{"title":"Hakikat Maqasid Al-Qur’an Imam Al-Ghazali Dan Perkembangan Perbahasan Berkenaan Maqasid Masa Kini","authors":"Siddig Ahmad, Wan Suhaimi Wan Abdullah","doi":"10.17576/islamiyyat-2022-44ik-4","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Salah satu tema perbahasan yang banyak dibincangkan dalam kesarjanaan ilmu dalam kalangan ilmuan Islam pada hari ini ialah berhubung konsep maqasid serta istilah yang berhubung dengannya iaitu maqasid al-Quran, maqasid al-syari’ah dan juga pendekatan tafsir yang dinamakan tafsir al-maqsidi. Namun, penggunaan ketiga-tiga istilah tersebut saling bertukar dan sering bertindan antara satu sama lain. Tambahan pula, terdapat kecenderungan para ilmuan Islam masa kini yang melihat bahawa ketiga-tiga istilah tersebut menjurus kepada satu perbahasan yang sama iaitu maqasid al-syar’iyyah. Justeru, penulisan ini dibuat untuk mengangkat kembali faham maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali, menyelusuri sejarah perkembangan penggunaan istilah maqasid al-Quran daripada awal penggunaannya iaitu bermula abad ke-10 sehingga ke hari ini serta skop pembahagiannya. Di akhir perbincangan ini, penulis akan mengemukakan analisis perbandingan skop pembahagian maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali dengan perbahasan maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh para ulama’ selepasnya dan analisis berhubung penggunaan istilah maqasid al-Quran. Kekeliruan berhubung dengan istilah tersebut diperjelaskan agar penggunaannya adalah benar dan menempati kedudukannya yang sebenar.","PeriodicalId":0,"journal":{"name":"","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-06-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2022-44ik-4","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Salah satu tema perbahasan yang banyak dibincangkan dalam kesarjanaan ilmu dalam kalangan ilmuan Islam pada hari ini ialah berhubung konsep maqasid serta istilah yang berhubung dengannya iaitu maqasid al-Quran, maqasid al-syari’ah dan juga pendekatan tafsir yang dinamakan tafsir al-maqsidi. Namun, penggunaan ketiga-tiga istilah tersebut saling bertukar dan sering bertindan antara satu sama lain. Tambahan pula, terdapat kecenderungan para ilmuan Islam masa kini yang melihat bahawa ketiga-tiga istilah tersebut menjurus kepada satu perbahasan yang sama iaitu maqasid al-syar’iyyah. Justeru, penulisan ini dibuat untuk mengangkat kembali faham maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali, menyelusuri sejarah perkembangan penggunaan istilah maqasid al-Quran daripada awal penggunaannya iaitu bermula abad ke-10 sehingga ke hari ini serta skop pembahagiannya. Di akhir perbincangan ini, penulis akan mengemukakan analisis perbandingan skop pembahagian maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali dengan perbahasan maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh para ulama’ selepasnya dan analisis berhubung penggunaan istilah maqasid al-Quran. Kekeliruan berhubung dengan istilah tersebut diperjelaskan agar penggunaannya adalah benar dan menempati kedudukannya yang sebenar.