{"title":"Komitmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (Pbmalns) Ketika Era Covid 19 Di Negeri Sembilan","authors":"Anwar Muttaqin","doi":"10.33102/JFATWA.VOL25NO1.330","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pandemik Covid-19 merupakan wabak berjangkit yang menggemparkan dunia pada tahun 2020. Kesannya begitu besar dan jelas meragut nyawa, melembabkan ekonomi dan mengakibatkan suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat dunia. Malaysia juga turut terjejas sehinggakan pihak kerajaan terpaksa mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 secara berperingkat di seluruh negara. Terdapat beberapa persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini yang bertitik tolak daripada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Majlis Agama Islam Negeri memainkan peranan yang tepat dalam dakwah dan seruan kepentingan berzakat sehingga mampu menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan. Seterusnya, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pula menyatakan bahawa MAINS sentiasa peka dan prihatin mengenai situasi wabak bermula daripada hari pertama pelaksanaan PKP khususnya kepada golongan asnaf dan masyarakat yang terjejas akibat penularan wabak Covid 19. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti peranan zakat di Negeri Sembilan dalam usaha mendepani Covid 19 ketika PKP diisytiharkan serta menyenaraikan peranan agihan MAINS melalui Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMalNS) melalui sumber agihan zakat tersebut. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian kepustakaan yang merujuk kepada data dan dokumen rasmi jabatan, laporan akhbar, buku-buku dan penerbitan artikel yang berkaitan. Hasil daripada kajian ini, dapat dinyatakan bahawa MAINS melalui Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan telah menggerakkan bantuan khas yang dikenali sebagai Inisiatif Covid-19 berjumlah RM4.3 juta. Sejajar dengan itu, sumber peruntukan khas ini diperoleh daripada hasil kutipan zakat yang dibayar oleh semua pembayar zakat di Negeri Sembilan. Justeru, penyaluran harta pembayar zakat kepada golongan asnaf ini mampu meringankan beban mereka untuk membeli keperluan asas dan menambahkan sumber pendapatan isi rumah golongan tertentu sekaligus menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara.","PeriodicalId":15807,"journal":{"name":"Journal of Fatwa Management and Research","volume":"33 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-07-14","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Journal of Fatwa Management and Research","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.33102/JFATWA.VOL25NO1.330","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Pandemik Covid-19 merupakan wabak berjangkit yang menggemparkan dunia pada tahun 2020. Kesannya begitu besar dan jelas meragut nyawa, melembabkan ekonomi dan mengakibatkan suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat dunia. Malaysia juga turut terjejas sehinggakan pihak kerajaan terpaksa mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 secara berperingkat di seluruh negara. Terdapat beberapa persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini yang bertitik tolak daripada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Majlis Agama Islam Negeri memainkan peranan yang tepat dalam dakwah dan seruan kepentingan berzakat sehingga mampu menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan. Seterusnya, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pula menyatakan bahawa MAINS sentiasa peka dan prihatin mengenai situasi wabak bermula daripada hari pertama pelaksanaan PKP khususnya kepada golongan asnaf dan masyarakat yang terjejas akibat penularan wabak Covid 19. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti peranan zakat di Negeri Sembilan dalam usaha mendepani Covid 19 ketika PKP diisytiharkan serta menyenaraikan peranan agihan MAINS melalui Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMalNS) melalui sumber agihan zakat tersebut. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian kepustakaan yang merujuk kepada data dan dokumen rasmi jabatan, laporan akhbar, buku-buku dan penerbitan artikel yang berkaitan. Hasil daripada kajian ini, dapat dinyatakan bahawa MAINS melalui Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan telah menggerakkan bantuan khas yang dikenali sebagai Inisiatif Covid-19 berjumlah RM4.3 juta. Sejajar dengan itu, sumber peruntukan khas ini diperoleh daripada hasil kutipan zakat yang dibayar oleh semua pembayar zakat di Negeri Sembilan. Justeru, penyaluran harta pembayar zakat kepada golongan asnaf ini mampu meringankan beban mereka untuk membeli keperluan asas dan menambahkan sumber pendapatan isi rumah golongan tertentu sekaligus menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara.