Noryantimarlina Abdullah, Basyariatul Fathi Othman, K. Ahmad, P. Devesahayam, Y. Ahmad Rusli
{"title":"Speech and Language Development of Malay Children with Cochlear Implants under the National Cochlear Implant Program, Ministry of Health Malaysia","authors":"Noryantimarlina Abdullah, Basyariatul Fathi Othman, K. Ahmad, P. Devesahayam, Y. Ahmad Rusli","doi":"10.17576/jskm-2022-2001-04","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kemahiran bahasa dan pertuturan merupakan antara komponen penting dalam menentukan keberhasilan penggunaan implan koklea. Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian kemahiran bahasa dan pertuturan kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea menggunakan borang soal jawab skala perkembangan dan mengenalpasti faktor demografi yang menyumbang kepada pencapaian kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 26 orang kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea daripada Program Implan Koklea Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan umur kronologi antara 33 hingga 99 bulan (min=70, SP=18.9), umur semasa implan antara 18 hingga 71 bulan (min=40, SP=13.5) dan umur pendengaran antara 13 bulan hingga 48 bulan (min=30, SP=10.5). Instrumen yang digunakan adalah The Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2). Borang soal jawab diberikan kepada ibu bapa atau penjaga seterusnya temubual melalui telefon dilakukan. Hasil kajian menunjukkan hanya 9 subjek (35%) yang berjaya mencapai skor purata ISD-Mv2 setara atau lebih dari umur pendengaran. Antara enam komponen ISD-Mv2, komponen kognitif mencapai peratusan tertinggi dengan 96.79 peratus manakala penghasilan bahasa adalah yang terendah (76.21%). Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang kuat antara kemahiran mendengar dengan pemahaman bahasa (r=0.554, p<0.05) dan kognitif dengan komunikasi sosial/pragmatik (r= 0.625, p<0.05). Tahap pencapaian bahasa dan pertuturan kanak-kanak dengan faktor demografik tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea mempunyai tahap pencapaian bahasa dan pertuturan yang lewat berbanding kanak-kanak berpendengaran normal sebaya.","PeriodicalId":17686,"journal":{"name":"Jurnal Sains Kesihatan Malaysia","volume":"1 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-01-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Sains Kesihatan Malaysia","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.17576/jskm-2022-2001-04","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kemahiran bahasa dan pertuturan merupakan antara komponen penting dalam menentukan keberhasilan penggunaan implan koklea. Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian kemahiran bahasa dan pertuturan kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea menggunakan borang soal jawab skala perkembangan dan mengenalpasti faktor demografi yang menyumbang kepada pencapaian kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 26 orang kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea daripada Program Implan Koklea Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan umur kronologi antara 33 hingga 99 bulan (min=70, SP=18.9), umur semasa implan antara 18 hingga 71 bulan (min=40, SP=13.5) dan umur pendengaran antara 13 bulan hingga 48 bulan (min=30, SP=10.5). Instrumen yang digunakan adalah The Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2). Borang soal jawab diberikan kepada ibu bapa atau penjaga seterusnya temubual melalui telefon dilakukan. Hasil kajian menunjukkan hanya 9 subjek (35%) yang berjaya mencapai skor purata ISD-Mv2 setara atau lebih dari umur pendengaran. Antara enam komponen ISD-Mv2, komponen kognitif mencapai peratusan tertinggi dengan 96.79 peratus manakala penghasilan bahasa adalah yang terendah (76.21%). Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang kuat antara kemahiran mendengar dengan pemahaman bahasa (r=0.554, p<0.05) dan kognitif dengan komunikasi sosial/pragmatik (r= 0.625, p<0.05). Tahap pencapaian bahasa dan pertuturan kanak-kanak dengan faktor demografik tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea mempunyai tahap pencapaian bahasa dan pertuturan yang lewat berbanding kanak-kanak berpendengaran normal sebaya.