Amiratul Munirah Yahaya, Shofiyyah Moidin, Mohd Asmadi Yakob, H. B. Zakaria, Murihah Abdullah
{"title":"Model Wakaf Pendidikan Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (Kafa) Secara Maya Fasa Pandemik Covid-19","authors":"Amiratul Munirah Yahaya, Shofiyyah Moidin, Mohd Asmadi Yakob, H. B. Zakaria, Murihah Abdullah","doi":"10.33102/sainsinsani.volno.443","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Situasi pandemik COVID-19 telah mengubah semua landskap pendidikan termasuklah pendidikan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Sebelum pandemik kelas dikendalikan secara bersemuka, namun semasa pandemik pembelajaran secara bersemuka telah beralih kepada pembelajaran secara maya (e-learning). Justeru itu teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya menjadi lebih mencabar apabila aspek kreativiti dan inovasi diperlukan untuk berhadapan dengan situasi ini agar mampu memberikan penyelesaian kepada norma baharu. Bagi memenuhi keperluan pembelajaran secara digital ini tentulah memerlukan peralatan-peralatan teknologi tertentu seperti komputer peribadi, telefon pintar, gajet dan sebagainya. Peralatan-peralatan itu kadang-kadang tidak mampu disediakan oleh para ibu bapa dan guru. Justeru itu wakaf pendidikan antara solusi terbaik bagi menyelesaikan perkara ini. Objektif kajian ini menghuraikan secara umum latar belakang pendidikan KAFA di Malaysia, membangunkan model wakaf pendidikan KAFA secara maya khususnya di musim pandemik COVID-19, mengemukakan cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid serta langkah penyelesaian PdP KAFA dalam talian. Reka bentuk kajian adalah kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan yang merujuk sumber primer dan sekunder. Manakala analisis data pula dilakukan secara analisis dokumen. Sample kajian tertumpu kepada individu yang terlibat dengan KAFA di Malaysia pada musim pandemik COVID-19 dan memfokuskan pembinaan model wakaf pendidikan KAFA. Hasil dapatan kajian menunjukkan berlaku anjakan paradigma yang positif dalam penyediaan silibus KAFA secara maya dan terdapat usaha wakaf pendidikan KAFA oleh pihak kerajaan (waqf irsod) secara maya melalui program KAFA online yang disiarkan di rancangan TV al-Hijrah dengan kerjasama dari JAKIM. Ia juga diusahakan oleh individu-individu persendirian yang turut menyumbang bahan pengajaran di alam maya untuk dimanfaatkan bersama. Implikasinya, PdP melalui model pendidikan wakaf KAFA yang komprehensif boleh dilakukan secara berterusan walau tidak bersemuka dan memantapkan kefahaman agama Islam di peringkat asas secara mudah dan berkesan agar boleh dimanfaatkan generasi berikutnya. ","PeriodicalId":241798,"journal":{"name":"Sains Insani","volume":"75 6","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-09-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Sains Insani","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.33102/sainsinsani.volno.443","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Situasi pandemik COVID-19 telah mengubah semua landskap pendidikan termasuklah pendidikan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Sebelum pandemik kelas dikendalikan secara bersemuka, namun semasa pandemik pembelajaran secara bersemuka telah beralih kepada pembelajaran secara maya (e-learning). Justeru itu teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya menjadi lebih mencabar apabila aspek kreativiti dan inovasi diperlukan untuk berhadapan dengan situasi ini agar mampu memberikan penyelesaian kepada norma baharu. Bagi memenuhi keperluan pembelajaran secara digital ini tentulah memerlukan peralatan-peralatan teknologi tertentu seperti komputer peribadi, telefon pintar, gajet dan sebagainya. Peralatan-peralatan itu kadang-kadang tidak mampu disediakan oleh para ibu bapa dan guru. Justeru itu wakaf pendidikan antara solusi terbaik bagi menyelesaikan perkara ini. Objektif kajian ini menghuraikan secara umum latar belakang pendidikan KAFA di Malaysia, membangunkan model wakaf pendidikan KAFA secara maya khususnya di musim pandemik COVID-19, mengemukakan cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid serta langkah penyelesaian PdP KAFA dalam talian. Reka bentuk kajian adalah kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan yang merujuk sumber primer dan sekunder. Manakala analisis data pula dilakukan secara analisis dokumen. Sample kajian tertumpu kepada individu yang terlibat dengan KAFA di Malaysia pada musim pandemik COVID-19 dan memfokuskan pembinaan model wakaf pendidikan KAFA. Hasil dapatan kajian menunjukkan berlaku anjakan paradigma yang positif dalam penyediaan silibus KAFA secara maya dan terdapat usaha wakaf pendidikan KAFA oleh pihak kerajaan (waqf irsod) secara maya melalui program KAFA online yang disiarkan di rancangan TV al-Hijrah dengan kerjasama dari JAKIM. Ia juga diusahakan oleh individu-individu persendirian yang turut menyumbang bahan pengajaran di alam maya untuk dimanfaatkan bersama. Implikasinya, PdP melalui model pendidikan wakaf KAFA yang komprehensif boleh dilakukan secara berterusan walau tidak bersemuka dan memantapkan kefahaman agama Islam di peringkat asas secara mudah dan berkesan agar boleh dimanfaatkan generasi berikutnya.