Suriani Sudi, R. Wazir, Norsaleha Mohd Salleh, A. H. Usman, Abdul Hadi Awang, Syamim Zakwan Rosman
{"title":"Membentuk spiritual individu menurut hadis untuk pencegahan dadah","authors":"Suriani Sudi, R. Wazir, Norsaleha Mohd Salleh, A. H. Usman, Abdul Hadi Awang, Syamim Zakwan Rosman","doi":"10.53840/alirsyad.v6i1.134","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Buku Maklumat Dadah 2017 mencatatkan seramai 18,440 orang penagih baru dikesan dan 7,482 penagih berulang. Angka ini membuktikan terdapat keperluan untuk satu kajian dan sumbangan bagi pemerkasaan langkah pencegahan dadah di negara ini. Pencegahan merupakan kaedah terbaik dan efektif dalam mengurangkan kos menangani penyalahgunaan dadah. Program pencegahan yang lemah akan menyebabkan peningkatan kadar penagihan dan seterusnya wujud pelbagai permasalahan sosial dan peningkatan kos dalam rawatan pemulihan. Kajian menunjukkan kerohanian diri yang lemah merupakan punca utama penagihan dan yang memberi kesan paling kuat. Untuk itu, kajian ini bertujuan untuk mengumpulkan hadis-hadis berkaitan pembentukan spiritual individu sebagai kaedah untuk mencegah diri dari terjebak ke kancah dadah. Kajian menggunakan kaedah analisis secara tematik iaitu dengan mengenal pasti hadis-hadis yang berkaitan. Kajian mendapati elemen spiritual berkaitan mempunyai tujuan hidup, bersyukur, berdikari dan pegangan agama yang utuh memberi peranan dalam mencegah seseorang dari terlibat di dalam dadah.","PeriodicalId":438658,"journal":{"name":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","volume":"28 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-06-18","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"1","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.134","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
Membentuk spiritual individu menurut hadis untuk pencegahan dadah
Buku Maklumat Dadah 2017 mencatatkan seramai 18,440 orang penagih baru dikesan dan 7,482 penagih berulang. Angka ini membuktikan terdapat keperluan untuk satu kajian dan sumbangan bagi pemerkasaan langkah pencegahan dadah di negara ini. Pencegahan merupakan kaedah terbaik dan efektif dalam mengurangkan kos menangani penyalahgunaan dadah. Program pencegahan yang lemah akan menyebabkan peningkatan kadar penagihan dan seterusnya wujud pelbagai permasalahan sosial dan peningkatan kos dalam rawatan pemulihan. Kajian menunjukkan kerohanian diri yang lemah merupakan punca utama penagihan dan yang memberi kesan paling kuat. Untuk itu, kajian ini bertujuan untuk mengumpulkan hadis-hadis berkaitan pembentukan spiritual individu sebagai kaedah untuk mencegah diri dari terjebak ke kancah dadah. Kajian menggunakan kaedah analisis secara tematik iaitu dengan mengenal pasti hadis-hadis yang berkaitan. Kajian mendapati elemen spiritual berkaitan mempunyai tujuan hidup, bersyukur, berdikari dan pegangan agama yang utuh memberi peranan dalam mencegah seseorang dari terlibat di dalam dadah.