{"title":"Ke Arah Penyelesaian Isu Ketidakseragaman Undang-Undang Jenayah Syariah Terhadap Kesalahan Tatasusila","authors":"Norizan A Razak, Adibah Bahori","doi":"10.33102/sainsinsani.volno.445","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terbatas sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ia menyebabkan perkembangan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah sejak zaman penjajahan sehingga kini adalah sangat perlahan. Isu perundangan di antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah masih didapati sehingga ke hari ini. Malah, undang-undang jenayah syariah juga menghadapi pelbagai masalah kerana kepelbagaian peruntukan undang-undang, bentuk serta jumlah hukuman yang sedia ada di bawah bidangkuasa mahkamah syariah yang begitu terhad. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis isu ketidakseragaman undang-undang jenayah syariah terhadap kesalahan tatasusila dan menjelaskan mekanisme penyeragaman undang-undang serta mencadangkan kaedah penyelesaian terhadap konflik ketidakseragaman tersebut. Metodologi kajian yang dilakukan adalah berbentuk kualitatif iaitu dengan melakukan kajian doktrinal, menganalisis dokumen-dokumen perundangan dan kajian kepustakaan, meneliti buku-buku, jurnal dan kajian-kajian ilmiah yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa peruntukan di dalam enakmen mengandungi beberapa lacunae atau kekurangan yang memberi implikasi besar terhadap penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa JAKIM mempunyai peranan yang besar dalam memartabatkan kelangsungan undang-undang jenayah Islam di Malaysia, dan ia perlu dilakukan secara berterusan dan proaktif dengan mengambilkira langkah-langkah penting menangani isu ketidakseragaman tersebut. Pelbagai pihak juga harus berganding bahu dalam usaha untuk menyeragamkan undang-undang berhubung kesalahan tatasusila ini agar ia dapat dikuatkuasakan dan dilaksanakan dengan lebih teratur. Undang-undang yang sedia ada perlu dipinda dari semasa ke semasa bagi memastikan ia selari dengan keperluan semasa di dalam negara. Hal ini selaras dengan roh perlembagaan Malaysia yang menyebut secara jelas bahawa agama Islam adalah agama persekutuan.","PeriodicalId":241798,"journal":{"name":"Sains Insani","volume":"16 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Sains Insani","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.33102/sainsinsani.volno.445","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terbatas sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ia menyebabkan perkembangan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah sejak zaman penjajahan sehingga kini adalah sangat perlahan. Isu perundangan di antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah masih didapati sehingga ke hari ini. Malah, undang-undang jenayah syariah juga menghadapi pelbagai masalah kerana kepelbagaian peruntukan undang-undang, bentuk serta jumlah hukuman yang sedia ada di bawah bidangkuasa mahkamah syariah yang begitu terhad. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis isu ketidakseragaman undang-undang jenayah syariah terhadap kesalahan tatasusila dan menjelaskan mekanisme penyeragaman undang-undang serta mencadangkan kaedah penyelesaian terhadap konflik ketidakseragaman tersebut. Metodologi kajian yang dilakukan adalah berbentuk kualitatif iaitu dengan melakukan kajian doktrinal, menganalisis dokumen-dokumen perundangan dan kajian kepustakaan, meneliti buku-buku, jurnal dan kajian-kajian ilmiah yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa peruntukan di dalam enakmen mengandungi beberapa lacunae atau kekurangan yang memberi implikasi besar terhadap penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa JAKIM mempunyai peranan yang besar dalam memartabatkan kelangsungan undang-undang jenayah Islam di Malaysia, dan ia perlu dilakukan secara berterusan dan proaktif dengan mengambilkira langkah-langkah penting menangani isu ketidakseragaman tersebut. Pelbagai pihak juga harus berganding bahu dalam usaha untuk menyeragamkan undang-undang berhubung kesalahan tatasusila ini agar ia dapat dikuatkuasakan dan dilaksanakan dengan lebih teratur. Undang-undang yang sedia ada perlu dipinda dari semasa ke semasa bagi memastikan ia selari dengan keperluan semasa di dalam negara. Hal ini selaras dengan roh perlembagaan Malaysia yang menyebut secara jelas bahawa agama Islam adalah agama persekutuan.