{"title":"Persepsi tekanan akademik dan kesejahteraan diri di dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor","authors":"Mohammad Arif Johari, Sa’odah Ahmad","doi":"10.37134/ejoss.vol5no1.4","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara persepsi tekanan akademik dengan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor. Seramai 400 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian dan data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Skala Personal Wellbeing Index - Adult (PWI-A) oleh Cummins (2013) digunakan untuk mengukur tahap kesejahteraan diri pelajar universiti. Pesepsi tekanan akademik pula telah diukur dengan menggunakan Perception of Academic Stress Scale (PAS) oleh Bedewy dan Gabriel (2015) yang mempunyai empat sub-skala iaitu tekanan prestasi, persepsi bebanan kerja, persepsi diri akademik dan kekangan masa. Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara persepsi diri akademik (r = 0.247**, p ≤ 0.05) dan kekangan masa (r = 0.179**, p ≤ 0.05) dengan kesejahteraan diri pelajar universiti. Kajian ini membuktikan persepsi diri akademik merupakan faktor peramal yang paling kuat dalam menentukan kesejahteraan diri pelajar universiti (β = 0.230). Ini bermaksud kesejahteraan diri pelajar universiti amat dipengaruhi oleh faktor bagaimana mereka mempersepsi diri dari aspek akademik. Keyakinan tinggi seseorang pelajar terhadap kemampuan akademiknya boleh menjadi motivasi kepada usaha yang difokuskan untuk mencapai kejayaan. Persepsi diri akademik yang positif memudahkan seseorang pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan kaedah pembelajaran di universiti.","PeriodicalId":106061,"journal":{"name":"EDUCATUM Journal of Social Sciences","volume":"24 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2019-05-21","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"6","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"EDUCATUM Journal of Social Sciences","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.37134/ejoss.vol5no1.4","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 6
Abstract
Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara persepsi tekanan akademik dengan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor. Seramai 400 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian dan data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Skala Personal Wellbeing Index - Adult (PWI-A) oleh Cummins (2013) digunakan untuk mengukur tahap kesejahteraan diri pelajar universiti. Pesepsi tekanan akademik pula telah diukur dengan menggunakan Perception of Academic Stress Scale (PAS) oleh Bedewy dan Gabriel (2015) yang mempunyai empat sub-skala iaitu tekanan prestasi, persepsi bebanan kerja, persepsi diri akademik dan kekangan masa. Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara persepsi diri akademik (r = 0.247**, p ≤ 0.05) dan kekangan masa (r = 0.179**, p ≤ 0.05) dengan kesejahteraan diri pelajar universiti. Kajian ini membuktikan persepsi diri akademik merupakan faktor peramal yang paling kuat dalam menentukan kesejahteraan diri pelajar universiti (β = 0.230). Ini bermaksud kesejahteraan diri pelajar universiti amat dipengaruhi oleh faktor bagaimana mereka mempersepsi diri dari aspek akademik. Keyakinan tinggi seseorang pelajar terhadap kemampuan akademiknya boleh menjadi motivasi kepada usaha yang difokuskan untuk mencapai kejayaan. Persepsi diri akademik yang positif memudahkan seseorang pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan kaedah pembelajaran di universiti.