{"title":"Kajian Jati Diri Holistik Pelajar Pintar dan Berbakat di Malaysia","authors":"","doi":"10.55057/ijares.2023.5.4.1","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kajian ini bertujuan untuk mengkaji profil jati diri pelajar Pintar dan Berbakat serta hubungannya dengan prestasi akademik. Seramai 300 orang pelajar program pendidikan menengah pada Pusat GENIUSpintar Negara UKM telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Data dikumpulkan melalui 151 item instrument pembangunan komponen jati diri holistik yang dibina oleh Rorlinda, Fazilah, Salleh Amat, dan Tengku Elmi (2019). Principal Components Analysis (PCA) dan Factor Analysis (FA) melalui inter-Item Correlation Matrix digunakan untuk melihat kesahan instrumen (Nilai loading 0.44 hingga 0.86). Kaedah ketekalan dalaman “Cronbach Alpha” digunakan untuk melihat kebolehpercayaan instrumen (Nilai keseluruhan yang diperolehi adalah α= 0.98). Statistik deskriptif dan inferensi berbantukan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 26.0) digunakan untuk menganalisis data. Statistik deskriptif (Min dan Sisihan Piawai) digunakan untuk menentukan profil jati diri holistik pelajar Pintar dan Berbakat. Manakala statistik inferensi (pearson correlation product moment) digunakan untuk melihat hubungan antara jati diri pelajar Pintar dan Berbakat dengan pencapaian akademik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Profil Jati diri holistik pelajar adalah pada tahap tinggi (Min= 4.09, SP= 0.449). Daripada lapan komponen jati diri yang dikaji, jati diri kerohanian memperoleh skor min tertinggi (4.34), manakala komponen jati diri kepimpinan memperoleh skor min terendah (3.88). Analisis korelasi menunjukkan wujud hubungan yang rendah antara jati diri dengan pencapaian akademik pelajar pintar dan berbakat (r= 0.164, p < 0.01). Dapatan kajian ini memberi implikasi tentang pentingnya penyediaan program pembangunan kendiri pelajar pintar dan berbakat yang diintegrasikan komponen jatidiri dalam aktiviti pembelajaran akademik dan perkhidmatan kaunseling, sebagai intervensi meningkatkan kualiti jati diri holistik pelajar PB ke tahap yang optimum.","PeriodicalId":426882,"journal":{"name":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","volume":"92 2","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-12-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.4.1","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji profil jati diri pelajar Pintar dan Berbakat serta hubungannya dengan prestasi akademik. Seramai 300 orang pelajar program pendidikan menengah pada Pusat GENIUSpintar Negara UKM telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Data dikumpulkan melalui 151 item instrument pembangunan komponen jati diri holistik yang dibina oleh Rorlinda, Fazilah, Salleh Amat, dan Tengku Elmi (2019). Principal Components Analysis (PCA) dan Factor Analysis (FA) melalui inter-Item Correlation Matrix digunakan untuk melihat kesahan instrumen (Nilai loading 0.44 hingga 0.86). Kaedah ketekalan dalaman “Cronbach Alpha” digunakan untuk melihat kebolehpercayaan instrumen (Nilai keseluruhan yang diperolehi adalah α= 0.98). Statistik deskriptif dan inferensi berbantukan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 26.0) digunakan untuk menganalisis data. Statistik deskriptif (Min dan Sisihan Piawai) digunakan untuk menentukan profil jati diri holistik pelajar Pintar dan Berbakat. Manakala statistik inferensi (pearson correlation product moment) digunakan untuk melihat hubungan antara jati diri pelajar Pintar dan Berbakat dengan pencapaian akademik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Profil Jati diri holistik pelajar adalah pada tahap tinggi (Min= 4.09, SP= 0.449). Daripada lapan komponen jati diri yang dikaji, jati diri kerohanian memperoleh skor min tertinggi (4.34), manakala komponen jati diri kepimpinan memperoleh skor min terendah (3.88). Analisis korelasi menunjukkan wujud hubungan yang rendah antara jati diri dengan pencapaian akademik pelajar pintar dan berbakat (r= 0.164, p < 0.01). Dapatan kajian ini memberi implikasi tentang pentingnya penyediaan program pembangunan kendiri pelajar pintar dan berbakat yang diintegrasikan komponen jatidiri dalam aktiviti pembelajaran akademik dan perkhidmatan kaunseling, sebagai intervensi meningkatkan kualiti jati diri holistik pelajar PB ke tahap yang optimum.