{"title":"Kompetensi Guru Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Sejarah Berasaskan Analisis Dokumen","authors":"","doi":"10.55057/ijares.2022.4.4.17","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Analisis dokumen amat penting sebagai salah satu alternatif dalam pembelajaran Sejarah dalam menggalakkan murid meneroka pelbagai sumber dokumen. Pelaksanaan kajian ini amat penting bagi melihat kompetensi guru dalam melaksanakan pembelajaran Sejarah menerusi analisis dokumen dari tiga bahagian iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Instrumen soal selidik telah digunakan bagi melaksanakan kajian tinjauan ini. Seramai 300 orang guru Sejarah di Sarawak dipilih secara rawak menggunakan teknik persampelan bertujuan bagi memenuhi keperluan kajian ini. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0 telah digunakan untuk menganalisis hasil dapatan kajian ini. Hasil dapatan kajian mendapati kompetensi guru dari aspek pengetahuan dalam pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen adalah pada tahap yang tinggi (min= 3.4783, s.p = 0.76345) . Bagi aspek kemahiran guru, kompetensi guru juga adalah pada tahap yang tinggi (min= 3.4783, s.p = 0.76345). Bagi kompetensi sikap dalam melaksanakan pembelajaran Sejarah berasaskan dokumen, hasil analisis juga adalah pada tahap yang tinggi (min= 3.7967, s.p = 0.79893). Penggunaan analisis dokumen dalam pembelajaran Sejarah bukan sahaja memberikan kesan yang positif tetapi turut menyumbang kepada pembelajaran Sejarah yang berpusatkan murid sebagai peneroka maklumat ke arah pembelajaran bermakna. Kajian lanjutan berkaitan analisis dokumen harus diperluaskan agar ianya memberi manfaat kepada guru dan pengkaji masa akan datang.","PeriodicalId":426882,"journal":{"name":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","volume":"87 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-01-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/ijares.2022.4.4.17","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Analisis dokumen amat penting sebagai salah satu alternatif dalam pembelajaran Sejarah dalam menggalakkan murid meneroka pelbagai sumber dokumen. Pelaksanaan kajian ini amat penting bagi melihat kompetensi guru dalam melaksanakan pembelajaran Sejarah menerusi analisis dokumen dari tiga bahagian iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Instrumen soal selidik telah digunakan bagi melaksanakan kajian tinjauan ini. Seramai 300 orang guru Sejarah di Sarawak dipilih secara rawak menggunakan teknik persampelan bertujuan bagi memenuhi keperluan kajian ini. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0 telah digunakan untuk menganalisis hasil dapatan kajian ini. Hasil dapatan kajian mendapati kompetensi guru dari aspek pengetahuan dalam pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen adalah pada tahap yang tinggi (min= 3.4783, s.p = 0.76345) . Bagi aspek kemahiran guru, kompetensi guru juga adalah pada tahap yang tinggi (min= 3.4783, s.p = 0.76345). Bagi kompetensi sikap dalam melaksanakan pembelajaran Sejarah berasaskan dokumen, hasil analisis juga adalah pada tahap yang tinggi (min= 3.7967, s.p = 0.79893). Penggunaan analisis dokumen dalam pembelajaran Sejarah bukan sahaja memberikan kesan yang positif tetapi turut menyumbang kepada pembelajaran Sejarah yang berpusatkan murid sebagai peneroka maklumat ke arah pembelajaran bermakna. Kajian lanjutan berkaitan analisis dokumen harus diperluaskan agar ianya memberi manfaat kepada guru dan pengkaji masa akan datang.