{"title":"Pembaharuan Sistem Perundangan Kelantan di bawah Pentadbiran Siam-British, 1902–1915","authors":"Mohamad Roslaily Rosdi, Azmi Arifin, Rasyidah Arshad","doi":"10.21315/kajh2022.29.2.4","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kajian ini membincangkan pembaharuan sistem perundangan di Kelantan bermula dari zaman pemerintahan Siam sehingga pentadbiran British antara tahun 1902 dan 1915. Sebelum pengenalan undang-undang British, undang-undang syariah telah diamalkan di Kelantan sejak sekitar tahun 1880-an. Namun di bawah pentadbiran Siam-British yang bermula pada tahun 1902, undang-undang Barat telah menggantikan undang-undang syariah kerana British menganggap undang-undang tersebut primitif. Kajian ini bertujuan mengenal pasti matlamat perubahan dan langkah-langkah yang diambil oleh pentadbir Siam-British untuk mengubah sistem perundangan Kelantan dan sama ada pelaksanaan undang-undang Barat telah membantu dalam mengurangkan masalah jenayah di Kelantan atau sebaliknya. Kajian ini menyimpulkan bahawa perubahan yang dilaksanakan oleh British bukan bermatlamat untuk membawa kemakmuran dan keadilan kepada peribumi, sebaliknya untuk mengukuhkan cengkaman British dan eksploitasi mereka di Kelantan. British cuba melemahkan kedudukan sultan sebagai pemerintah dan menghapuskan pengaruh institusi perundangan Islam dalam pentadbiran Kelantan bagi mencapai matlamat tersebut. Mereka juga mengubah suai institusi undang-undang, mahkamah dan polis untuk mengekang potensi penentangan peribumi terhadap campur tangan mereka.","PeriodicalId":292008,"journal":{"name":"KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities","volume":"9 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"1900-01-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.21315/kajh2022.29.2.4","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kajian ini membincangkan pembaharuan sistem perundangan di Kelantan bermula dari zaman pemerintahan Siam sehingga pentadbiran British antara tahun 1902 dan 1915. Sebelum pengenalan undang-undang British, undang-undang syariah telah diamalkan di Kelantan sejak sekitar tahun 1880-an. Namun di bawah pentadbiran Siam-British yang bermula pada tahun 1902, undang-undang Barat telah menggantikan undang-undang syariah kerana British menganggap undang-undang tersebut primitif. Kajian ini bertujuan mengenal pasti matlamat perubahan dan langkah-langkah yang diambil oleh pentadbir Siam-British untuk mengubah sistem perundangan Kelantan dan sama ada pelaksanaan undang-undang Barat telah membantu dalam mengurangkan masalah jenayah di Kelantan atau sebaliknya. Kajian ini menyimpulkan bahawa perubahan yang dilaksanakan oleh British bukan bermatlamat untuk membawa kemakmuran dan keadilan kepada peribumi, sebaliknya untuk mengukuhkan cengkaman British dan eksploitasi mereka di Kelantan. British cuba melemahkan kedudukan sultan sebagai pemerintah dan menghapuskan pengaruh institusi perundangan Islam dalam pentadbiran Kelantan bagi mencapai matlamat tersebut. Mereka juga mengubah suai institusi undang-undang, mahkamah dan polis untuk mengekang potensi penentangan peribumi terhadap campur tangan mereka.