{"title":"Prestasi Kelas Pembelajaran Muallaf Dalam Talian: Pengaruh Efikasi Diri Dan Norma Subjektif","authors":"M. M. Mat Rani","doi":"10.33102/jfatwa.vol27no2.442","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Dalam era digital revolusi masa kini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah andragogi dan pedagogi secara digital dalam pelbagai lapisan usia dan peringkat. Pada hakikatnya, pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju yang dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh para muallaf dalam pendidikan Fardhu Ain di negeri Selangor. Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauhmanakah prestasi para pelajar yang mengikuti subjek Akidah dan Feqah secara atas talian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat kajian daripada responden. Seramai 159 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar muallaf pelbagai etnik di daerah Klang Selangor. Set soal selidik telah diedarkan kepada responden sekitar umur 15 hingga 70 tahun dan ke atas. Pemilihan responden adalah berdasarkan ciri-ciri dan kriteria yang telah ditetapkan mengikut kehendak kajian. Hasil dapatan kajian di analisis menggunakan perisian SPSS versi 26 bagi mendapatkan data demografi responden dan pandangan responden peserta kelas pengajian saudara baru di Pusat Pendidikan Muallaf daerah Klang Selangor dengan menganalisis data berbentuk deskriptif. Hasil kajian ini mendapati secara keseluruhan penerimaan responden bagi subjek Akidah dan Fekah secara online ini adalah berada pada tahap yang baik. Para pelajar boleh menerima dan mengadaptasi kaedah pengajaran secara online walaupun mereka menghadapi kesukaran dalam menghadapi bentuk pendidikan norma baru. Namun demikian, pelajar mengatakan pembelajaran secara bersemuka lebih baik berbanding secara online. Dalam hal ini disebabkan keterbatasan masalah Covid-19, kaedah online ini telah dipilih agar pembelajaran dan penyampaian ilmu kepada pelajar tetap berlangsung dan tidak ketinggalan. Pelajar, guru dan pihak pengurusan pendidikan muallaf telah bersedia dengan pembelajaran secara online sejajar dengan arus pembangunan pendidikan era digital IR 4.0.","PeriodicalId":15807,"journal":{"name":"Journal of Fatwa Management and Research","volume":"6 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-01-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"1","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Journal of Fatwa Management and Research","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no2.442","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 1
Abstract
Dalam era digital revolusi masa kini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah andragogi dan pedagogi secara digital dalam pelbagai lapisan usia dan peringkat. Pada hakikatnya, pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju yang dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh para muallaf dalam pendidikan Fardhu Ain di negeri Selangor. Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauhmanakah prestasi para pelajar yang mengikuti subjek Akidah dan Feqah secara atas talian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat kajian daripada responden. Seramai 159 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar muallaf pelbagai etnik di daerah Klang Selangor. Set soal selidik telah diedarkan kepada responden sekitar umur 15 hingga 70 tahun dan ke atas. Pemilihan responden adalah berdasarkan ciri-ciri dan kriteria yang telah ditetapkan mengikut kehendak kajian. Hasil dapatan kajian di analisis menggunakan perisian SPSS versi 26 bagi mendapatkan data demografi responden dan pandangan responden peserta kelas pengajian saudara baru di Pusat Pendidikan Muallaf daerah Klang Selangor dengan menganalisis data berbentuk deskriptif. Hasil kajian ini mendapati secara keseluruhan penerimaan responden bagi subjek Akidah dan Fekah secara online ini adalah berada pada tahap yang baik. Para pelajar boleh menerima dan mengadaptasi kaedah pengajaran secara online walaupun mereka menghadapi kesukaran dalam menghadapi bentuk pendidikan norma baru. Namun demikian, pelajar mengatakan pembelajaran secara bersemuka lebih baik berbanding secara online. Dalam hal ini disebabkan keterbatasan masalah Covid-19, kaedah online ini telah dipilih agar pembelajaran dan penyampaian ilmu kepada pelajar tetap berlangsung dan tidak ketinggalan. Pelajar, guru dan pihak pengurusan pendidikan muallaf telah bersedia dengan pembelajaran secara online sejajar dengan arus pembangunan pendidikan era digital IR 4.0.