Sahlawati Abu Bakar, Haziyah Hussin, Wan Suhaimi Wan Abdullah
{"title":"Analisis perkembangan penulisan Tafsir Maudu’i di Malaysia","authors":"Sahlawati Abu Bakar, Haziyah Hussin, Wan Suhaimi Wan Abdullah","doi":"10.53840/alirsyad.v4i2.62","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kajian mengenai penulisan tafsir di Malaysia dan perkembangannya telah dilakukan oleh pengkaji tafsir di Malaysia. Namun kajian mengenai penulisan tafsir mawdu’i secara khusus kurang dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan perkembangan tafsir mawdu’i di Malaysia bermula pada tahun 1940an sehingga awal abad ke-20. Metode yang digunakan untuk mengkaji penulisan karya-karya tafsir mawdu’i di Malaysia adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk penyelidikan. Sorotan literatur dilakukan bagi mengumpulkan data berkenaan karya-karya tafsir mawdu’i. Hasil kajian mendapati corak pertafsiran al-Quran di Malaysia bermula dengan terjemahan karya-karya asli tafsir. Kemudian penulisan tafsir dibuat secara menyeluruh dan corak tafsir yang dominan ialah tafsir tahlili dan mawdu’i. Penulisan tafsir mawdu’i menunjukkan perkembangan yang besar pada abad ke-20 dan penulisan berdasarkan topik menjadi pilihan utama penulis tafsir mawdu’i di Malaysia selain lafaz dan surah. Di antara topik-topik yang dikaji ialah kisah Nabi, akidah, ekonomi, kekeluargaan dan ibadah. Justeru, kajian ini menunjukkan perkembangan yang signifikan dalam penulisan tafsir mawdu’i di Malaysia seterusnya menggambarkan keperluan masyarakat terhadap jenis tafsir ini. Kajian ini memberikan input baru kepada pengkaji tafsir di Malaysia secara umum dan tafsir mawdu’i secara khusus.","PeriodicalId":438658,"journal":{"name":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2019-12-16","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"1","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/alirsyad.v4i2.62","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
Analisis perkembangan penulisan Tafsir Maudu’i di Malaysia
Kajian mengenai penulisan tafsir di Malaysia dan perkembangannya telah dilakukan oleh pengkaji tafsir di Malaysia. Namun kajian mengenai penulisan tafsir mawdu’i secara khusus kurang dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan perkembangan tafsir mawdu’i di Malaysia bermula pada tahun 1940an sehingga awal abad ke-20. Metode yang digunakan untuk mengkaji penulisan karya-karya tafsir mawdu’i di Malaysia adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk penyelidikan. Sorotan literatur dilakukan bagi mengumpulkan data berkenaan karya-karya tafsir mawdu’i. Hasil kajian mendapati corak pertafsiran al-Quran di Malaysia bermula dengan terjemahan karya-karya asli tafsir. Kemudian penulisan tafsir dibuat secara menyeluruh dan corak tafsir yang dominan ialah tafsir tahlili dan mawdu’i. Penulisan tafsir mawdu’i menunjukkan perkembangan yang besar pada abad ke-20 dan penulisan berdasarkan topik menjadi pilihan utama penulis tafsir mawdu’i di Malaysia selain lafaz dan surah. Di antara topik-topik yang dikaji ialah kisah Nabi, akidah, ekonomi, kekeluargaan dan ibadah. Justeru, kajian ini menunjukkan perkembangan yang signifikan dalam penulisan tafsir mawdu’i di Malaysia seterusnya menggambarkan keperluan masyarakat terhadap jenis tafsir ini. Kajian ini memberikan input baru kepada pengkaji tafsir di Malaysia secara umum dan tafsir mawdu’i secara khusus.