{"title":"Hakikat dan Kebahagiaan Jiwa Insan dalam Mendepani Pandemik COVID-19","authors":"Nurul Hasanah Tamili, Aishah Azlan, Sumaiyah Bahri","doi":"10.33102/sainsinsani.volno.447","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia gusar akan penyakit ini yang masih belum mempunyai ubat yang sesuai hingga kini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan oleh kerajaan Malaysia sebagai langkah bagi menyekat pergerakan orang awam untuk mengawal penularan wabak ini. PKP dilihat sebagai satu kaedah yang baik bagi sesetengah orang, namun bagi sebahagian yang lain boleh mengundang penyakit yang lain seperti kemurungan, anxiety disorder, keresahan, dan banyak lagi penyakit kejiwaan. Statistik melaporkan kes bunuh diri juga tinggi sewaktu PKP dilaksanakan, kes penderaan, kes pasangan yang bergaduh dan banyak lagi. Justeru, kajian ini bertujuan melihat hakikat sebenar peranan insan itu sendiri dan apakah konsep kebahagiaan yang perlu kita kecapi ketika berhadapan dengan pelbagai konflik kehidupan terutamanya yang berlingkar dalam aktiviti seharian manusia itu sendiri. Peranan roh, jiwa, akal, kalbu dalam melengkapi hakikat insan itu diketengahkan. Selain itu, teori psikologi al-Ghazali juga dirujuk bagi membantu pemahaman dalam permasalahan yang dihadapi ini. Kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan telah digunakan bagi merungkai makna kebahagiaan dan solusi yang boleh dicadangkan terhadap institusi keagamaan dengan penerbitan modul yang sesuai. Cadangan modul ini dapat membantu manusia memandu dalam mencari kebahagiaan hidup yang sebenar.","PeriodicalId":241798,"journal":{"name":"Sains Insani","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Sains Insani","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.33102/sainsinsani.volno.447","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia gusar akan penyakit ini yang masih belum mempunyai ubat yang sesuai hingga kini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan oleh kerajaan Malaysia sebagai langkah bagi menyekat pergerakan orang awam untuk mengawal penularan wabak ini. PKP dilihat sebagai satu kaedah yang baik bagi sesetengah orang, namun bagi sebahagian yang lain boleh mengundang penyakit yang lain seperti kemurungan, anxiety disorder, keresahan, dan banyak lagi penyakit kejiwaan. Statistik melaporkan kes bunuh diri juga tinggi sewaktu PKP dilaksanakan, kes penderaan, kes pasangan yang bergaduh dan banyak lagi. Justeru, kajian ini bertujuan melihat hakikat sebenar peranan insan itu sendiri dan apakah konsep kebahagiaan yang perlu kita kecapi ketika berhadapan dengan pelbagai konflik kehidupan terutamanya yang berlingkar dalam aktiviti seharian manusia itu sendiri. Peranan roh, jiwa, akal, kalbu dalam melengkapi hakikat insan itu diketengahkan. Selain itu, teori psikologi al-Ghazali juga dirujuk bagi membantu pemahaman dalam permasalahan yang dihadapi ini. Kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan telah digunakan bagi merungkai makna kebahagiaan dan solusi yang boleh dicadangkan terhadap institusi keagamaan dengan penerbitan modul yang sesuai. Cadangan modul ini dapat membantu manusia memandu dalam mencari kebahagiaan hidup yang sebenar.