Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Syahrul Anuar Ali, S. E. Yaacob
{"title":"Kesan Sikap, Faktor Halangan dan Manfaat Tanggapan Pekebun Kecil Sawit Persendirian Kepada Niat Menggunakan Mikro Kredit Islam","authors":"Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Syahrul Anuar Ali, S. E. Yaacob","doi":"10.17576/ISLAMIYYAT-2020-4201-01","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kekurangan modal kewangan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Pekebun Kecil Sawit Persendirian (PKSP) dalam meningkatkan produktiviti kelapa sawit. Walaupun terdapat 6 buah institusi perbankan Islam menyediakan mikro kredit kepada golongan petani, tetapi produk ini tidak mendapat sambutan dari golongan petani terutamanya PKSP. Bagi merungkai faktor yang menyebabkan PKSP kurang berminat mengambil mikro kredit dari perbankan Islam, kertas ini menggunakan konsep niat Al-Ghazali untuk mencapai dua objektif yang dikaji. Objektif pertama, menganalisis kesan sikap terhadap mikro kredit Islam, faktor halangan dan manfaat tanggapan kepada niat menggunakan mikro kredit Islam. Objektif kedua, menganalisis kesan faktor halangan dan manfaat tanggapan kepada sikap terhadap mikro kredit Islam. Bagi memahami fenomena ini, kajian telah dilaksanakan di daerah Hilir Perak, Malaysia yang melibatkan seramai 362 orang PKSP. Data kajian yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis menggunakan Structural Equation Modelling (SEM). Kertas ini mendapati faktor halangan dan sikap terhadap mikro kredit Islam signifikan mempengaruh niat menggunakan mikro kredit Islam, manakala manfaat tanggapan didapati tidak signifikan mempengaruhi niat. Kertas ini turut mendapati, pembentukkan sikap terhadap mikro kredit Islam hanya dipengaruhi oleh manfaat tanggapan. Kertas ini merumuskan bahawa, PKSP kurang berminat mengambil mikro kredit Islam untuk tujuan pertanian kerana ciri-ciri produk mikro kredit yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam kurang menarik dan tidak kompetatif. Sehubungan dengan itu, kertas ini mencadangkan institusi perbankan Islam perlu menambah baik ciri-ciri produk mikro kredit serta menjalinkan hubungan rakan strategi dengan pemain industri yang lain bagi mengurangkan risiko dan seterusnya menawarkan produk mikro kredit yang kompetatif di pasaran.","PeriodicalId":0,"journal":{"name":"","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2020-06-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"1","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.17576/ISLAMIYYAT-2020-4201-01","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 1
Abstract
Kekurangan modal kewangan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Pekebun Kecil Sawit Persendirian (PKSP) dalam meningkatkan produktiviti kelapa sawit. Walaupun terdapat 6 buah institusi perbankan Islam menyediakan mikro kredit kepada golongan petani, tetapi produk ini tidak mendapat sambutan dari golongan petani terutamanya PKSP. Bagi merungkai faktor yang menyebabkan PKSP kurang berminat mengambil mikro kredit dari perbankan Islam, kertas ini menggunakan konsep niat Al-Ghazali untuk mencapai dua objektif yang dikaji. Objektif pertama, menganalisis kesan sikap terhadap mikro kredit Islam, faktor halangan dan manfaat tanggapan kepada niat menggunakan mikro kredit Islam. Objektif kedua, menganalisis kesan faktor halangan dan manfaat tanggapan kepada sikap terhadap mikro kredit Islam. Bagi memahami fenomena ini, kajian telah dilaksanakan di daerah Hilir Perak, Malaysia yang melibatkan seramai 362 orang PKSP. Data kajian yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis menggunakan Structural Equation Modelling (SEM). Kertas ini mendapati faktor halangan dan sikap terhadap mikro kredit Islam signifikan mempengaruh niat menggunakan mikro kredit Islam, manakala manfaat tanggapan didapati tidak signifikan mempengaruhi niat. Kertas ini turut mendapati, pembentukkan sikap terhadap mikro kredit Islam hanya dipengaruhi oleh manfaat tanggapan. Kertas ini merumuskan bahawa, PKSP kurang berminat mengambil mikro kredit Islam untuk tujuan pertanian kerana ciri-ciri produk mikro kredit yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam kurang menarik dan tidak kompetatif. Sehubungan dengan itu, kertas ini mencadangkan institusi perbankan Islam perlu menambah baik ciri-ciri produk mikro kredit serta menjalinkan hubungan rakan strategi dengan pemain industri yang lain bagi mengurangkan risiko dan seterusnya menawarkan produk mikro kredit yang kompetatif di pasaran.