{"title":"Dakwah Dan Kelestarian Alam Sekitar Di Malaysia Peluang Dan Cabaran","authors":"Azrina Sobian","doi":"10.61465/jurnalyadim.v3i1.108","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Dunia kini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah alam sekitar dan Malaysia tidak terkecuali. Kerosakan alam ini berkait rapat dengan nilai manusia terhadap alam. Apabila nilai itu rendah maka alam dianggap sebagai sumber untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia sahaja. Hakikatnya, nilai sebegini bertentangan dengan pandangan hidup Islam dan perlu diubah. Salah satu saluran penting untuk mengubah nilai, sikap dan tingkah laku ialah melalui pendekatan agama. Atas alasan ini, dakwah alam sekitar merupakan salah satu saluran yang boleh digunakan untuk mendidik dan mengubah nilai, sikap dan tingkah laku masyarakat. Walaupun begitu, pendekatan dakwah itu belum menampakkan hasilnya kerana kemusnahan alam masih terus berlaku. Ini menunjukkan wujudnya kelemahan dalam pendekatan dakwah alam sekitar ketika ini. Oleh itu, penulisan ini akan cuba meneroka cabaran-cabaran serta peluang-peluang dalam usaha dakwah alam sekitar di Malaysia. Penulisan ini adalah sebuah penulisan berasaskan tinjauan kepustakaan yang bergantung kepada rujukan sekunder seperti buku, jurnal, kertas kerja, laporan, makalah umum dan sebagainya. Pada akhirnya, cabaran-cabaran serta peluang-peluang yang ditunjukkan itu boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan alam sekitar masyarakat, terutamanya masyarakat Muslim.","PeriodicalId":470759,"journal":{"name":"International Journal of Islam and Contemporary Affairs","volume":"4 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"International Journal of Islam and Contemporary Affairs","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v3i1.108","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Dunia kini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah alam sekitar dan Malaysia tidak terkecuali. Kerosakan alam ini berkait rapat dengan nilai manusia terhadap alam. Apabila nilai itu rendah maka alam dianggap sebagai sumber untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia sahaja. Hakikatnya, nilai sebegini bertentangan dengan pandangan hidup Islam dan perlu diubah. Salah satu saluran penting untuk mengubah nilai, sikap dan tingkah laku ialah melalui pendekatan agama. Atas alasan ini, dakwah alam sekitar merupakan salah satu saluran yang boleh digunakan untuk mendidik dan mengubah nilai, sikap dan tingkah laku masyarakat. Walaupun begitu, pendekatan dakwah itu belum menampakkan hasilnya kerana kemusnahan alam masih terus berlaku. Ini menunjukkan wujudnya kelemahan dalam pendekatan dakwah alam sekitar ketika ini. Oleh itu, penulisan ini akan cuba meneroka cabaran-cabaran serta peluang-peluang dalam usaha dakwah alam sekitar di Malaysia. Penulisan ini adalah sebuah penulisan berasaskan tinjauan kepustakaan yang bergantung kepada rujukan sekunder seperti buku, jurnal, kertas kerja, laporan, makalah umum dan sebagainya. Pada akhirnya, cabaran-cabaran serta peluang-peluang yang ditunjukkan itu boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan alam sekitar masyarakat, terutamanya masyarakat Muslim.