Mohd Syaubari Othman, Abu Bakar Yusuf Yusuf, Hasrul Hosshan, Abdul Talib Mohamed Hashim
{"title":"Penghayatan Dakwah Akhlak Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Negeri Perak","authors":"Mohd Syaubari Othman, Abu Bakar Yusuf Yusuf, Hasrul Hosshan, Abdul Talib Mohamed Hashim","doi":"10.61465/jurnalyadim.v3i1.118","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Konteks pembangunan ekonomi dan politik di dalam sesebuah negara, pembinaan akhlak dalam bentuk pembangunan manusia yang seimbang dan bersepadu akan menjamin pembangunan ekonomi yang mampan serta kekuatan politik yang akan menjamin kecemerlangan negara secara berterusan. Atas kesedaran tersebut, kepentingan akhlak sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Pada masa yang sama, pelbagai dasar, sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam amalan pendidikan di negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak kerajaan untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia dan seimbang. Namun, status sebenar penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah di Negeri Perak yang telah melalui sistem pendidikan di negara ini masih menjadi tanda tanya. Dapatan dari satu kajian tinjauan menunjukkan status keseluruhan penghayatan akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah adalah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini seterusnya menggambarkan pola penghayatan yang agak sederhana dalam beberapa aspek akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah seperti personaliti kendiri, amalan seharian dan pengetahuan mengenai akhlak. Pendekatan kaedah tinjauan ini menetapkan daerah Manjung sebagai fokus utama dengan pembahagian kepada tiga pola utama iaitu pelajar yang mengikuti KAA, pelajar Islam yang mengikuti pembelajaran di SMJK (C) dan pelajar di SMK Harian. Dapatan mungkin memberikan sedikit gambaran tentang punca kepada beberapa masalah sosial yang dihadapi dalam masyarakat masa kini. Beberapa prospek penyelidikan turut dicadangkan bagi meneliti dengan lebih mendalam terhadap penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah khususnya di Negeri Perak","PeriodicalId":470759,"journal":{"name":"International Journal of Islam and Contemporary Affairs","volume":"6 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"International Journal of Islam and Contemporary Affairs","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v3i1.118","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Konteks pembangunan ekonomi dan politik di dalam sesebuah negara, pembinaan akhlak dalam bentuk pembangunan manusia yang seimbang dan bersepadu akan menjamin pembangunan ekonomi yang mampan serta kekuatan politik yang akan menjamin kecemerlangan negara secara berterusan. Atas kesedaran tersebut, kepentingan akhlak sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Pada masa yang sama, pelbagai dasar, sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam amalan pendidikan di negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak kerajaan untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia dan seimbang. Namun, status sebenar penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah di Negeri Perak yang telah melalui sistem pendidikan di negara ini masih menjadi tanda tanya. Dapatan dari satu kajian tinjauan menunjukkan status keseluruhan penghayatan akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah adalah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini seterusnya menggambarkan pola penghayatan yang agak sederhana dalam beberapa aspek akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah seperti personaliti kendiri, amalan seharian dan pengetahuan mengenai akhlak. Pendekatan kaedah tinjauan ini menetapkan daerah Manjung sebagai fokus utama dengan pembahagian kepada tiga pola utama iaitu pelajar yang mengikuti KAA, pelajar Islam yang mengikuti pembelajaran di SMJK (C) dan pelajar di SMK Harian. Dapatan mungkin memberikan sedikit gambaran tentang punca kepada beberapa masalah sosial yang dihadapi dalam masyarakat masa kini. Beberapa prospek penyelidikan turut dicadangkan bagi meneliti dengan lebih mendalam terhadap penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah khususnya di Negeri Perak