{"title":"Penerapan Nilai-nilai Murni Menerusi KOMSAS dalam Sistem Pendidikan Malaysia","authors":"Chew Fong Peng","doi":"10.2121/SOSIOHUMANIKA.V3I1.408","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"ABSTRAK : Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu di Malaysia menekankan pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras pula dengan nilai-nilai moral sejagat. Kajian ini membataskan perbincangan kepada 16 nilai murni yang terkandung dalam tiga buah skrip drama dalam antologi ”Anak Laut” Tingkatan IV, iaitu “Serunai Malam” karya Usman Awang; “Titik-titik Perjuangan” drama Kala Dewata; dan “Seri Nara” hasil Shaharom Husain mempunyai tema yang sama, yakni semangat patriotisme dan cinta akan tanah air dan bangsa di jiwa rakyat. Kaji selidik dijalankan terhadap 60 orang pelajar aliran sains Tingkatan IV yang seimbang dari segi etnik, jantina dan SES (Status Ekonomi dan Sosial). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki Melayu dari kelas atasan memperoleh nilai min yang lebih tinggi daripada pelajar perempuan bukan Melayu dari kelas menengah atau bawahan. Antara ketiga-tiga faktor tersebut, SES paling kuat mempengaruhi sikap pelajar terhadap nilai murni dalam drama-drama kajian. Oleh itu, nilai murni dalam sastera harus digunapakai secara meluas dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk membentuk perasaan toleransi di samping mendekatkan nilai-nilai tersebut dalam kelompok etnik yang berbeza. Kata-kata kunci : nilai-nilai murni, KOMSAS, Bahasa Melayu, perpaduan, berbilang kaum, dan negara Malaysia. About the Author: Dr. Chew Fong Peng ialah Pensyarah pada Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi keperluan sebarang urusan akademik, alamat emel beliau adalah: fpchew@um.edu.my How to cite this article? Peng, Chew Fong. (2010). “Penerapan Nilai-nilai Murni Menerusi KOMSAS dalam Sistem Pendidikan Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan , Vol.3, No.1 [Mei], pp.123-142. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (February 17, 2010); Revised (March 22, 2010); and Published (May 20, 2010).","PeriodicalId":31379,"journal":{"name":"Sosiohumanika","volume":"3 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2016-03-17","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"2","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Sosiohumanika","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.2121/SOSIOHUMANIKA.V3I1.408","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 2
Abstract
ABSTRAK : Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu di Malaysia menekankan pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras pula dengan nilai-nilai moral sejagat. Kajian ini membataskan perbincangan kepada 16 nilai murni yang terkandung dalam tiga buah skrip drama dalam antologi ”Anak Laut” Tingkatan IV, iaitu “Serunai Malam” karya Usman Awang; “Titik-titik Perjuangan” drama Kala Dewata; dan “Seri Nara” hasil Shaharom Husain mempunyai tema yang sama, yakni semangat patriotisme dan cinta akan tanah air dan bangsa di jiwa rakyat. Kaji selidik dijalankan terhadap 60 orang pelajar aliran sains Tingkatan IV yang seimbang dari segi etnik, jantina dan SES (Status Ekonomi dan Sosial). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki Melayu dari kelas atasan memperoleh nilai min yang lebih tinggi daripada pelajar perempuan bukan Melayu dari kelas menengah atau bawahan. Antara ketiga-tiga faktor tersebut, SES paling kuat mempengaruhi sikap pelajar terhadap nilai murni dalam drama-drama kajian. Oleh itu, nilai murni dalam sastera harus digunapakai secara meluas dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk membentuk perasaan toleransi di samping mendekatkan nilai-nilai tersebut dalam kelompok etnik yang berbeza. Kata-kata kunci : nilai-nilai murni, KOMSAS, Bahasa Melayu, perpaduan, berbilang kaum, dan negara Malaysia. About the Author: Dr. Chew Fong Peng ialah Pensyarah pada Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi keperluan sebarang urusan akademik, alamat emel beliau adalah: fpchew@um.edu.my How to cite this article? Peng, Chew Fong. (2010). “Penerapan Nilai-nilai Murni Menerusi KOMSAS dalam Sistem Pendidikan Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan , Vol.3, No.1 [Mei], pp.123-142. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (February 17, 2010); Revised (March 22, 2010); and Published (May 20, 2010).