{"title":"Keberkesanan Kewangan Inklusif Menerusi Ejen Perbankan","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2021.3.4.3","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pelaksanaan perkhidmatan ejen Bank Simpanan Nasional (EB BSN) merupakan salah satu inisiatif BSN bagi memacu kewangan inklusif rakyat di negara ini. Memegang mandat yang jelas dengan prinsip korporatnya iaitu ‘Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan’ merupakan satu-satunya bank di negara ini yang menyediakan akses perbankan menyeluruh di kawasan luar bandar. Pelaksanaan perkhidmatan EB BSN bertujuan meningkatkan akses masyarakat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan perbankan dengan mudah tanpa hadir ke bank. Artikel ini bertujuan untuk menganalisa keberkesanan kewangan inklusif menerusi penglibatan peniaga sebagai ejen EB BSN. Kajian ini menggunakan data soal selidik ke atas 392 responden yang terdiri daripada EB BSN di seluruh Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkhidmatan ejen perkhidmatan EB BSN tidak hanya memberi kesan positif kepada masyarakat melalui perkembangan akses perbankan, malah penemuan ini mendapati ejen perkhidmatan EB BSN turut menyumbang kepada prestasi perniagaan mereka. Analisis secara deskriptif menunjukkan sebanyak 378 (97%) daripada responden setuju perkhidmatan sebagai EB BSN mempengaruhi keuntungan perniagaan mereka. Malah, seramai 368 (93.9%) responden bersetuju bahawa jumlah pelanggan mereka turut meningkat sejak menjadi EB BSN. Implikasinya, BSN perlu memperbaiki dan mengoptimumkan perkhidmatan EB BSN melalui peningkatkan platform teknologi dan digitalisasi supaya perkhidmatan EB BSN ini kekal relevan pada masa akan datang.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"106 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-12-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pengurusan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2021.3.4.3","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Pelaksanaan perkhidmatan ejen Bank Simpanan Nasional (EB BSN) merupakan salah satu inisiatif BSN bagi memacu kewangan inklusif rakyat di negara ini. Memegang mandat yang jelas dengan prinsip korporatnya iaitu ‘Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan’ merupakan satu-satunya bank di negara ini yang menyediakan akses perbankan menyeluruh di kawasan luar bandar. Pelaksanaan perkhidmatan EB BSN bertujuan meningkatkan akses masyarakat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan perbankan dengan mudah tanpa hadir ke bank. Artikel ini bertujuan untuk menganalisa keberkesanan kewangan inklusif menerusi penglibatan peniaga sebagai ejen EB BSN. Kajian ini menggunakan data soal selidik ke atas 392 responden yang terdiri daripada EB BSN di seluruh Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkhidmatan ejen perkhidmatan EB BSN tidak hanya memberi kesan positif kepada masyarakat melalui perkembangan akses perbankan, malah penemuan ini mendapati ejen perkhidmatan EB BSN turut menyumbang kepada prestasi perniagaan mereka. Analisis secara deskriptif menunjukkan sebanyak 378 (97%) daripada responden setuju perkhidmatan sebagai EB BSN mempengaruhi keuntungan perniagaan mereka. Malah, seramai 368 (93.9%) responden bersetuju bahawa jumlah pelanggan mereka turut meningkat sejak menjadi EB BSN. Implikasinya, BSN perlu memperbaiki dan mengoptimumkan perkhidmatan EB BSN melalui peningkatkan platform teknologi dan digitalisasi supaya perkhidmatan EB BSN ini kekal relevan pada masa akan datang.