Penguatkuasaan Undang-Undang Perkahwinan Kanak-Kanak Islam di Selangor Selepas Pindaan Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Pindaan 2018): Implikasi dan Cabaran
Mumtazah Narowi, Siti Amalina Ahmad Khairundin, Zarul Izham Jaapar
{"title":"Penguatkuasaan Undang-Undang Perkahwinan Kanak-Kanak Islam di Selangor Selepas Pindaan Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Pindaan 2018): Implikasi dan Cabaran","authors":"Mumtazah Narowi, Siti Amalina Ahmad Khairundin, Zarul Izham Jaapar","doi":"10.33102/sainsinsani.volno.444","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur yang masih dikategorikan sebagai kanak-kanak. Menurut UNICEF, Artikel 5 dalam The United Nations Convention on the Rights of the Child (UNCRC) memperuntukkan bahawa kanak-kanak adalah di bawah tanggungjawab, hak dan tugas ibu bapa untuk menyediakan arah tuju dan panduan yang sewajarnya kepada mereka. Di Malaysia, perkahwinan kanak-kanak Islam merupakan bidangkuasa negeri dalam menyediakan peruntukan dan memberi kebenaran untuk berkahwin di bawah umur. Negeri Selangor merupakan negeri pertama yang membuat pindaan undang-undang terhadap had umur kanak-kanak Islam untuk berkahwin selepas berlakunya satu isu perkahwinan kanak-kanak di Malaysia. Justeru, kajian ini membincangkan tentang penguatkuasaan undang-undang terhadap perkahwinan kanak-kanak Islam di Selangor selepas pindaan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003 (Pindaan 2018). Kajian ini juga turut membincangkan implikasi dan cabaran selepas pindaan undang-undang tersebut. Kajian ini menggunapakai data kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan. Kajian eksplorasi dan induktif ini menganalisis data primer dan sekunder seperti peruntukan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor, laporan-laporan kes dan artikel akademik. Kajian ini mendapati bahawa penguatkuasaan undang-undang yang baharu memberi jaminan kebajikan, perlindungan dan pendidikan kepada kanak-kanak tersebut. Implikasi pindaan ini, beberapa buah negeri terlibat dalam pindaan undang-undang berkaitan perkahwinan kanak-kanak Islam. Beberapa badan di bawah kerajaan Negeri Selangor juga turut terlibat dalam menyediakan saluran perkhidmatan sokongan, kursus dan seminar kekeluargaan dan nasihat secara percuma. \n ","PeriodicalId":241798,"journal":{"name":"Sains Insani","volume":"20 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Sains Insani","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.33102/sainsinsani.volno.444","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur yang masih dikategorikan sebagai kanak-kanak. Menurut UNICEF, Artikel 5 dalam The United Nations Convention on the Rights of the Child (UNCRC) memperuntukkan bahawa kanak-kanak adalah di bawah tanggungjawab, hak dan tugas ibu bapa untuk menyediakan arah tuju dan panduan yang sewajarnya kepada mereka. Di Malaysia, perkahwinan kanak-kanak Islam merupakan bidangkuasa negeri dalam menyediakan peruntukan dan memberi kebenaran untuk berkahwin di bawah umur. Negeri Selangor merupakan negeri pertama yang membuat pindaan undang-undang terhadap had umur kanak-kanak Islam untuk berkahwin selepas berlakunya satu isu perkahwinan kanak-kanak di Malaysia. Justeru, kajian ini membincangkan tentang penguatkuasaan undang-undang terhadap perkahwinan kanak-kanak Islam di Selangor selepas pindaan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003 (Pindaan 2018). Kajian ini juga turut membincangkan implikasi dan cabaran selepas pindaan undang-undang tersebut. Kajian ini menggunapakai data kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan. Kajian eksplorasi dan induktif ini menganalisis data primer dan sekunder seperti peruntukan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor, laporan-laporan kes dan artikel akademik. Kajian ini mendapati bahawa penguatkuasaan undang-undang yang baharu memberi jaminan kebajikan, perlindungan dan pendidikan kepada kanak-kanak tersebut. Implikasi pindaan ini, beberapa buah negeri terlibat dalam pindaan undang-undang berkaitan perkahwinan kanak-kanak Islam. Beberapa badan di bawah kerajaan Negeri Selangor juga turut terlibat dalam menyediakan saluran perkhidmatan sokongan, kursus dan seminar kekeluargaan dan nasihat secara percuma.