{"title":"Penghijrahan Awal Masyarakat Muslim Bosnia-Herzegovina","authors":"Azlizan Mat Enh, Boon Dar Ku, Alias Othman","doi":"10.17576/islamiyyat-2022-4401-15","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Campurtangan kuasa-kuasa besar Eropah dalam konflik Bosnia-Herzegovina 1875-1878 telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniah menandatangani Perjanjian Berlin 1878. Salah satu syarat Perjanjian Berlin adalah meletakkan pentadbiran Bosnia-Herzegovina di bawah mandat pemerintahan kerajaan Austria-Hungary. Bermula dari titik ini, memperlihatkan berlakunya proses migrasi di Bosnia-Herzegovina dalam kalangan penduduknya terutama orang Muslim. Artikel ini bertujuan mengupas isu-isu yang menyebabkan penghijrahan orang Muslim dari Bosnia-Herzegovina ke wilayah-wilayah lain dalam empayar Turki Uthmaniah sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Analisis data primer digunakan ke atas rekod-rekod British daripada kedutaannya di Bosnia-Herzegovina. Hasil kajian mendapati isu agama merupakan faktor utama dalam proses migrasi yang berlaku di Bosnia-Herzegovina. Proses migrasi semakin meningkat selepas Bosnia-Herzegovina diumumkan secara rasmi di bawah pentadbiran Austria-Hungary pada 1908.","PeriodicalId":0,"journal":{"name":"","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-06-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2022-4401-15","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Campurtangan kuasa-kuasa besar Eropah dalam konflik Bosnia-Herzegovina 1875-1878 telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniah menandatangani Perjanjian Berlin 1878. Salah satu syarat Perjanjian Berlin adalah meletakkan pentadbiran Bosnia-Herzegovina di bawah mandat pemerintahan kerajaan Austria-Hungary. Bermula dari titik ini, memperlihatkan berlakunya proses migrasi di Bosnia-Herzegovina dalam kalangan penduduknya terutama orang Muslim. Artikel ini bertujuan mengupas isu-isu yang menyebabkan penghijrahan orang Muslim dari Bosnia-Herzegovina ke wilayah-wilayah lain dalam empayar Turki Uthmaniah sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Analisis data primer digunakan ke atas rekod-rekod British daripada kedutaannya di Bosnia-Herzegovina. Hasil kajian mendapati isu agama merupakan faktor utama dalam proses migrasi yang berlaku di Bosnia-Herzegovina. Proses migrasi semakin meningkat selepas Bosnia-Herzegovina diumumkan secara rasmi di bawah pentadbiran Austria-Hungary pada 1908.