{"title":"Analisis Pengaplikasian al-Quranul Karim Sebagai Neraca Kritikan Terhadap Riwayat Al-Maghāzī dan Al-Siyar","authors":"Muhamad Rozaimi Ramle, Mohd. Zainul Abidin, Roshimah Shamsudin","doi":"10.21315/kajh2022.29.1.2","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Al-Maghāzī (peperangan) dan al-Siyar (sejarah) ialah riwayat yang berkaitan dengan kisah peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW. Tidak dinafikan bahawa ulama silam memberikan kelonggaran untuk menerima riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar yang daif selagi tidak berkaitan dengan akidah dan hukum. Namun begitu, ulama juga menetapkan bahawa riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar tidak diterima jika bercanggah dengan dalil lain. Antara kaedah yang mereka gunakan adalah menjadikan al-Quranul Karim sebagai neraca untuk menilai ketepatan riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar. Kajian ini menganalisis metodologi sarjana hadis dalam mengaplikasikan kaedah ini. Metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini ialah metodologi perpustakaan. Metodologi deduktif dan induktif digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada rujukan hadis ketika melakukan kritikan terhadap riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar. Kajian mendapati bahawa kaedah menjadikan al-Quran sebagai neraca dalam mengkritik riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar telah pun digunakan oleh sarjana hadis sejak zaman sahabat lagi. Kaedah ini juga diaplikasikan dalam dua keadaan. Pertama, sarjana hadis menolak riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar yang bercanggah dengan ayat al-Quran secara jelas. Kedua, mereka menolak riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar yang tidak selari dengan konteks ayat al-Quran. Kajian ini juga membuktikan bahawa sarjana hadis tidak akan menolak riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar melainkan apabila percanggahan tersebut tidak dapat diharmonikan.","PeriodicalId":292008,"journal":{"name":"KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities","volume":"35 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"1900-01-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.21315/kajh2022.29.1.2","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Al-Maghāzī (peperangan) dan al-Siyar (sejarah) ialah riwayat yang berkaitan dengan kisah peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW. Tidak dinafikan bahawa ulama silam memberikan kelonggaran untuk menerima riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar yang daif selagi tidak berkaitan dengan akidah dan hukum. Namun begitu, ulama juga menetapkan bahawa riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar tidak diterima jika bercanggah dengan dalil lain. Antara kaedah yang mereka gunakan adalah menjadikan al-Quranul Karim sebagai neraca untuk menilai ketepatan riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar. Kajian ini menganalisis metodologi sarjana hadis dalam mengaplikasikan kaedah ini. Metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini ialah metodologi perpustakaan. Metodologi deduktif dan induktif digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada rujukan hadis ketika melakukan kritikan terhadap riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar. Kajian mendapati bahawa kaedah menjadikan al-Quran sebagai neraca dalam mengkritik riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar telah pun digunakan oleh sarjana hadis sejak zaman sahabat lagi. Kaedah ini juga diaplikasikan dalam dua keadaan. Pertama, sarjana hadis menolak riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar yang bercanggah dengan ayat al-Quran secara jelas. Kedua, mereka menolak riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar yang tidak selari dengan konteks ayat al-Quran. Kajian ini juga membuktikan bahawa sarjana hadis tidak akan menolak riwayat al-Maghāzī dan al-Siyar melainkan apabila percanggahan tersebut tidak dapat diharmonikan.