{"title":"Impak Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja Dalam Membina Kemahiran Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik METrO Johor Bahru","authors":"","doi":"10.55057/ijares.2023.5.3.8","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Konsep Pembelajaran Berasaskan kerja (PBK) telah diperkenalkan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia sejak tahun 2007 khususnya oleh institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). PBK ialah konsep pembelajaran berasaskan pengalaman yang menghubungkan institusi pendidikan dengan industri yang memberikan pengalaman kerja sebenar. Pelajar diharapkan dapat mengembangkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka melalui PBK. Terdapat hanya beberapa kajian yang membincangkan pendidikan keusahawanan sejajar dengan pengalaman pembelajaran di industri. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji PBK sebagai pendekatan dalam pembangunan kemahiran keusahawanan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru. Responden kajian adalah graduan Diploma Keusahawanan (DEN) dari Jabatan Perdagangan, Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Malaysia yang telah menamatkan program PBK mereka. Borang soal selidik telah diedarkan kepada graduan Sesi I 2021/2022, Sesi II 2021/2022, Sesi I 2022/2023 dan Sesi II 2022/2023. Kaedah kuantitatif deskriptif digunakan dalam pengumpulan data. Borang soal selidik dirancang untuk mengumpulkan maklumat tentang pengalaman responden dengan program PBK, kesan PBK terhadap pembangunan pengetahuan, kecekapan, dan kemahiran keusahawanan mereka. Data yang dikumpulkan dianalisis mengunakan kaedah statistik SPSS. Analisis ini akan memberi gambaran umum tentang impak PBK terhadap pembangunan kemahiran keusahawanan responden. Kajian ini diharap dapat memberikan maklumat yang berguna mengenai impak PBK dalam pembinaan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar secara umum dan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru secara khusus. Hasil kajian ini dapat memberikan panduan kepada institusi pendidikan dan penyelidik dalam memperbaiki pendekatan pendidikan keusahawanan mereka dalam meningkatkan keberkesanan PBK dalam pembangunan kemahiran keusahawanan pelajar.","PeriodicalId":472293,"journal":{"name":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","volume":"58 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.3.8","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Konsep Pembelajaran Berasaskan kerja (PBK) telah diperkenalkan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia sejak tahun 2007 khususnya oleh institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). PBK ialah konsep pembelajaran berasaskan pengalaman yang menghubungkan institusi pendidikan dengan industri yang memberikan pengalaman kerja sebenar. Pelajar diharapkan dapat mengembangkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka melalui PBK. Terdapat hanya beberapa kajian yang membincangkan pendidikan keusahawanan sejajar dengan pengalaman pembelajaran di industri. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji PBK sebagai pendekatan dalam pembangunan kemahiran keusahawanan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru. Responden kajian adalah graduan Diploma Keusahawanan (DEN) dari Jabatan Perdagangan, Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Malaysia yang telah menamatkan program PBK mereka. Borang soal selidik telah diedarkan kepada graduan Sesi I 2021/2022, Sesi II 2021/2022, Sesi I 2022/2023 dan Sesi II 2022/2023. Kaedah kuantitatif deskriptif digunakan dalam pengumpulan data. Borang soal selidik dirancang untuk mengumpulkan maklumat tentang pengalaman responden dengan program PBK, kesan PBK terhadap pembangunan pengetahuan, kecekapan, dan kemahiran keusahawanan mereka. Data yang dikumpulkan dianalisis mengunakan kaedah statistik SPSS. Analisis ini akan memberi gambaran umum tentang impak PBK terhadap pembangunan kemahiran keusahawanan responden. Kajian ini diharap dapat memberikan maklumat yang berguna mengenai impak PBK dalam pembinaan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar secara umum dan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru secara khusus. Hasil kajian ini dapat memberikan panduan kepada institusi pendidikan dan penyelidik dalam memperbaiki pendekatan pendidikan keusahawanan mereka dalam meningkatkan keberkesanan PBK dalam pembangunan kemahiran keusahawanan pelajar.