{"title":"昨天的目标是马来西亚。","authors":"Zahri Hamat","doi":"10.21107/NBS.V1I1.2955","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Manual Taksiran Zakat di Malaysia diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bertujuan untuk menyeragamkan kaedah taksiran zakat harta di Malaysia. Hal ini kerana pelbagai kaedah taksiran yang diamalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Malaysia khususnya kaedah taksiran zakat perniagaan. Persoalannya, apakah kaedah taksiran zakat perniagaan yang dicadangkan dalam Manual Taksiran Zakat Di Malaysia untuk diamalkan oleh MAIN di Malaysia? Bagaimanakah kaedah taksiran zakat perniagaan itu boleh dibuat penambahbaikan dengan mengambil kira perkembangan pelbagai bentuk perniagaan pada masa kini? Dengan menggunakan analisis kandungan ke atas data primer dan data sekunder, dapatan kajian mempamerkan bahawa pertama, kaedah taksiran zakat perniagaan berasaskan modal kerja terselaras telah dibahaskan secara detail dalam Manual Taksiran Zakat di Malaysia. Kedua, cendekiawan zakat di Malaysia pula berpendapat bahawa kaedah taksiran zakat perniagaan berasaskan pendapatan boleh diamalkan oleh MAIN sebagai satu kaedah alternatif. Implikasinya ialah, sesuatu perniagaan yang memperoleh keuntungan sahaja yang akan diwajibkan zakat dan dengan itu manfaat di bawah peruntukan seksyen 44(1), Akta Cukai Pendapatan 1967 dapat dinikmati.","PeriodicalId":30938,"journal":{"name":"NeoBis","volume":"11 1","pages":"77-87"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2017-06-12","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":"{\"title\":\"MANUAL TAKSIRAN ZAKAT DI MALAYSIA\",\"authors\":\"Zahri Hamat\",\"doi\":\"10.21107/NBS.V1I1.2955\",\"DOIUrl\":null,\"url\":null,\"abstract\":\"Manual Taksiran Zakat di Malaysia diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bertujuan untuk menyeragamkan kaedah taksiran zakat harta di Malaysia. Hal ini kerana pelbagai kaedah taksiran yang diamalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Malaysia khususnya kaedah taksiran zakat perniagaan. Persoalannya, apakah kaedah taksiran zakat perniagaan yang dicadangkan dalam Manual Taksiran Zakat Di Malaysia untuk diamalkan oleh MAIN di Malaysia? Bagaimanakah kaedah taksiran zakat perniagaan itu boleh dibuat penambahbaikan dengan mengambil kira perkembangan pelbagai bentuk perniagaan pada masa kini? Dengan menggunakan analisis kandungan ke atas data primer dan data sekunder, dapatan kajian mempamerkan bahawa pertama, kaedah taksiran zakat perniagaan berasaskan modal kerja terselaras telah dibahaskan secara detail dalam Manual Taksiran Zakat di Malaysia. Kedua, cendekiawan zakat di Malaysia pula berpendapat bahawa kaedah taksiran zakat perniagaan berasaskan pendapatan boleh diamalkan oleh MAIN sebagai satu kaedah alternatif. Implikasinya ialah, sesuatu perniagaan yang memperoleh keuntungan sahaja yang akan diwajibkan zakat dan dengan itu manfaat di bawah peruntukan seksyen 44(1), Akta Cukai Pendapatan 1967 dapat dinikmati.\",\"PeriodicalId\":30938,\"journal\":{\"name\":\"NeoBis\",\"volume\":\"11 1\",\"pages\":\"77-87\"},\"PeriodicalIF\":0.0000,\"publicationDate\":\"2017-06-12\",\"publicationTypes\":\"Journal Article\",\"fieldsOfStudy\":null,\"isOpenAccess\":false,\"openAccessPdf\":\"\",\"citationCount\":\"0\",\"resultStr\":null,\"platform\":\"Semanticscholar\",\"paperid\":null,\"PeriodicalName\":\"NeoBis\",\"FirstCategoryId\":\"1085\",\"ListUrlMain\":\"https://doi.org/10.21107/NBS.V1I1.2955\",\"RegionNum\":0,\"RegionCategory\":null,\"ArticlePicture\":[],\"TitleCN\":null,\"AbstractTextCN\":null,\"PMCID\":null,\"EPubDate\":\"\",\"PubModel\":\"\",\"JCR\":\"\",\"JCRName\":\"\",\"Score\":null,\"Total\":0}","platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"NeoBis","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.21107/NBS.V1I1.2955","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
Manual Taksiran Zakat di Malaysia diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bertujuan untuk menyeragamkan kaedah taksiran zakat harta di Malaysia. Hal ini kerana pelbagai kaedah taksiran yang diamalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Malaysia khususnya kaedah taksiran zakat perniagaan. Persoalannya, apakah kaedah taksiran zakat perniagaan yang dicadangkan dalam Manual Taksiran Zakat Di Malaysia untuk diamalkan oleh MAIN di Malaysia? Bagaimanakah kaedah taksiran zakat perniagaan itu boleh dibuat penambahbaikan dengan mengambil kira perkembangan pelbagai bentuk perniagaan pada masa kini? Dengan menggunakan analisis kandungan ke atas data primer dan data sekunder, dapatan kajian mempamerkan bahawa pertama, kaedah taksiran zakat perniagaan berasaskan modal kerja terselaras telah dibahaskan secara detail dalam Manual Taksiran Zakat di Malaysia. Kedua, cendekiawan zakat di Malaysia pula berpendapat bahawa kaedah taksiran zakat perniagaan berasaskan pendapatan boleh diamalkan oleh MAIN sebagai satu kaedah alternatif. Implikasinya ialah, sesuatu perniagaan yang memperoleh keuntungan sahaja yang akan diwajibkan zakat dan dengan itu manfaat di bawah peruntukan seksyen 44(1), Akta Cukai Pendapatan 1967 dapat dinikmati.