{"title":"“BANTULAH KAMI UNTUK RASA SELAMAT”; CABARAN MAHASISWA OKU DI UNIVERSITI AWAM","authors":"Nurul Izzah Mohd Khir, Siti Marziah Zakaria","doi":"10.17576/ebangi.2023.2001.24","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Tidak dapat dinafikan, kehidupan individu OKU yang menggalas tanggungjawab sebagai pelajar mempunyai banyak cabaran berbanding dengan pelajar normal yang lain. Ramai pelajar OKU tidak meneruskan pendidikan di tahap yang lebih tinggi disebabkan faktor halangan persekitaran di mana kurang fasiliti yang kondusif untuk memudahkan pergerakan mereka dan sikap negatif yang ditunjukkan oleh orang sekeliling. Kajian kualitatif ini menggunakan teknik temu bual mendalam ke atas tujuh (7) orang responden bagi meneroka cabaran mereka sebagai mahasiswa OKU dalam mencapai kesejahteraan di kampus. Temu bual dijalankan dengan menggunakan pendekatan fenomenologi bagi memahami pengalaman hidup responden. Responden yang ditemubual dipilih berdasarkan kriteria-kriteria khusus yang telah ditetapkan iaitu mahasiswa universiti awam, memiliki kurang upaya fizikal atau penglihatan, berumur 18-40 tahun dan merupakan pemegang aktif kad Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Data dirakam sebelum dipindahkan ke dalam bentuk teks secara verbatim. Data yang diperolehi semasa proses temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga (3) tema utama cabaran mahasiswa OKU dalam mencapai kesejahteraan iaitu: persekitaran tidak mesra OKU, masalah kesihatan dan kurang sokongan sosial. Tema ini telah disahkan secara semakan pakar (peer review) dalam bidang kualitatif. Cabaran-cabaran ini telah menjadi penghalang bagi mereka untuk mencapai kesejahteraan semasa berada di alam kampus. Mahasiswa OKU mengakui mempunyai pelbagai keterbatasan namun mereka berjuang untuk menyempurnakan pengajian mereka sebaik mungkin. Pihak pengurusan dan pentadbir perlu lebih prihatin kepada isu-isu yang dihadapi oleh mahasiswa OKU dan memastikan Dasar Inklusif OKU dipraktiskan di semua peringkat.","PeriodicalId":133740,"journal":{"name":"e-Bangi Journal of Social Science and Humanities","volume":"284 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-02-27","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"e-Bangi Journal of Social Science and Humanities","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2001.24","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
摘要
不可否认,与其他普通学生相比,履行学生职责的 OKU 学生的生活面临着许多挑战。许多 OKU 学生没有继续接受更高层次的教育,原因在于环境的障碍,如缺乏方便他们行动的有利设施,以及周围环境所表现出的消极态度。这项定性研究采用了深入访谈的方法,对七(7)名受访者进行了访谈,以探讨他们作为 OKU 学生在实现校园繁荣方面所面临的挑战。访谈采用现象学方法,以了解受访者的生活经历。受访者是根据预先确定的特定标准选出的,即他们是大学生、身体或视力较差、年龄在18-40岁之间,并且是在马来西亚社会保险局(JKM)注册的Orang Kurang Upaya (OKU)卡的有效持有者。数据在逐字转为文本之前已被记录下来。在 temu bual 过程中获得的数据使用主题分析法进行分析。研究结果发现,OKU 学生在实现福利方面所面临的挑战主要有三(3)个主题,即OKU 不友好的环境、健康问题和缺乏社会支持。这些主题在定性领域的同行评议中得到了验证。这些挑战已经成为他们在校园里实现幸福的障碍。OKU 的学生承认自己有各种局限性,但他们会尽最大努力完善自己的学业。管理层和行政人员需要更加关注奥克大学学生所面临的问题,并确保奥克大学全纳基金会在各个层面得到落实。
“BANTULAH KAMI UNTUK RASA SELAMAT”; CABARAN MAHASISWA OKU DI UNIVERSITI AWAM
Tidak dapat dinafikan, kehidupan individu OKU yang menggalas tanggungjawab sebagai pelajar mempunyai banyak cabaran berbanding dengan pelajar normal yang lain. Ramai pelajar OKU tidak meneruskan pendidikan di tahap yang lebih tinggi disebabkan faktor halangan persekitaran di mana kurang fasiliti yang kondusif untuk memudahkan pergerakan mereka dan sikap negatif yang ditunjukkan oleh orang sekeliling. Kajian kualitatif ini menggunakan teknik temu bual mendalam ke atas tujuh (7) orang responden bagi meneroka cabaran mereka sebagai mahasiswa OKU dalam mencapai kesejahteraan di kampus. Temu bual dijalankan dengan menggunakan pendekatan fenomenologi bagi memahami pengalaman hidup responden. Responden yang ditemubual dipilih berdasarkan kriteria-kriteria khusus yang telah ditetapkan iaitu mahasiswa universiti awam, memiliki kurang upaya fizikal atau penglihatan, berumur 18-40 tahun dan merupakan pemegang aktif kad Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Data dirakam sebelum dipindahkan ke dalam bentuk teks secara verbatim. Data yang diperolehi semasa proses temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga (3) tema utama cabaran mahasiswa OKU dalam mencapai kesejahteraan iaitu: persekitaran tidak mesra OKU, masalah kesihatan dan kurang sokongan sosial. Tema ini telah disahkan secara semakan pakar (peer review) dalam bidang kualitatif. Cabaran-cabaran ini telah menjadi penghalang bagi mereka untuk mencapai kesejahteraan semasa berada di alam kampus. Mahasiswa OKU mengakui mempunyai pelbagai keterbatasan namun mereka berjuang untuk menyempurnakan pengajian mereka sebaik mungkin. Pihak pengurusan dan pentadbir perlu lebih prihatin kepada isu-isu yang dihadapi oleh mahasiswa OKU dan memastikan Dasar Inklusif OKU dipraktiskan di semua peringkat.