibawa oleh pluralisme agama itu sendiri dan mengaitkannya terhadap sesebuah isu yang timbul demi untuk membanteras ia daripada terus disebarkan melalui sesebuah organisasi ataupun gerakan di Malaysia meskipun ianya berlindung di sebalik “kemurnian luaran”.","PeriodicalId":34326,"journal":{"name":"Nalar Jurnal Peradaban dan Pemikiran Islam","volume":"22 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-12-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Nalar Jurnal Peradaban dan Pemikiran Islam","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.22452/peradaban.vol14no1.1","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Pada pasca modernisasi ini, terdapat pelbagai pemikiran baharu yang muncul dengan pelbagai ideologi yang dibawa seperti pluralisme agama. Pluralisme agama merupakan sebuah ideologi yang disebarkan di banyak negara termasuklah Malaysia. Pluralisme agama sangat berbahaya kerana ianya sebuah serangan ideologi yang menyerang pemikiran umat manusia dalam mengubah pegangan seseorang bahkan ianya membawa kepada kekeliruan terhadap kefahaman beragama dan memanipulasi sifat kepelbagaian beragama. Maka, perkara tersebut dianggap bakal menggugat pemikiran dan akidah sebenar seseorang khususnya buat penganut agama Islam. Terdapat pelbagai isu di Malaysia yang dikatakan bahawa ianya mempunyai kaitan dengan penyebaran fahaman pluralisme agama. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu-isu yang timbul yang dikaitkan dengan pluralisme agama di Malaysia. Objektif kedua, kajian ini juga akan membuat analisis awal terhadap permasalahan yang timbul melalui isu-isu pluralisme agama di Malaysia dengan mengaitkannya dengan dasar yang dibawa oleh pluralisme agama itu sendiri. Kajian ini akan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan lebih menfokuskan pengumpulan maklumat berdasarkan resensi kepustakaan. Artikel ini merumuskan dan mendapati bahawa banyak isu-isu yang timbul di Malaysia mempunyai kaitan dengan dasar yang dibawa oleh pluralisme agama. Tambahan pula, kajian ini telah membuat analisa awal bahawa isu-isu ini mempunyai unsur-unsur yang diperjuangkan oleh fahaman pluralisme agama dan ianya bercanggah dengan ajaran akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang menjadi pegangan majoriti umat islam di Malaysia. Perbahasan ini amat penting supaya setiap isu yang timbul selepas ini perlulah diteliti dan dikaji sama ada ianya mempunyai perjuangan terhadap dasar yang dibawa oleh fahaman pluralisme agama. Selain itu, kajian ini penting untuk mengenalpasti dasar-dasar yang dibawa oleh pluralisme agama itu sendiri dan mengaitkannya terhadap sesebuah isu yang timbul demi untuk membanteras ia daripada terus disebarkan melalui sesebuah organisasi ataupun gerakan di Malaysia meskipun ianya berlindung di sebalik “kemurnian luaran”.