{"title":"Kerangka pembentukan modul pengajaran bahasa al-Quran untuk masyarakat awam","authors":"M. L. Ibrahim, Azlan Shaiful Baharum","doi":"10.53840/alirsyad.v6i1.170","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pembelajaran bahasa Arab menerusi al-Quran telah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini disebabkan oleh pengaruh media Islamik hari ini yang giat menyiarkan rancangan berbentuk pengajaran al-Quran, seperti tadabbur, tafsir serta siri bacaan al-Quran. Masyarakat awam memerlukan satu modul yang komprehensif dan selari dengan keperluan pembelajaran tersebut. Ini kerana masyarakat tidak terlepas daripada pendedahan terhadap bahasa Arab yang menjadi bahasa utama al-Quran dan Hadis. Tambahan pula, kesemua amal ibadah umat Islam tidak terlepas daripada penggunaan bahasa Arab, malah menjadi syarat sesuatu ibadah itu diterima oleh Allah SWT khususnya ibadah solat. Oleh itu pengkaji menggunakan kaedah rekabantuk ADDIE dan beberapa kaedah rekabantuk seperti modul Syeikh Abū Ḥassan al-Nadwī, modul Knowles dalam pembelajaran dewasa dan kaedah Pusar dalam menyediakan modul ini. Oleh itu, kajian ini akan membina kerangka sebuah modul pembelajaran bahasa Arab al-Quran dengan teknik yang menarik. Kajian ini menggunakan pendekatan baru, iaitu menerusi warna asas atau primer. Pembentukan modul ini juga mengandungi pendedahan asas kepada orang awam tentang hukum tatabahasa Arab yang terdapat di dalam al-Quran secara mudah. Pengkaji mencadangkan agar kajian terperinci bagi memudahkan orang awam memahami al-Quran menerusi bahasa Arab dapat digiatkan lagi usaha dan impaknya.","PeriodicalId":438658,"journal":{"name":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-06-15","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.170","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
Kerangka pembentukan modul pengajaran bahasa al-Quran untuk masyarakat awam
Pembelajaran bahasa Arab menerusi al-Quran telah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini disebabkan oleh pengaruh media Islamik hari ini yang giat menyiarkan rancangan berbentuk pengajaran al-Quran, seperti tadabbur, tafsir serta siri bacaan al-Quran. Masyarakat awam memerlukan satu modul yang komprehensif dan selari dengan keperluan pembelajaran tersebut. Ini kerana masyarakat tidak terlepas daripada pendedahan terhadap bahasa Arab yang menjadi bahasa utama al-Quran dan Hadis. Tambahan pula, kesemua amal ibadah umat Islam tidak terlepas daripada penggunaan bahasa Arab, malah menjadi syarat sesuatu ibadah itu diterima oleh Allah SWT khususnya ibadah solat. Oleh itu pengkaji menggunakan kaedah rekabantuk ADDIE dan beberapa kaedah rekabantuk seperti modul Syeikh Abū Ḥassan al-Nadwī, modul Knowles dalam pembelajaran dewasa dan kaedah Pusar dalam menyediakan modul ini. Oleh itu, kajian ini akan membina kerangka sebuah modul pembelajaran bahasa Arab al-Quran dengan teknik yang menarik. Kajian ini menggunakan pendekatan baru, iaitu menerusi warna asas atau primer. Pembentukan modul ini juga mengandungi pendedahan asas kepada orang awam tentang hukum tatabahasa Arab yang terdapat di dalam al-Quran secara mudah. Pengkaji mencadangkan agar kajian terperinci bagi memudahkan orang awam memahami al-Quran menerusi bahasa Arab dapat digiatkan lagi usaha dan impaknya.