{"title":"Peningkatan Tahap Kemahiran Jaringan Pemain Bola Keranjang Melalui Latihan Kekuatan Otot di Daerah Langkawi","authors":"Goe Rui Ting","doi":"10.47405/mjssh.v8i8.2393","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur tahap keberkesanan latihan kekuatan bagi otot kaki dan otot tangan yang terlibat bagi pemain bola keranjang. Faktor pengaruh latihan kekuatan otot terhadap bilangan jaringan pemain Bola Keranjang juga dapat dikenal pasti semasa menjalankan kajian ini. Subjek kajian ini mempunyai kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A merupakan kumpulan eksperimen yang akan menjalankan ujian dan dua jenis latihan kekuatan iaitu “Plank” dan “Burpee” selama enam minggu. Manakala kumpulan B ialah kumpulan kawalan yang melaksanakan ujian dan satu jenis latihan kekuatan “Plank” sahaja. Pra ujian akan dijalankan oleh kedua-dua kumpulan sebelum menjalankan latihan bola keranjang dan latihan kekuatan. Manakala pascaujian dijalankan selepas menjalankan latihan kekuatan selepas enam minggu. Dapatan kajian telah menunjukkan kekuatan otot kaki dan tangan akan memberi kesan terhadap ketepatan jaringan pemain. Kajian ini telah menunjukkan terdapat keberkesanan latihan kekuatan terhadap otot kaki dan otot tangan yang terlibat bagi pemain bola keranjang.","PeriodicalId":487075,"journal":{"name":"Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities","volume":"18 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-08-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i8.2393","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur tahap keberkesanan latihan kekuatan bagi otot kaki dan otot tangan yang terlibat bagi pemain bola keranjang. Faktor pengaruh latihan kekuatan otot terhadap bilangan jaringan pemain Bola Keranjang juga dapat dikenal pasti semasa menjalankan kajian ini. Subjek kajian ini mempunyai kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A merupakan kumpulan eksperimen yang akan menjalankan ujian dan dua jenis latihan kekuatan iaitu “Plank” dan “Burpee” selama enam minggu. Manakala kumpulan B ialah kumpulan kawalan yang melaksanakan ujian dan satu jenis latihan kekuatan “Plank” sahaja. Pra ujian akan dijalankan oleh kedua-dua kumpulan sebelum menjalankan latihan bola keranjang dan latihan kekuatan. Manakala pascaujian dijalankan selepas menjalankan latihan kekuatan selepas enam minggu. Dapatan kajian telah menunjukkan kekuatan otot kaki dan tangan akan memberi kesan terhadap ketepatan jaringan pemain. Kajian ini telah menunjukkan terdapat keberkesanan latihan kekuatan terhadap otot kaki dan otot tangan yang terlibat bagi pemain bola keranjang.