{"title":"Tahap Kemurungan dalam Kalangan Pelajar","authors":"","doi":"10.55057/ijares.2023.5.3.32","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pandemik COVID-19 telah memberi kesan besar kepada populasi di seluruh dunia. Hampir setiap sektor terjejas termasuk sektor pengajian tinggi. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 di Malaysia, Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR) telah dilaksanakan untuk memberi pendidikan berterusan kepada pelajar tanpa risiko dijangkiti virus COVID-19. Setelah dua setengah tahun berlalu, dalam era peralihan endemik COVID-19 ini, pelajar-pelajar telah mula disarankan kembali ke kampus untuk belajar secara bersemuka atau hibrid. Salah satu kesukaran yang dihadapi adalah untuk mengenal pasti tahap kemurungan yang dialami oleh pelajar dalam persekitaran peralihan dari pembelajaran PdPR ke bersemuka atau hibrid. Justeru, kajian ini cuba mengenal pasti tahap kemurungan dalam kalangan pelajar semester tiga Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BA118), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang. Antara objektif kajian ini adalah menyelidik sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kemurungan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Kajian ini turut menguji perhubungan antara tahap kemurungan pelajar dengan pencapaian akademik mereka. Oleh itu, Inventori Kemurungan Beck yang berbentuk laporan kendiri digunakan untuk mengumpul data. Inventori ini diedarkan kepada 98 orang pelajar dari tiga kumpulan yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Hasil kajian turut mendapati bahawa hubungan antara kemurungan dengan tahap pencapaian akademik pelajar adalah lemah. Adalah diharapkan bahawa kajian ini dapat dijadikan iktibar kepada pihak universiti mahupun ibu bapa mengenai risiko perkembangan kemurungan dalam kalangan pelajar yang menghadapi pelbagai tekanan hidup yang tidak dapat dielakkan, selain dari memberi cadangan mengenai teknik pembelajaran yang sesuai agar emosi mereka tidak ‘terganggu’.","PeriodicalId":472293,"journal":{"name":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","volume":"22 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-09-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.3.32","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Pandemik COVID-19 telah memberi kesan besar kepada populasi di seluruh dunia. Hampir setiap sektor terjejas termasuk sektor pengajian tinggi. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 di Malaysia, Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR) telah dilaksanakan untuk memberi pendidikan berterusan kepada pelajar tanpa risiko dijangkiti virus COVID-19. Setelah dua setengah tahun berlalu, dalam era peralihan endemik COVID-19 ini, pelajar-pelajar telah mula disarankan kembali ke kampus untuk belajar secara bersemuka atau hibrid. Salah satu kesukaran yang dihadapi adalah untuk mengenal pasti tahap kemurungan yang dialami oleh pelajar dalam persekitaran peralihan dari pembelajaran PdPR ke bersemuka atau hibrid. Justeru, kajian ini cuba mengenal pasti tahap kemurungan dalam kalangan pelajar semester tiga Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BA118), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang. Antara objektif kajian ini adalah menyelidik sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kemurungan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Kajian ini turut menguji perhubungan antara tahap kemurungan pelajar dengan pencapaian akademik mereka. Oleh itu, Inventori Kemurungan Beck yang berbentuk laporan kendiri digunakan untuk mengumpul data. Inventori ini diedarkan kepada 98 orang pelajar dari tiga kumpulan yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Hasil kajian turut mendapati bahawa hubungan antara kemurungan dengan tahap pencapaian akademik pelajar adalah lemah. Adalah diharapkan bahawa kajian ini dapat dijadikan iktibar kepada pihak universiti mahupun ibu bapa mengenai risiko perkembangan kemurungan dalam kalangan pelajar yang menghadapi pelbagai tekanan hidup yang tidak dapat dielakkan, selain dari memberi cadangan mengenai teknik pembelajaran yang sesuai agar emosi mereka tidak ‘terganggu’.