{"title":"Kajian Mengenai Hubungan antara Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap E-Pembelajaran dengan Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri","authors":"","doi":"10.55057/ijares.2023.5.3.9","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Sejak COVID-19, senario pengajaran dan pembelajaran telah berubah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional telah berubah kepada pengajaran dan pembelajaran secara maya. Lewat-lewat ini penekanan terhadap e-pembelajaran diberi perhatian. Pelajar-pelajar perlu bersedia untuk ‘belajar sendiri’ dan tidak terlalu bergantung kepada pengajaran ‘bilik kuliah’. Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap e-pembelajaran dan tanggapan mereka terhadap kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Sejumlah 206 pelajar telah dijadikan responden kajian. Data diperoleh melalui borang soal selidik yang diedarkan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman pelajar berkaitan konsep dan tanggungjawab terhadap e-pembelajaran berada pada tahap sederhana, manakala tahap kefahaman mereka terhadap penggunaan laman web UFUTURE berada pada tahap tinggi. Dari segi kesediaan pembelajaran arahan kendiri, sebahagian besar pelajar menyatakan bahawa item yang disenaraikan sebagai kebiasaannya benar tentang diri mereka. Hasil ujian Korelasi Pangkat Spearman pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan, tetapi lemah antara tahap kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan pelajar. Hasil kajian juga mendapati dua aspek demografi, iaitu taraf pendidikan dan gred akademik pelajar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Secara keseluruhan, majoriti pelajar bersetuju bahawa setiap faktor yang disenaraikan oleh penyelidik mempengaruhi kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan mereka. Sebagai cadangan, diharap para pelajar digalakkan mengikuti kursus-kursus mahupun latihan mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) agar dapat meningkatkan keyakinan dan kesediaan mereka terhadap pembelajaran arahan kendiri.","PeriodicalId":472293,"journal":{"name":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","volume":"26 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.3.9","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Sejak COVID-19, senario pengajaran dan pembelajaran telah berubah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional telah berubah kepada pengajaran dan pembelajaran secara maya. Lewat-lewat ini penekanan terhadap e-pembelajaran diberi perhatian. Pelajar-pelajar perlu bersedia untuk ‘belajar sendiri’ dan tidak terlalu bergantung kepada pengajaran ‘bilik kuliah’. Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap e-pembelajaran dan tanggapan mereka terhadap kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Sejumlah 206 pelajar telah dijadikan responden kajian. Data diperoleh melalui borang soal selidik yang diedarkan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman pelajar berkaitan konsep dan tanggungjawab terhadap e-pembelajaran berada pada tahap sederhana, manakala tahap kefahaman mereka terhadap penggunaan laman web UFUTURE berada pada tahap tinggi. Dari segi kesediaan pembelajaran arahan kendiri, sebahagian besar pelajar menyatakan bahawa item yang disenaraikan sebagai kebiasaannya benar tentang diri mereka. Hasil ujian Korelasi Pangkat Spearman pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan, tetapi lemah antara tahap kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan pelajar. Hasil kajian juga mendapati dua aspek demografi, iaitu taraf pendidikan dan gred akademik pelajar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Secara keseluruhan, majoriti pelajar bersetuju bahawa setiap faktor yang disenaraikan oleh penyelidik mempengaruhi kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan mereka. Sebagai cadangan, diharap para pelajar digalakkan mengikuti kursus-kursus mahupun latihan mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) agar dapat meningkatkan keyakinan dan kesediaan mereka terhadap pembelajaran arahan kendiri.