Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, Asmawati Muhamad, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Asyiqin Ab Halim
{"title":"Tadbir Urus Islam di Darul Quran: Satu Kerangka Konsep dalam Pendidikan Tahfiz","authors":"Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, Asmawati Muhamad, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Asyiqin Ab Halim","doi":"10.33102/sainsinsani.volno.450","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pendidikan tahfiz merupakan salah sebuah sektor yang semakin bertapak kukuh dalam arus perdana pendidikan masa kini. Demi menyahut permintaan masyarakat yang mahukan anak mereka menghafal al-Quran, pendidikan tahfiz berkembang pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Namun begitu, timbul beberapa isu mengenai kelemahan pendidikan tahfiz seperti keselamatan bangunan dan infrastruktur serta masalah sosial yang mana rakyat menyabitkannya dengan tadbir urus yang lemah. Tidak banyak perbincangan akademik yang menyentuh struktur tadbir urus Islam dalam pendidikan tahfiz terutamanya di peringkat persekutuan. Sehubungan itu, artikel ini cuba untuk menyediakan kerangka konsep tadbir urus Islam dalam pendidikan tahfiz terutamanya di Darul Quran. Dengan menggunakan kaedah perpustakaan, perkembangan Darul Quran dalam pendidikan tahfiz dan konsep tadbir urus dalam pendidikan tahfiz di peringkat persekutuan iaitu Darul Quran akan dikupas dalam artikel ini. Kerangka konsep pendidikan tahfiz di peringkat persekutuan juga dibangunkan di mana teori paradigm Tauhid dan Maqasid Syariah mendasari kerangka konsep ini.","PeriodicalId":241798,"journal":{"name":"Sains Insani","volume":"104 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Sains Insani","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.33102/sainsinsani.volno.450","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Pendidikan tahfiz merupakan salah sebuah sektor yang semakin bertapak kukuh dalam arus perdana pendidikan masa kini. Demi menyahut permintaan masyarakat yang mahukan anak mereka menghafal al-Quran, pendidikan tahfiz berkembang pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Namun begitu, timbul beberapa isu mengenai kelemahan pendidikan tahfiz seperti keselamatan bangunan dan infrastruktur serta masalah sosial yang mana rakyat menyabitkannya dengan tadbir urus yang lemah. Tidak banyak perbincangan akademik yang menyentuh struktur tadbir urus Islam dalam pendidikan tahfiz terutamanya di peringkat persekutuan. Sehubungan itu, artikel ini cuba untuk menyediakan kerangka konsep tadbir urus Islam dalam pendidikan tahfiz terutamanya di Darul Quran. Dengan menggunakan kaedah perpustakaan, perkembangan Darul Quran dalam pendidikan tahfiz dan konsep tadbir urus dalam pendidikan tahfiz di peringkat persekutuan iaitu Darul Quran akan dikupas dalam artikel ini. Kerangka konsep pendidikan tahfiz di peringkat persekutuan juga dibangunkan di mana teori paradigm Tauhid dan Maqasid Syariah mendasari kerangka konsep ini.