{"title":"Pembelajaran Menggunakan Kaedah Brainwriting Dalam Membantu Murid Menguasai Kemahiran Menulis","authors":"Yoke Nee Tiong, M. Amran","doi":"10.33102/sainsinsani.vol6no2.279","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kemahiran menulis memerlukan koordinasi dari segi kognitif dan linguistik untuk menghasilkan penulisan yang baik dan mudah difahami oleh pembaca. Maka boleh dikatakan kemahiran menulis merupakan antara kemahiran bahasa yang rumit dan susah dikuasai oleh murid. Secara umum, murid masih lemah dalam penulisan tidak kira dari segi aspek penjanaan idea, pengembangan idea dan juga pemikiran kreativiti. Kegagalan murid menguasai kemahiran menulis masih menjadi isu yang hangat dan sering dipertikaikan dalam masyarakat. Kertas konsep ini bertujuan menerangkan penggunaan kaedah Brainwriting dalam membantu murid menguasai kemahiran menulis. Kaedah Brainwriting merupakan pembelajaran koperatif yang memerlukan kerjasama antara ahli dengan memberikan ruang kepada murid berkongsi idea secara bertulis. Dalam pada itu, kertas konsep ini mendedahkan prinsip-prinsip dan cara pelaksanaan kaedah Brainwriting dalam penulisan. Isu-isu penulisan turut dibincang secara menyeluruh untuk memberikan gambaran jelas tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran menulis. Kertas konsep ini juga meneliti perkaitan antara kaedah Brainwriting dengan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky. Implikasi penggunaan kaedah Brainwriting dalam kemahiran menulis juga ditinjau dan dijelaskan berdasarkan kajian-kajian lepas yang berkaitan. Kertas konsep ini diharapkan boleh menyedarkan para pendidik dan pihak sekolah tentang peranan mereka dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan bagi membantu murid menguasai kemahiran menulis. Bukan itu sahaja, kertas konsep ini juga memberi informasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat perancangan reformasi dan inovasi dalam bidang penulisan.","PeriodicalId":241798,"journal":{"name":"Sains Insani","volume":"122 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-12-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"2","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Sains Insani","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.279","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 2
Abstract
Kemahiran menulis memerlukan koordinasi dari segi kognitif dan linguistik untuk menghasilkan penulisan yang baik dan mudah difahami oleh pembaca. Maka boleh dikatakan kemahiran menulis merupakan antara kemahiran bahasa yang rumit dan susah dikuasai oleh murid. Secara umum, murid masih lemah dalam penulisan tidak kira dari segi aspek penjanaan idea, pengembangan idea dan juga pemikiran kreativiti. Kegagalan murid menguasai kemahiran menulis masih menjadi isu yang hangat dan sering dipertikaikan dalam masyarakat. Kertas konsep ini bertujuan menerangkan penggunaan kaedah Brainwriting dalam membantu murid menguasai kemahiran menulis. Kaedah Brainwriting merupakan pembelajaran koperatif yang memerlukan kerjasama antara ahli dengan memberikan ruang kepada murid berkongsi idea secara bertulis. Dalam pada itu, kertas konsep ini mendedahkan prinsip-prinsip dan cara pelaksanaan kaedah Brainwriting dalam penulisan. Isu-isu penulisan turut dibincang secara menyeluruh untuk memberikan gambaran jelas tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran menulis. Kertas konsep ini juga meneliti perkaitan antara kaedah Brainwriting dengan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky. Implikasi penggunaan kaedah Brainwriting dalam kemahiran menulis juga ditinjau dan dijelaskan berdasarkan kajian-kajian lepas yang berkaitan. Kertas konsep ini diharapkan boleh menyedarkan para pendidik dan pihak sekolah tentang peranan mereka dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan bagi membantu murid menguasai kemahiran menulis. Bukan itu sahaja, kertas konsep ini juga memberi informasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat perancangan reformasi dan inovasi dalam bidang penulisan.