R. Wazir, A. H. Usman, Norsaleha Mohd Salleh, Suriani Sudi, Abdul Hadi Awang, Rosman Syamim Zakwan
{"title":"Pendekatan Maqāmāt Abū Ṭālib al-Makkī (W. 386 H.) dalam pencegahan dadah golongan berisiko","authors":"R. Wazir, A. H. Usman, Norsaleha Mohd Salleh, Suriani Sudi, Abdul Hadi Awang, Rosman Syamim Zakwan","doi":"10.53840/HADIS.V10I20.90","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Permasalahan penagihan dadah dalam masyarakat pada hari ini amat meresahkan meskipun pelbagai kajian dan pendekatan telah diambil untuk menyelesaikan isu ini. Statisitik penambahan penagih dadah baru dan berulang pada saban tahun pula menunjukkan keperluan terhadap penambahbaikan terhadap usaha pencegahan sedia ada. Langkah pencegahan merupakan kaedah mengatasi dadah yang terbaik kerana keberkesanannya serta menjimatkan kos. Tambahan pula, golongan berisiko merupakan golongan yang wajar didekati supaya tidak terjebak dengan gejala yang lebih teruk iaitu penagihan. Terapi psikospiritual Islam merupakan satu kaedah rawatan kerohanian yang berteraskan amalan-amalan Islam dan bersumberkan rujukan ketuhanan. Rawatan ini menfokuskan kepada penyucian jiwa dan pemantapan rohani serta berobjektif mendapatkan keredhaan Allah SWT. Terapi kerohanian yang diterapkan dalam pendekatan psikospiritual Islam mempunyai beberapa faktor pelindung yang dilihat dapat mengatasi faktor risiko dalam golongan berisiko. Pencegahan golongan berisiko ialah dengan mengatasi faktor risiko. Justeru, dengan menggunakan metode kualitatif, artikel ini menghuraikan pendekatan psikospiritual Islam menurut Abū Ṭālib al-Makkī serta disesuaikan dalam membentuk pencegahan dadah golongan berisiko. Dapatan artikel ini menunjukkan pendekatan Abū Ṭālib al-Makkī mengandungi faktor pelindung pegangan agama, daya tahan, jati diri, penghargaan, pengharapan, bersyukur, berdikari, tujuan hidup dan kasih sayang. Oleh demikian, melihat dan menangani isu penagihan dadah berdasarkan pendekatan psikospiritual Islam merupakan alternatif yang mesti diperkasakan.","PeriodicalId":32729,"journal":{"name":"Jurnal Living Hadis","volume":"155 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2020-12-16","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Living Hadis","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/HADIS.V10I20.90","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Permasalahan penagihan dadah dalam masyarakat pada hari ini amat meresahkan meskipun pelbagai kajian dan pendekatan telah diambil untuk menyelesaikan isu ini. Statisitik penambahan penagih dadah baru dan berulang pada saban tahun pula menunjukkan keperluan terhadap penambahbaikan terhadap usaha pencegahan sedia ada. Langkah pencegahan merupakan kaedah mengatasi dadah yang terbaik kerana keberkesanannya serta menjimatkan kos. Tambahan pula, golongan berisiko merupakan golongan yang wajar didekati supaya tidak terjebak dengan gejala yang lebih teruk iaitu penagihan. Terapi psikospiritual Islam merupakan satu kaedah rawatan kerohanian yang berteraskan amalan-amalan Islam dan bersumberkan rujukan ketuhanan. Rawatan ini menfokuskan kepada penyucian jiwa dan pemantapan rohani serta berobjektif mendapatkan keredhaan Allah SWT. Terapi kerohanian yang diterapkan dalam pendekatan psikospiritual Islam mempunyai beberapa faktor pelindung yang dilihat dapat mengatasi faktor risiko dalam golongan berisiko. Pencegahan golongan berisiko ialah dengan mengatasi faktor risiko. Justeru, dengan menggunakan metode kualitatif, artikel ini menghuraikan pendekatan psikospiritual Islam menurut Abū Ṭālib al-Makkī serta disesuaikan dalam membentuk pencegahan dadah golongan berisiko. Dapatan artikel ini menunjukkan pendekatan Abū Ṭālib al-Makkī mengandungi faktor pelindung pegangan agama, daya tahan, jati diri, penghargaan, pengharapan, bersyukur, berdikari, tujuan hidup dan kasih sayang. Oleh demikian, melihat dan menangani isu penagihan dadah berdasarkan pendekatan psikospiritual Islam merupakan alternatif yang mesti diperkasakan.