{"title":"PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KANDUNGAN KUIZ AKTIVITI PEMBELAJARAN SECARA REALITI TERARUH (AR) MENGGUNAKAN PLATFORM MEDIA SOSIAL INSTAGRAM","authors":"Mohd Faizal Mat Tahir","doi":"10.17576/ajtlhe.1402.2022.10","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Realiti Teraruh (AR) adalah teknologi yang memperoleh penggabungan secara terus terhadap kandungan digital yang dibuat oleh komputer dengan dunia nyata. Walaubagaimanapun, bahan kandungan berbentuk ilmiah dalam fitur AR terutama kandungan buatan tempatan amat jarang ditemui di dalam platform media sosial, maka terdapat keperluan untuk menambah bahan ilmiah buatan tempatan. Oleh itu,objektif kajian ini adalah untuk melihat persepsi dan sikap pelajar terhadap bahan kandungan aktiviti pembelajaran dalam bentuk AR menggunakan platform Instagram. Seramai 38 orang pelajar yang mengambil kursus Analisis Komponen Mekanikal terlibat dengan borang soal selidik diedarkan kepada mereka selepas mereka selesai menjalankan tugasan melibat kandungan tersebut. Hasil dapatan menunjukkan 90% pelajar berasa sangat setuju/setuju bahawa mereka seronok dengan bahan pembelajaran sebegini. Semua pelajar memberikan skala 3 dan ke atas bagi kenyataan aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. 75% pelajar juga sangat setuju/setuju agar kandungan berbentuk AR ini ditambah dalam kursus mereka bagi membantu pemahaman kursus dan meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka. Maka, kandungan aktiviti pembelajaran fitur kuiz AR ini dilihat dapat membantu meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka serta membina keyakinan mereka untuk berkomunikasi","PeriodicalId":214089,"journal":{"name":"Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education","volume":"53 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-12-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.17576/ajtlhe.1402.2022.10","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Realiti Teraruh (AR) adalah teknologi yang memperoleh penggabungan secara terus terhadap kandungan digital yang dibuat oleh komputer dengan dunia nyata. Walaubagaimanapun, bahan kandungan berbentuk ilmiah dalam fitur AR terutama kandungan buatan tempatan amat jarang ditemui di dalam platform media sosial, maka terdapat keperluan untuk menambah bahan ilmiah buatan tempatan. Oleh itu,objektif kajian ini adalah untuk melihat persepsi dan sikap pelajar terhadap bahan kandungan aktiviti pembelajaran dalam bentuk AR menggunakan platform Instagram. Seramai 38 orang pelajar yang mengambil kursus Analisis Komponen Mekanikal terlibat dengan borang soal selidik diedarkan kepada mereka selepas mereka selesai menjalankan tugasan melibat kandungan tersebut. Hasil dapatan menunjukkan 90% pelajar berasa sangat setuju/setuju bahawa mereka seronok dengan bahan pembelajaran sebegini. Semua pelajar memberikan skala 3 dan ke atas bagi kenyataan aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. 75% pelajar juga sangat setuju/setuju agar kandungan berbentuk AR ini ditambah dalam kursus mereka bagi membantu pemahaman kursus dan meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka. Maka, kandungan aktiviti pembelajaran fitur kuiz AR ini dilihat dapat membantu meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka serta membina keyakinan mereka untuk berkomunikasi