{"title":"Faktor Penerokaan Teknologi Kecerdasan Buatan Di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti","authors":"","doi":"10.55057/ijares.2023.5.3.5","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) merupakan salah satu cabang teknologi sains dan maklumat masa kini dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia. Penggunaan kecerdasan buatan (AI) ini juga telah menjadi perkara yang diaplikasikan dan penting dalam dunia pendidikan masa kini. Pensyarah perlu menerima hakikat teknologi AI akan menjadi instrumen utama dalam bidang pendidikan dari segi mengakses pengetahuan masa kini dan masa hadapan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui tentang Faktor Penerokaan Teknologi Kecerdasan Buatan Di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang melibatkan 154 orang pensyarah dari 6 buah Kolej Komuniti di Negeri Melaka selaku responden. Soal selidik secara atas talian digunakan untuk mengumpul data responden. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian ini mendapati 97 peratus responden telah mengetahui tentang teknologi AI dan faktor utama penerokaan teknologi AI oleh pensyarah adalah niat tingkahlaku iaitu merujuk kepada keinginan individu untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tentang kecerdasan buatan berkaitan konsep asas, teknik dan aplikasinya. Secara kesimpulannya, pensyarah Kolej Komuniti Negeri Melaka telah bersedia meneroka teknologi AI dalam pendidikan masa kini dan banyak kursus yang berkaitan boleh diikuti oleh pensyarah untuk meningkatkan kemahiran tentang teknologi AI.","PeriodicalId":472293,"journal":{"name":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","volume":"32 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.3.5","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) merupakan salah satu cabang teknologi sains dan maklumat masa kini dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia. Penggunaan kecerdasan buatan (AI) ini juga telah menjadi perkara yang diaplikasikan dan penting dalam dunia pendidikan masa kini. Pensyarah perlu menerima hakikat teknologi AI akan menjadi instrumen utama dalam bidang pendidikan dari segi mengakses pengetahuan masa kini dan masa hadapan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui tentang Faktor Penerokaan Teknologi Kecerdasan Buatan Di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang melibatkan 154 orang pensyarah dari 6 buah Kolej Komuniti di Negeri Melaka selaku responden. Soal selidik secara atas talian digunakan untuk mengumpul data responden. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian ini mendapati 97 peratus responden telah mengetahui tentang teknologi AI dan faktor utama penerokaan teknologi AI oleh pensyarah adalah niat tingkahlaku iaitu merujuk kepada keinginan individu untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tentang kecerdasan buatan berkaitan konsep asas, teknik dan aplikasinya. Secara kesimpulannya, pensyarah Kolej Komuniti Negeri Melaka telah bersedia meneroka teknologi AI dalam pendidikan masa kini dan banyak kursus yang berkaitan boleh diikuti oleh pensyarah untuk meningkatkan kemahiran tentang teknologi AI.